Hujung minggu

Apsal hari ni hari ahad? Aku belom puas lagi berhujung minggu T_________T

Betollah kata seseorang, weekend jumaat+sabtu tak best. Dulu aku buat dunno jek dengan kata-kata seseorang tersebut.

Mungkin sebab masa tu aku kurang menghargai weekend. Mungkin jugak sebab aku malas nak pedulik, weekend hari apa pon aku tak kesah. Mungkin jugak masa tu takde beza weekend atau weekdays (lagi-lagi kalau kat UTP, weekend pon kena pergi lab, weekend lah nak bincang pasal project, weekend lah nak copy assignments, sume weekend T__T)

Tapi sekarang, sejak bergelar seorang pekerja (konon-kononnya), aku mula mengenali erti weekend (hoho ayat poyo). Semua kerja-kerja akan disetelkan kat ofis (kecuali tengah superajen, aku akan bawak balik kerja ke rumah berlagak macam orang bz mengalahkan menteri. And of course la aku tak kacau weekend aku dengan kerja-kerja ofis). Weekend tetap weekend, apa barang nak buat kerja ofis masa weekend (dah tu kena kerja sabtu tu cane? kasihannya mereka T____T)

During weekend ni la nak jalan-jalan cuci mata abeskan minyak kereta kawan. Keskeskes :P Oh, ya! I went fishing on Friday. Erkkk! Pembetulan: tgk orang fishing. hihi. Seronok dowh tgk orang fishing. Kalau aku sendiri yang fishing sure lagi exciting. Hoho ;) Tapi tak sempat nak seronok lama-lama sebab aku pergi ke tempat kejadian untuk tgk orang fishing pon dh lewat, lepas Asar. Diorang yang fishing sampai kat tempat kejadian lebih kurang pukul 3-4 petang. Bila maghrib dah kena balik umah, tak elok anak gadis berkeliaran dengan lelaki di kala senja begini.. Lelaki-lelaki kaki fishing itu stay sampai tengah malam. Konon-konon semakin lama fishing semakin banyak ikan yang dapat. Eceh, hipotesis takleh blah :P

Oh, makan free lagik! Bob si budak Meche yg tinggal kat Paka ajak sume interns kat area Kerteh ni lunch kat umah dia pada sabtu keesokan harinya. Aku dan kawan-kawan apa lagi, komfem tak lepaskan peluang. Hoho. Kan i dah cakap, seronok duk Paka ni, ade je orang ajak makan free. So next umah sape ye? Jangan nak ngelat ye, kpd sesape yg belom lg tu, aku di sini sabar menunggu jemputan makan free. Hoho :P

Asal weekend jumaat+sabtu tak best? Sbb hari jumaat tu cam terbantot sket aktiviti sbb nnt kawan-kawan laki kena rushing nak solat jumaat. Nak stat aktiviti pon mesti nak tunggu lepas solat jumaat, even beraktiviti tanpa lelaki.. yelah, kena jugak hormat waktu kan.. hehe.

You Might Also Like

0 komen