Ibu Gojes: August 2009

Sunday, August 30, 2009

Super Random

Okayyyy. Hari ini bakal menjadi hari yang paling bosan. Harap aku mampu bersabar sampai hari ini habis. Sekurang-kurangnya sampai pukul 4 petang ni...

Aku penat. Perjalanan semalam amat jauh. Tak lah jauh sangat pun sebenarnya, tapi amatlah panjang. Bertolak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 3 petang, sampai di Paka pukul 12 tengah malam. Makkkk aiiiii, pergi mana tu Mizah?

Well well well. I went home with my beloved friends. What a journey... macam-macam perasaan ada, macam cocktail je hati aku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Haila haila.

Sebenarnya, aku je yang balik rumah. Kawan-kawan kesayangan semuanya berjoli jalan-jalan di Kelantan; membeli belah di Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh serta bermain bowling di KB Mall. Suka hati kan mereka ni, bulan-bulan puasa pon berjoli sakan. Ewah~

Taklah, aku tak ikut mereka berjoli sebab aku nak habiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Aku sedaya upaya cuba penuhkan setiap saat yang aku ada bersama keluarga tercinta. Hasilnya, aku dapat rasakan hujung minggu aku amat bermakna.

Mak aku cakap, kalau nak berjoli dengan kawan-kawan, berjoli semasa tidak berada di Kelantan. Kalau berada di Kelantan, sila berjoli bersama keluarga. Eceh, pandai-pandai je aku translet. Padahal mak aku cakap lain kali je lah keluar dengan kawan-kawan, balik kali ni sila jadi driver mak. Haha.

Mak aku rindukan aku sebenarnya tu, dia jeles aku asek dengan kawan je.. hehe. Orang yang family oriented memang begini. Eceh.

Apa nak jadi dengan kau ni, Mizah. Asek update blog masa kat ofis jek. Kalau kat umah tak nak update pulak walaupun ada internet yang laju mengalahkan internet supersiput kat UTP. Haish! Eh, tersebut UTP. Rindu UTP ke?

Dah tu aku bosan kat ofis, aku update la blog.. korang jugak yang nak baca kannn.. keskeskes. SV tak bagi kerja la. Project 1 dah siap, project 2 SV tak nak bagi lagi sebab dia superbz nanti tak sempat nak monitor aku. SV suruh study je dulu. Apa jadi kalau suruh Mizah study? Ye, korang dah nampak kan apa yang jadi kalau Mizah disuruh study kan? Kan kan kan? Haaaa, tahu punnn.

Ada beberapa kali jugak aku rasa jantung aku macam tercabut. Nasib baik macam je.. kalau tercabut betol memang aku saman driver tuh. Haha. Mungkin aku akan bertobat untuk tidak menjadi penumpang CAV **** lagi pada masa akan datang, sekurang-kurangnya tidak menjadi penumpang di seat sebelah driver. Tobat aku tobat, ngeri!

Aku kesejukan di ofis. Pagi-pagi lagi dah hujan. Terima kasih Aziah, hantar aku pergi kerja. Sori Aziah dan Ieja korang lambat sebab kena hantar aku. Aku rasa nanti aku kena angkut DAK aku tuh datang Paka. Aku dah bosan asek kena susahkan orang hantar+jemput aku pergi+balik kerja.

Sekeping hati aku ni, sakit lagi. Aku benci hati aku yang sakit begini. Oh Tuhan, bantu aku. Leraikanlah kekusutan perasaanku ini. Didiklah aku untuk redha dengan semua ini kerana aku tahu redha itu penyelesaian terbaik.

Kalaulah otak aku ni ada switch yang boleh padamkan certain ingatan+perasaan yang aku tak mahu... Kalaulah ada T_____T

Sakit perut la weyh. Kesian aku asek sakit perut. Kesian lagi kat surau tu sebab asek aku je pegi surau buat muka sedih dengan minyak angin di tangan. Dah takde orang lain dah yang suka pegi surau buat muka sedih dengan minyak angin di tangan macam aku. Memang takde!

Babes, i miss you..

p/s: Maafkan kecelaruan entry kali ini sebab aku sendiri sedang bercelaru tapi bukan sebab makan ikan cencaru..
Baca selanjutnya...

