Ibu Gojes: July 2009

Sunday, July 26, 2009

Contradiction

It's been a while kan since my last entry.. and I'm lost for words I don't know what to write. Macam bongok. HaHaHa.

Do not blame me for this berhabuk blog. Trust me, its not my fault. Salah siapa?

Nak salahkan project la tu..

Nope, im not blaming the project. I'm blaming my superajen + supermalas attitude. Erkk! Kontra semacam jek.. Pape jelah labu~ :P

I'm superajen bertungkus-lumus siapkan project yang bos hensem bagi. Bila entah nak siap. Bos hensem, tolonglah saya yang comel ini.. saya nak guna software yang abang dan kakak-kakak design engineers guna tu.. Saya nak buat design calculation guna PVElite macam mereka. Saya tak nak buat manual calculation yang panjang dan leceh itu. Saya nak merasa jugak pegang key software yang mahal tu.. Saya nak merasa the feeling jadi engineer betul-betul.

Saya tahu, saya seorang trainee yang sedang dilatih untuk menjadi seorang design engineer yang berkaliber.. Tapi hari tu bos kata nak treat saya as a design engineer.. so macam mana ni, design engineer perlu guna software yang bernilai belasan ribu tu.. kalau tak guna software tu, bukan design engineer la namanya.. plis bos, benarkanlah saya guna software tersebut. Bagi lah chance saya merasa jadi design engineer betul-betul. Pleaaaaaaase... (sambil kenyit-kenyit mata sampai juling)

Kalau bos taknak bagi saya guna software tu, jangan treat saya as a design engineer! Jangan bagi saya apa-apa project pun. Jangan suruh saya buat manual calculation. Jangan suruh saya buat drawing. Jangan bla bla bla bla... (Konon-konon merajuk dengan bos. Eleh,macam lah bos tahu kalau aku merajuk pon.. HaHaHaHa)

Eh, apa kaitan dengan superajen? Aku yang supermalas ni bawak balik kerja-kerja ofis ke rumah. Bukan setakat bawak balik taw, aku buat kerja-kerja tu kat rumah~ Bertungkus-lumus buat drawing ataupun dalam bahasa mudah: Otokeding aka AutoCADing. KesKesKes :P Otokeding sampai berpinar-pinar biji mata. Esok mesti tak cantik pegi keja sebab mata berpinar+juling (Macamlah ada orang kisah) :(

Tahu kan apa itu AutoCAD? Ala, software yang digunakan untuk melukis tu.. malas lah nak elaborate. aku dah start jadi supermalas~ :P

My superajenness bertungkus-lumus siapkan project telah mendatangkan supermalasness dalam mengupdate blog. Ah, malasssnye nak abeskan entry. Contoh supermalas terdekat. keskeskes.

Senang cite stop sini jelah ye.. Kesian korang buang masa baca entry yang takde pekdah. Itulah, orang suruh baca buku taknak, nak jugak baca blog.. Naseb lah korang~ jangan pulak salahkan aku buat entry takde pekdah ni, salahkan diri sendiri sebab baca entry takde pekdah. KesKesKes :P
Baca selanjutnya...

Sunday, July 12, 2009

My short weekend

Latar Masa: Selepas solat Isyak, Khamis, 9 Julai 2009 - Selepas solat Asar, Jumaat, 10 Julai 2009

Latar Tempat: Futsal Court Kerteh, Pantai Paka dan Jeti Star Cruise (Pantai Kemasik)


Dari pengamatan aku, diorang ni enjoy gila-gila maen futsal malam tu..


Aku kurang mengerti di mana daya tarikan jaringan tersebut



Kehebatan Herniza Basar. HOHOHO





Perasan tak, ada sorang minah tu statik jek dari tadi. At last, baru bola datang. Merasa jugaklah tendang bola masuk gol ;)




After game. Team hitam. Muka sape paling tak penat? haha





Aku suka gambar ni. Tapi sayang, housemate tak cukup sorang..



Cameramaniac?





Mokte asek jadi fotografer ye? haha






Ya, itu aku.. jangan tak percaya pulak aku pegi memancing~



Awekss pancing? haha. oh, kan pagi tu aku merajuk sebab orang yang ajak nak pegi memancing sume terbongkang kan.. diorang make up balik pergi memancing petang. hehe
Balik dari memancing ni, kami accidentally buat housewarming. Yang paling tak tahan esoknya (sabtu) buat lagi tp aku tak involve sebab kerja. Ramai tamu datang rumah kami. Orang kata tetamu datang bawa rahmat. Bagus, next time datang lagi ye kawan-kawan~ tapi datang tu janganlah dengan tangan kosong ;p
Kesimpulan: Weekend aku jumaat je.. sebab sabtu aku kerja. Walaupon short weekend, aku enjoy dengan bersungguh-sungguh. Prinsip hidup yang paling baru: enjoy selagi berpeluang :P
Baca selanjutnya...

Saturday, July 11, 2009

merajuk ke?

