Nescafe is really something | Pakar Cantik

Sunday, August 2, 2009

Nescafe is really something

Hari ini aku sedih. Sedih aku itu membuatkan aku menangis. Sudah lama aku tidak menangis semahu-mahunya macam tadi. Orang kata, selepas menangis semahu-mahunya kita akan rasa lega. Tidak dinafikan, aku rasa lega sedikit selepas menangis tadi. Aku kembali stabil dan meneruskan pengiraan yang tertangguh sebelum aku menuju ke surau untuk meruntuhkan benteng air mata yang nyawa-nyawa ikan itu.

Akan tetapi, apabila pulang ke rumah dan menceritakan kesedihan tersebut kepada rakan sebilik yang innocent, air mataku kembali bergenang. Suara mula tersekat-sekat macam tertelan biji durian putik. Rasa kelat. Tapi penceritaan kepada rakan sebilik yang innocent itu berjaya disudahkan tanpa setitis air mata pun yang jatuh. Benteng kali ini lebih kuat.

Tiba-tiba aku rasa seakan-akan mengidam. Rasa nak minum air manis. Geledah dapur dan ketemu nescafe segera tidak bertuan. Lalu aku panaskan air dan bersiap-sedia untuk buat air nescafe manis kaw-kaw. Alih-alih pahit air nescafe itu jadinya. Mungkin sebab sedih, skill aku mula merosot. Tak pernah aku minum nescafe sepahit itu. Sumpah tak pernah! Unsur chika mula meresap dalam entry aku.

Alang-alang dah mengidam dan nescafe pun dah ada di depan mata, aku habiskan jugaklah semug nescafe pahit itu.

Tak lama selepas titisan terakhir nescafe itu kuteguk, aku mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada diri aku. Tiba-tiba rasa ceria. Gembira tak semena-mena. Rasa macam nak melompat (bukan untuk terjun bangunan). Rasa macam nak menari-nari bak lalang ditiup angin kencang. Aneh. Sumpah aneh!

Apa yang aku cuba sampaikan? Fikir kawan-kawan, fikir!

Nescafe is really something. A potion perhaps.

5 comments:

  1. tentunya nescafe....
    wah, bole jd duta nescafe nih

    ReplyDelete
  2. bibi: nnt bole claim komisen ngan nescafe. keskeskes :P

    dobi: serabut? kecikkkkkk ati tawwwww :(

    ReplyDelete
  3. aku xdpt tgkp lgik
    so ak cnsder serabut arr

    ReplyDelete
  4. haha. pape jelah labu~ entry aku punyelah berseni, ko kate serabut. ish!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...