Malam hujung minggu | Pakar Cantik

Friday, August 14, 2009

Malam hujung minggu

Aku janji entry kali ini aku tak akan buat ayat skema yang poyo.

Hari ni ari jumaat, dah stat weekend dah kat Terengganu ni.. tapi aku taktaw nak buat apa. Macam bosan jugaklah ni.. tapi takpe, kita tgk lah dulu apa yang boleh dibuat hari ni.. weekend masih muda. hoho.

Dah lame rasanya tak berangan (eceh, bajet bz). Berangan jom! ^_^

Tiba-tiba rasa taknak berangan, nak bercerita pasal malam tadi. Tapi aku bg warning awal-awal, jgn berharap sgt cite aku ni best.. kalau nak blah sekarang pon boleh. Haha.

Semalam hari khamis, housemates aku sume balik kerja pukul 4.. Aku kat MSET sorang je yang balik kerja pukul 5 setiap hari bekerja. Diorang sume asal khamis je mesti balik pukul 4, kirenye macam undang-undang kat tempat kerja diorang lah tu (undang-undang? semacam je bila sebut undang-undang)

So aku tumpang lah staff kat MSET utk balik umah sbb taknak susahkan Mokte si rumet yg innocent tuh. Besenye aku pergi+balik kerja dgn Mokte atau nama sebenar budak besar ni Nik Nur Intan Izura bt. Nik Zunoh. Mokte ni sebenarnya perempuan tapi aku tak faham kenapa kawan-kawan dia yang intern sama-sama kat EPEMSB cakap Mokte ni lelaki. Rabun ke ape diorang ni?? Haishhh! Mungkin sbb byk exposed to chemicals kot diorang jd rabun jantina. Haha.

Sampai-sampai je kat depan gate umah, aku nampak sebuah Viva merah yg berplat CCF ****. Ye, tu kete Fitri. Dalam kete Fitri itu terkandung Fitri, Juwe and Jenal. Buat ape ye mereka itu kt depan umah aku?

Oh, tunggu aku rupenye Konon-konon VVIP lah tu. Juwe ade call aku td, ajak pergi minum-minum kat mane entah. Sebut je pasal minum-minum aku terus ON. Haha.

Aku masuk umah, letak bag laptop, amek purse+henset and terus keluar. Oh, ya! Mokte si rumet yang innocent pon ikot gak. Kalo xde Mokte, susah sket la aku nk ikot sbb baki ahli minum-minum ni sume laki.. total ahli minum-minum: 10 orang termasuk aku dan mokte. macam hot jugak kann.. haha. sejak bila entah aku dah pandai kuar minum-minum ngan dak2 laki ni.. haishh! kalo abah tahu abesss lah!

Konon-kononnya nak pergi minum-minum kat Pantai Kelulut di Marang. Tgk sunset ke dik? Beranganlah kau nak tgk sunset. Haha.

Tgh OTW tu, plan cancelled beb. Asal laaaaa diorang ni suka bagi harapan palsu? Haish!

Eh, tu gimik je tu.

Tukar plan lah sbenanye.. tiba-tiba Eddy ajak pergi rumah dia kat Kuala Terengganu, makan kat sane sbb mak dia dah masak utk ktorang. Aku cam segan gak mula-mula tu sbb aku tak mandi lagi, balik kerja td terus keluar sbb tu lah kot Fitri tak bukak air-cond dlm kete dia td.. takpe Fitri, aku tak kecik ati, aku faham T_____T Tapi memandangkan orang ajak makan, free pulak tuh, ON jelah kann.. mandi tak mandi belakang kira. kurang senonoh rupanya aku neh T_T

Makin jauh lah nampaknya perjalanan untuk dinner. Sabar ye perut!

Singgah kat Masjid Terapung utk solat jamak Maghrib+Isya. Dah lama tak datang sini. Last masa rombongan scout MRSM Gerik. Ahli scout batch 9 sekalian, igt lagi tak? Oh, rindu korang!

OK, dah2. Cite kenangan carik kat entry lain (mungkin akan datang). OK, sekarang focus kat cite makan-makan kat umah Eddy. Seronok lah duk Terengganu ni, asek makan free jek kan.. Haha.

Sampai jek kat umah Eddy, mak Eddy tgh sibuk masak kat dapur. Eddy ni pon satu, tak bgtaw awal2 kt mak dia yg ktorang ni nak pegi makan-makan free kat sane. Mcm kurang sopan jek ayat nak pegi makan-makan free kat sane tuh. Haish! OK, tukar kpd: ktorang nak pegi melawat kenal-kenal umah Eddy sambil makan-makan free. Masih kurang sopan sbb ada makan-makan free tp acceptable lah kan.. hehe

Aku and Mokte tolong-tolong lah jugak kan kat dapur tu.. tp aku tgk Mokte cam excited gila kat dapur, so aku bg can arr kat dia tunjuk skill.. amek ati mak Eddy, mana taw nnt bole jd menantu. Ewah~ Aku layan Buletin Utama kat depan ngan diorang.. nmpak mcam pemalas gila dan tak reti beraksi di dapur je kan perempuan ni, tp apakan daya, demi Mokte si rumet yang innocent tu, aku rela dituduh pemalas dan tak reti beraksi di dapur. Macam mulia la pulak rumet mu ni Mokte~ Haha.

Tiba saat dinner. Sedap gila weyh food yg mak Eddy masak dengan bantuan Mokte (ceh, nk jugak mention nama Mokte.. mcm promot la pulak~ Mokte nnt belanja taw :P). 3 lauk (gulai daging+telur masak merah+sayur) yang mak Eddy masak tu mampu pecahkan perut aku dan kawan-kawan. Tobat eh sedap bak kata ore klate (maksudnye: sedap gila-gila laaa). Aku admire kat gulai daging tu, tak pernah makan gulai yang macam tu (entah-entah tu bukan gulai tak.. lupa pulak nak tanye mak Eddy nama lauk tuh). Aku tak kata mak aku tak reti masak gulai yang sedap, mungkin sebab resipi lain-lain kott..

Dah malas ah cite pasal makan-makan ni, buat aku lapar balik je.. padahal baru je lepas lunch ni.. T_T OK, abes makan, sembang-sembang sambil layan TV. Gelak tak hengat dunia, buat macam rumah sendiri pulak~ Dah tu Eddy jugak kata: 'jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri.' Aku ni kan obedient, so ikut je lah apa yg Eddy cakap tu, buat macam rumah sendiri. HOHO.

Dah abes sembang sampai kering idea, maka berangkatlah kami pulang ke Paka. OTW balik tu, boleh pulak dak2 laki tu ajak pergi pantai tengah-tengah malam buta. Pantai Batu Buruk; cam best kan.. Tapi, aku yg belum mandi dan sedar diri ini mengutarakan idea supaya pulang sahaja ke Paka, xyah nak ngade-ngade pegi pantai. Tengah-tengah malam pulak tuh! Kalaulah abah tahu, kompem kene bebel. T_T

Cerita tamat. Harap terhibur.

2 comments:

  1. resepi berbeza tu miss..patut nya miss kena mintak resepi,bagi kt mak..nanti mak combine resepi,jadi la gulai campur..hak2..

    ReplyDelete
  2. haha.kitorg bagi ca mizah menatap tuuuutt.;P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...