hari rabu yang malas

sepatutnya skang ni ade tutorial Transport Phenomena. aku tak pegi. sebab: malas. pagi tadi bangun mengejut. sedar-sedar dah 7.40. lecture TP kul 8. alamak, lewat dah ni.. lalu bergegas ke bilik air dengan terhoyong-hayang. rasa cam penin-penin lalat gitu.. xde mood nk g klas. bermenung kejap b4 siap-siap nk g klas. sambil pk2, nak pegi ke taknak. tgh pk2 tu eQin n kaksu datang menjemput. so, pegi jelah kan... dgn kepala yang tak berapa ringan, plus sedikit denyutan akibat bangun mengejut td.

malas tak malas, rajin tak rajin je dengar lecture dr nurul hasan tu. copy ape yang patut. ape yang dia ajar langsung tak masuk otak. salah dia ke? dah aku malas nk dengar, ape je yang masuk dalam otak..

balik bilik terus basuh baju yang sebakul tuh. malas plak nak jemur, lagi malas nk melipat.. (blogging rajin lah pulak~!) adusss, sungguh tak best hari ini. esok malamnye ade test. Process Plant Design (PPD). kalau mendesign bilik seronok jugak, ni nak kene design heat exchanger network lah, distillation column sequencing lah, process recycles lah.. malasnye nak study. esok petang ade presentation PCS, malasya nak menghafal text presentation+prektis.

lusa (jumaat) ade test lagi. Chemical Process Dynamic and Control (CPDC). juga malas nak study. nak kene control process lah, buat dynamic model lah, laplace transform lah, cari transfer function lah.. macam-macam lah!

petang ni ade KBC adjunct lecture lagi, assignment yang dia bagi minggu lepas pon x buat lg. standard lah tu, copy mase lecture karang lah. mane serbuk kopi+air+gula? cawan dan piring sudah siap sedia niii... (aka mana source nak copy ni? tangan aku dah redi nak menyalin nii) haha.

eh, tibe-tibe test CPDC postpone. apekesss? tak suke test postpone ke? sabtu ni dah midsem dah, so nak balik bergembira dgn senang hati selepas sume tests dah abes. tp, nmpaknye kene pk pasal test jgk after midsem ni. geramnyeee. tp ok lah jugak kan, takdelah terbeban sangat otak aku ni nnt.

oh, laparnyee. belom breakfast lagi ni. dah nak kul 11 dah ni. waktu tutorial TP 2 jam diabeskan utk basuh baju+jemur baju+blogging+brunch(breakfast+lunch). mungkin kalau 2 jam ni diabeskan bersama tutor-tutor yang sering bercanggah pendapat itu + soklan-soklan yang mencabar pemahaman akan menambahkan lagi kadar denyutan kepala aku. kaccip molek bak kate adik aku yang sudah cukup umurnya 20 tahun hari ini. wah, kita sama umur la mie.. oh, lagi beberapa hari aku akan berumur 21 tahun. suka? tak sangat. lebih suka utk balik umah ;)

You Might Also Like

2 komen

  1. x suko kow smbut brthday dumoh?=)

    ReplyDelete
  2. bkn sambut besday kt umah la, otw balik umah, dalam kete.. huk3

    ReplyDelete