Aku rasa aku merajuk tadi

Aku sebenarnya tak suka merajuk
Sebab orang tak tahu aku merajuk
Dah tu macam mana nak pujuk kan?
HAHA Merajuk pun tak reti :P

Ajarlah aku cara-cara merajuk yang betul
Supaya aku tak syok sendiri
Punyalah merajuk mengharapkan orang pujuk
At last pujuk diri sendiri
HAHA Kesian!


Baca selanjutnya...

Friday, July 10, 2009

Harapan palsu dan aku

Aku benci harapan palsu.

Malam tadi
Orang rumah sana ajak orang rumah sini pergi memancing pagi ini.

Pagi ini
Orang rumah sini berkobar-kobar bangun pagi, tak tidur lepas subuh.
Mandi dan bersiap-siap.
Tunggu perkabaran orang rumah sana
Jadi ke tak ni?

Perkabaran orang rumah sana: completely terbongkang.
Perkabaran orang rumah sini: memancinglah sangat~

Fine! Tukar baju.

Tukar plan B.
Nak pergi mandi-manda di air terjun.
Bersiap-siap sekali lagi.
Tunggu.
Tiba-tiba plan cancelled.
Motif?

Fine! Dah malas tukar baju. Sampai malam.
Nak merajuk dengan dia, dia dan dia.
Ah, merajuk dengan semua orang!
Baca selanjutnya...

Wednesday, July 8, 2009

Aku dan hari rabu

Selamat pagi dunia. (Hohoho)

Tahap kemalasan hari ini agak tinggi.
Rasa macam mood bekerja hilang.
Tak tahu hilang ke mana.
Ditelan kekalutan pagi mungkin.

Ya, kalut.
Sebab sehelai tudung.
Ya, Fatin Alias, itu tudung kau yang aku pinjam malam tadi.
Konon-kononnya pada hari ini aku nak melawa pargi kerja.

Malam tadi aku merancang
Konon-kononnya pagi ini aku nak pakai blaus pink bersama inner putih dan jeans hitam
Pada hemat aku, tudung bercorak yang ada warna pink adalah paling matching
Aku tak nak kelihatan plain pada hari rabu

Tapi tudung pink yang berbunga-bunga milik aku itu sudah dipakai pagi tadi (semalam)
Maka aku berkira-kira untuk meminjam dari housemates
Dan target aku ialah Fatin Alias
Sebab aku dapat menghidu bau tudung bercorak yang ada unsur pink dari bilik depan
Tambahan pula tudung Fatin Alias pernah dipinjam oleh housemates lain
Konon-kononnya si Fatin Alias ni pembekal tudung bercorak yang paling laris dalam rumah kami.

Aku dengan tidak syak lagi ke bilik depan
Dengan muka tak malu mencari-cari tudung yg paling matching
Memilih-milih sambil menilik-nilik
Dan akhirnya ketemu jua apa yang dicari

“Tapi tudung ni susah nak jadi”
“Kebarangkalian tak menjadi?”
“90%. Haha”

Warning dari Fatin Alias itu seperti angin lalu
Dalam kepala terbayang-bayang aku yang cantik esok harinya
Dan dengan bersungguh-sungguh iron baju dan tudung
Kelihatan seperti buang tebiat
Sebab kebiasaannya iron pagi sebelum pergi kerja
*Penangan nak cantik*

Pagi tadi tudung itu tak menjadi

“Tukar tudung laen la gewess. Ke kau nk iron sekali lagi?”
“Aku iron lagi lah. Letak starch byk2 sket. Mane taw kot2 jadi”
*Masih tak nak kalah.*
Iron lagi dengan harapan tudung itu menjadi
Malam tadi testing ok je

7.35 pagi
Tak boleh jadi ni
Semua orang dah keluar
Aku sorang je terkapai-kapai iron tudung
Lalu aku merembat tudung hitam yang plain yang baru dibasuh malam tadi
Pakai. Butang satu kat leher. Selebihnya dalam kereta nanti lah.
Menjadi. Tak perlu iron!
Dan bergegas keluar

Keluar je dari pagar rumah
Fatin Alias berdekah-dekah gelakkan aku
FINE! Aku serabai sebab tudung kau.
HAHAHA (tiba-tiba rasa nak gelakkan diri sendiri jugak)

Mungkin aku terkena sumpahan hari Rabu
Ingat entry ni dan ini ?
Dan hari ini juga Rabu

Aku malas hari ni
Mood hilang
Motivasi diri menurun

Tak, Fatin Alias
Aku tak salahkan tudung kau
Tak jugak salahkan hari Rabu
Aku salahkan diri sendiri
Sebab menggedik nak pinjam tudung kau
HAHAHA




Konon-konon nak pakai macam ni hari ni


Mungkin lepas post entry ni aku akan lebih bersemangat untuk bekerja.
Baca selanjutnya...

Tuesday, July 7, 2009

Kali ni betol-betol!

Dulu aku ada berjanji dgn diri sendiri bahawa mulai saat itu aku akan bla bla bla...

