NO Good | Pakar Cantik

Wednesday, July 16, 2008

NO Good

Pocketful Of Sunshineby Natasha Bedingfield

I got a pocket, got a pocketful of sunshine.
I got a love, and I know that it's all mine. Oh.
Do what you want, but you're never gonna break me.
Sticks and stones are never gonna shake me. No.

Take me away: A secret place.
A sweet escape: Take me away.
Take me away to better days.
Take me away: A higher place.
I got a pocket, got a pocketful of sunshine.
I got a love, and I know that it's all mine. Oh.
Do what you want, but you're never gonna break me.
Sticks and stones are never gonna shake me. No.

I got a pocket, got a pocketful of sunshine.

I got a love, and I know that it's all mine. Oh.
Wish that you could but you ain't gonna own me.
Do any thing you want you cant control me.No.

Take me away: A secret place.
A sweet escape: Take me away.
Take me away to better days.
Take me away: A higher place.

There's a place that I go, but nobody knows.
Where the rivers flow, And I call it home.
And there's no more lies.
In the darkness, there's light.
And nobody cries.
There's only butterflies.

Take me away: A secret place.
A sweet escape: Take me away.
Take me away to better days.

Take me away: A higher place.
Take me away: A secret place.
A sweet escape: Take me away.
Take me away to better days.

Take me away: A higher place.
Take me away: A secret place.
To better days take me away.
Take me away to better days.
Take me away: A higher place.

The sun is on my side.
Take me for a ride.
I smile up to the sky.
I know I'll be all right.

The sun is on my side.
Take me for a ride.
I smile up to the sky.
I know I'll be all right.


Saya agak tertekan sekarang. Bilik bersepah-sepah akibat keinginan untuk berkemas yang sungguh menggunung. Namun keinginan itu akhirnya perlahan-lahan menghilang dimakan kelaparan yang teramat. KFC yang dipesan kepada seorang kawan belum menampakkan tanda-tanda kemunculannya. [Gilerrr laparrrr! dah terketar-ketar dah seluruh anggota badan, gaya yang mengalahkan pesakit parkinson] Itulah akibat seharian tidak makan nasi, perut hanya dialas dengan beberapa keping roti gardenier dan biskut creamo berperasa vanila, juga segelas Perl Choco serta beberapa gelas air masak. [DIET yang melampau!]

Akhirnya KFC yang ditunggu-tunggu tiba [seolah-olah bangunan KFC itu yang dimaksudkan, walhal...]. Selepas mengerjakan burger dan segelas Pepsi itu, perut mula membuntal. Sudah tidak larat untuk bergerak. Bayangkan dari perut kosong yang kempis senipis kulit bawang [seperti biasa, hiperbola tidak dilupakan] mula mengembang mengalahkan perut ikan buntal kekembungan kerana tersedut air laut semasa bernafas [dah mula mengarut]. Sejujurnya, pukul 9.30 malam ada meeting dengan HICOM RECMO untuk briefing family day esoknya. Seperti biasa, kerana perkataan briefing itu, aku mula merasakan kemalasan yang amat untuk pergi meeting. Sesungguhnya, sejak petang tadi aku sudah memasang angan-angan untuk memonteng.

Sungguh malang bagi aku yang hot. Head department aku call beserta menghantar msg, bertanyakan aku di mana. Lalu niat ingin memonteng itu terus lenyap bak habuk-habuk serta dedebu dan beberapa makhluk juga perkakasan di angkasa lepas lenyap ditelan lohong hitam. Sungguh kecewa hatiku kerana terpaksa menghadiri meeting yang tidak ingin kuhadiri. Sesampainya di sana, meeting sudah bermula. Maka mata-mata mula menjamah batang tubuhku yang dengan sangat selamba tanpa sedikit pun rasa bersalah berjalan menuju ke sebuah kerusi kosong. Meeting yang sungguh membosankan dan aku betul-betul maksudkannya. Aku bencikannya lalu tangan ini segera menekan-nekan kekunci henset. Hanya untuk mendelete mesagges yang memenuhi inbox. Aku berasakan tiada maknanya aku berada di situ, hanya berlakon sebagai satu patung bernyawa yang memenuhi kehadiran meeting semata-mata.Sungguh!

Sesudah meeting, encik head department aku memanggil ahli-ahli department untuk berkumpul secara kecil-kecilan dan diberitahunya kepada kami supaya tidak menghadiri meeting secara lambat kerana ahli department lain sampai awal tadi, hanya department kita sahaja yang datang lambat. Ingin aku tegaskan di sini, akulah manusia paling lambat datang meeting tadi dan yang paling jelas, muka tak bersalah itu! Teguran itu sungguh bermakna bagi aku kerana ia tepat-tepat mengenai batang hidungku ini. Agak terpana juga namun aku layak untuk itu. Balasan memperlekehkan briefing, juga meeting HICOM. Balasan itu menjadikan lebih alasan untuk berperasaan homesick, ditambah dengan simptom-simptom itu. Aduhai~

Bilik yang mengalahkan tongkang pecah ini bagaimana kesudahannya? Serasa hati yang berkecamuk dengan emosi yang bermacam-macam ini, ingin sahaja aku tidur begini. Biarkan begini; hidup aku, aku yang tentukannya. Lagipun, hanya aku penghuni setia buat beberapa hari yang mendatang. Ayam yang belom disentuh itu perlu dihabiskan sebelum mataku dilelapkan. Tudung perlu digosok, sudah beberapa hari aku memakai tudung yang sama. Perlu ditukar, walaupun dengan penuh keterpaksaan. Muka belum dicuci, gigi perlu digosok sebelum tidur. Toner dan essence itu juga perlu disapu. Aduhai, mengapakah hidup harus secomplicated ini tatkala hati tanpa perasaan senang dan di puncak kemalasan yang tiada tandingannya. Dan mengapa juga untuk family day esok; berkumpul seawal 7 pagi. Mengapa??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...