Soalan-soalan yang buat aku wonder

Warning: Entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur tidak puas hati. Dan juga berkemungkinan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu.

Sebelum melanjutkan entri yang aku tak tahu tahap kepanjangannya ni, aku ada beberapa soalan nak tanya, tu pun kalau ada orang nak jawab lah kan.. kalau nak baca je tak nak jawab pun tak pe, aku faham sume orang excited nak raya (hip hip hoooray)

OK OK. Aku tak nak menyimpang jauh, kang hilang idea pulak.

Ni soalan cepu emas ni.
Kau pernah sukakan seseorang?
Suka kat sini ialah suka yang you know how lah kan.. jangan buat-buat innocent ye. tQ ;)

OK, sape nak buat pengakuan terbuka kat sini, sila sila.
Aku orang first mengaku, sebab entry ni aku yang taip. Keskeskes :P

Ya, aku pernah sukakan seseorang dan mungkin masih suka dan mungkin juga suka tu dah hilang aku sendiri tak sure. Mungkin sebab lama sangat perasaan suka tu bersarang dalam hati membuatkan aku keliru, suka tu ada lagi ke tak. OK, pengakuan aku setakat ni je harap tiada soalan yang akan ditimbulkan kelak..

Soalan tersebut pernah aku tanyakan pada salah seorang kawan aku yang identitinya aku rahsiakan sebab tak nak dia jadi hot, ini blog aku tumpuan harus kepada aku. Ceh, poyo jek. Hahaha.

Nak tahu dia jawab apa?
Bukan oranglah kalau aku tak pernah sukakan seseorang.
Aku suka jawapan dia ni, mengaku secara tak langsung. Berkias sangat kan.. orang Melayu memang suka berkias ek?

Aku orang Melayu. Kadang-kadang aku berkias, kadang-kadang aku straight to the point. Respon tu tengok situasilah macam mana, aku flexible orangnya. keskeskes :D

Berbalik kepada soalan, I bet sume orang pernah rasa kan? Kalau jawapannya tak, something wrong lah tu. Sebab suka itu fitrah. Dan suka itu hak semua orang, takde orang boleh halang, takde orang boleh paksa. It just happen.. well i think you get my point here.

Thanks to Syazana for her nice entry

Perasaan itu indah, aku tahu. Korang pon tahu, kan? Takyah nak bajet innocent ye kawan-kawan, aku sekeh kang. Hahaha.

Ni soalan kedua:
Sejauh mana lelaki dan perempuan mampu jadi best friend?
Soalan ni ditujukan kepada umum dan terpulanglah nak jawab ke tak, harap tiada yang terasa dia mesti jawab soalan ni ye.. no offence :P

Setakat yang aku tahu, payah siket lelaki dan perempuan nak maintain best friend sampai mati. Well, we all know kan, lelaki dgn perempuan ni macam magnet. Satu kutub utara, satu kutub selatan. Tak pun macam cas elektrik. Satu positif, satu negative. Masing-masing akan terattract antara satu sama lain.

Korang takyah selitkan kes gay atau lesbian atau maknyah atau penkid atau seangkatan dengan mereka OK, aku sekeh kang.

Pernah dengar lagu Teman Bicara yang Erra Fazira nyanyi tu? Aku attach lirik kat sini, lagu nanti download sendiri ye..

Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu

Berdasarkan pemahaman aku yang serba kekurangan ini, dapat aku simpulkan sukar untuk menjadi best friend sekiranya anda berlainan jantina kerana ada satu perasaan halus yang akan menyelit dalam diri korang, mengindahkan lagi persahabatan korang. Bergementarlah seluruh anggota. Eceh! No offence ye, jangan pulak aku yang kene sekeh kang. Hahaha.

Ni lagi satu soalan
Apa yang akan anda lakukan kalau anda terjatuh hati kat best friend anda?

Aku nak jawab soalan ni, walaupon aku takde besfren dari kaum adam. Ceh.

Susah gak weyh, kalau terjatuh hati kat besfren. Nak confess ke tak eyh? Tapi aku kan perempuan cam malu jek kalo confess. Tapi kalau tak confess hati aku yang sakit. Tapi kalau confess dan kene reject camane? Aku tak sure aku masih tabah nak jadi besfren macam dulu-dulu kalau dah kene reject. Malu dowh T______T

Tapi kalau aku ni lelaki, macam mana? Kalau dah suka tu cakap jelah, act like a man la beb! Tapi kalau kene reject? Naseb arr. Hahaha. Hmmm.. Haila haila. Ko taw tak, nak confess tu perlukan satu kekuatan yang sangat kuat.. bukan senang taw. Eleh, kau ni macam pernah jek.. haha.

Tapi paling best kalo dua dua terjatuh hati pada besfren masing-masing. Heaven lah i tell you.. Tapi, kalau salah seorang je yang terjatuh, kesian gak tuh. Ditelan mati mak diluah mati bapak.

Tapi aku respect la orang yang kene reject tapi still bole kawan macam dahulu kala, even lagi rapat. Mereka sejenis lelaki cool bagi aku. *tabik*

Soalan seterusnya:
Sejauh mana kebenaran statement ini: lelaki pantai timur tidak/kurang gentleman?

Dari pengamatan aku, agak betul statement tuh. Nak cakap tak pernah kang kata aku tipu pulak. Jarang aku jumpa lelaki pantai timur yang gentleman. Tapi ada jugak yang sedang cuba-cuba nak jadi gentleman buat aku pelik apa kena mamat neh. Takpe takpe, berubah untuk benda baik tak salah; i like. *winksss*

Lelaki pantai timur ada nak komen tak? Ataupun sape2 yg ada kawan lelaki dari pantai timur nak komen boleh jugak.. aku harap sangat ada komen yang menyangkal statement tuh. hihihi ;)

Ada byk lagi soalan yg buat aku wonder tp ni last la..
Kenape ek, orang yang kita tak suka at the first place tu lah yg buat kita fall habes? Mungkin bukan kita, tapi aku. Aku takde jawapan T_________T


Editted: cik syazana menjawab persoalan tersebut di blognya. check it out!

You Might Also Like

2 komen

  1. definitely i akan jawab those questions. and yes my dear, i akn text u the moment hbs jawab soklan2 tu..hehehee

    ReplyDelete
  2. hihihihi
    sila sila
    jangan segan silu
    hikhikhik ;)

    ReplyDelete