Malangnya, janji itu tak pernah tertunai.
Entah. Tak tahu kenapa susah sangat nak berpegang pada janji yang dibuat kepada diri sendiri.

Hina sangat ke aku ni sampaikan diri sendiri pon tak boleh nak tepati janji yang dibuat?
Tak ada nilai sangat ke aku ni sampaikan diri sendiri pon pandang enteng pada janji-janji itu?
*soalan bongok* abaikan

Apa yang aku nak tekankan di sini ialah:
Aku akan pastikan janji itu tertunai, tak kira apa pon yang berlaku.

Sebab:
Aku bukan seorang manusia hina yang tak ada nilai.
*alasan bongok* tak perlu abaikan, mungkin masih considerable

Kalaulah janji itu tidak melibatkan hati
Dan aku tidak kalah dengan perasaan sendiri

Kalaulah janji itu bukan janji
Dan aku tidak perlu begitu determined

Kalaulah aku boleh lepaskan
Dan hati aku tak perlu sakit begini...
Baca selanjutnya...

Sunday, July 5, 2009

Eh, dah JULAI?

Eh, entry bulan July xde lagi ek?
Bz nmpak~ haha

Las weeken blk umah lagik..
Mentang2 la kat terengganu, berjiran dgn kelantan, asek balik je ye!
Padahal agak jauh perjalanan dari Paka ke Bachok itu..
6 jam lebeh gak laa tp sanggup tu, after keje kul 5 bergegas balik ke kelantan..
sampai jek kat umah badan dah lemah longlai, lalu memengsankan diri. penat gile!
tu naseb baek bkn aku yg drive~ kalo aku yg drive, x smpat smpai umah dh pengsan.
tabik ah kat Mokte yg jd driver tunggal dr paka ke kota bharu!

balik rumah mmg heaven, even aku bknnye homesick sgt pon.. saje nk ngade2 balik umah. hehe.
walaupon blk umah mak aku asek bebel jek, aku tak kesah..
aku malas masak mak aku bebel
aku malas kemas umah mak aku bebel
aku buat dunno mase die bebel pon mak aku bebel. haha.

kadang2 bebelan mak aku tu la yg dirindu (td kate tak homesick~)
kadang2 aku saje suke-suke buat mak aku bebel
sbb selaen kat umah, sape lg nk bebel kt aku?
bebelan itu tanda sayang sebenarnye
org yg tak sayang aku mane nk bebel-bebel kat aku kan..
mak aku jelah yg sayang aku, bebel itu bebel ini..
abah aku pon sayang aku tp dia tak bebel
pendekatan yg abah aku guna agak berlaenan sedikit
konon-konon bebelan abah aku tu berupa ceramah motivasi
aku suke dgr abah aku bercerita itu dan ini
bagi nasihat itu dan ini

seriously, aku admire abah aku..
dan mak aku jugak..
diorang pandai handle anak-anak..
kami mcm kawan
dgn mak aku, aku tak berahsia
bole dikatakan >90% kisah aku mak aku tahu
aku kawan ngan sape, aku suke sape, aku tak suke sape, bla bla mak aku tahu..
bukan aku update setiap hari, tp cuti sem kan besenye lame, 2 bulan.. so mase tu lah sume cite kuar..
sonok taw bercerita kat mak.. rasa mcm secure. yelah, takkan mak nk jaja cite anak plak kan..
kalo bercerita kat kawan belom tentu lg cite tu slamat dr pengetahuan umum (ni bg yg top secret punye case la kan..)
mmg ade kawan yg boleh dipercayai dan top secret tetap top secret
tp aku prefer sharing ngan my mom laa.. hehe

entri macam lari tajuk jek~ pape jelah, tgh mencurah-curah idea nk menaep neh! haha

hmmm. yg ni penting.
otw dari bachok ke paka, lalu jalan pantai..
so singgah la makan sotong kat penarik kot name tmpat tuh
gile heaven mkn tak hengat dunia..
boncit kuase seribu mungkin..
nk smayang pon tak larat, terkebil-kebil nk sudahkan 5 rakaat jamak takdim n qasar maghrib+isya
naseb baek lah jugak tak tercabut butang jeans aku tuh mase tgh smayang
dah lame tak cipta rekod makan byk2..
dah la tgh musim buah and Juwe bwk buah byk gile..
sepanjang perjalanan asek makan jek buah2 salok+manggis yg sedap itu dgn penuh kegirangan..
Mokte bwk kete pon heaven jek, bertolak kul 5.30 ptg and kul 12 tgh malam baru smpai paka..
seperti biasa, smpai jek umah terus cari katil lalu memengsankan diri. haha

kesimpulan: balik rumah sgt heaven ;)

tp aku agak jeles ngan housemates kt paka ni yg makan durian beramai-ramai kat tepi pantai.. beromantika ye korang saat aku tiada.. takpe3~

mata semakin ligat mengelip
penjanaan idea mula menurun
maka kadar menaep mula perlahan

kesimpulan: tido lah cik mizah oiii, esok keje!
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...