Jauh? | Pakar Cantik

Sunday, March 15, 2009

Jauh?

tak rasa ke kita makin jauh?
siapa yang menjauh; awak ke saya?
atau kedua-duanya sekali?
atau hanya imaginasi saya semata-mata?
saya lebih suka menganggap saya berimaginasi.

hari ini tak sama macam semalam
lebih gelap, selalu mendung, asek hujan
hari-hari semalam cerah, matahari selalu ada
saya suka detik-detik hari cerah itu
yang mungkin sekadar kenangan?

saya pelik
bila hari hujan, saya sorang je yang basah.
awak ada payung, taknak kongsikan dengan saya?
mungkin awak tak suka lagu 'Umbrella'
Rihanna nyanyi 'you can stand under my umbrella'

mungkin, saya expect too much
nak tumpang berpayung
tapi awak ada orang lain yg lebih fevret
utk sama2 berpayung dgn awak

oh, kawan
saya rindu awak
saya sayang awak
selalu sayang awak
awak, sayang saya?

maafkan saya
andai ada hati yang terguris
ketahuilah kawan,
sekeping hati ini juga terguris

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...