Wednesday, August 26, 2009

Malas

Hadoiiiii. Hari ini sangat malas. Aku benci apabila aku malas.

Haila haila Y_________Y *benci pms*
Baca selanjutnya...

Tuesday, August 18, 2009

Malam tadi

Ehem ehem. Testing testing. Mic OK.

Aku tak faham kenapa aku rajin sikit buat entry baru sejak akhir-akhir ini. Mungkin sebab aku bosan study dan buat logbook pah ceroh. Oh, ya! Aku buat entry-entry baru ini di ofis ;) abeslah kalo bos tahu T____T

Malam tadi kereta anis takleh start. Eh, salah la mizah.. kereta anis tu dah lama takleh start since last Thursday (kot). So malam tadi, bertungkus-lumus try start kereta anis yang diberi nama Kasih itu. Evergreennya nama kereta kau anis ;) Tiba-tiba aku terfikir nak bagi nama jugak kat kereta aku tapi tak jumpa nama yang sesuai. Boleh lah mintak tolong anis rekemenkan nama lepas ni. Orang lain yang nak cuba nasib bagi nama best pon boleh, sangat dialu-alukan. Sila sila.

Maka kami awekss cun yang kurang tahu menahu pasal kereta ni terpaksalah panggil kawan-kawan lelaki kesayangan ramai untuk tolong tengok-tengokkan keadaan si Kasih itu (tiba-tiba dapat pangkat kesayangan ramai sebab diorang tolak kereta anis sampai kereta itu hidup dan boleh dipandu mengelilingi satu Paka) hiperbola sangat ayat neh.

Apsal ngan si Kasih tu weyh? Menurut kawan-kawan lelaki kesayangan ramai itu, starter rosak. Patut lah takleh start. Bukan sebab takde minyak ye! Sebab battery pon bukan. Entah papelah jiran tu cakap battery kong terus. Haish! Jiran tu tak cukup power ah bab-bab kereta neh. OK, boleh eliminate dari list.

Sebelum kawan-kawan lelaki kesayangan ramai itu pulang, kami awekss cun sempat hidangkan minuman kesukaan seisi rumah, teh O panas dan kek Apollo kepada mereka. Tetamu kann, lagi-lagi tolong tolak si Kasih tu sampai berpeluh-peluh basah baju (sedikit exaggerate). Boleh pulak ada yang demand mintak fresh orange. Next time cuba lagi ye baby, malam-malam macam ni susah nak petik buah oren kat blakang rumah.. Whoahhh, sape baby weyh? Haila haila Y_Y aku tak tahu icon ini melambangkan muka orang yang macam mana

Seronokkkk diorang menikmati teh O panas dan kek Apollo itu sambil memperlakukan porch kami seperti warung mamak. Silap satu je, diorang bersila atas surat khabar lama. Next time diorang pergi warung mamak sure bawak surat khabar lama banyak2 sebab nak alas duduk, tiru warung mamak kami la tu~ (ada chance nak challenge warung mamak neh)

Muka aku tengah ngantuk mmg huduh. Dats y lah diorang blah cepat-cepat T___T sori ah korang, bukan nak halau tapi korang yang nak balik kann.. hehehe. Lepas diorang blah, ktorang plak sambung lepak kat warung mamak. Hoho. Tiba-tiba rasa kitaorang comel (orang perasan memang begitu, maafkan saya)

Dah la weyh, asek buat entry baru bila nak siap projek mizah oiiii. Haish!
Baca selanjutnya...

Monday, August 17, 2009

Hujung minggu

Apsal hari ni hari ahad? Aku belom puas lagi berhujung minggu T_________T

Betollah kata seseorang, weekend jumaat+sabtu tak best. Dulu aku buat dunno jek dengan kata-kata seseorang tersebut.

Mungkin sebab masa tu aku kurang menghargai weekend. Mungkin jugak sebab aku malas nak pedulik, weekend hari apa pon aku tak kesah. Mungkin jugak masa tu takde beza weekend atau weekdays (lagi-lagi kalau kat UTP, weekend pon kena pergi lab, weekend lah nak bincang pasal project, weekend lah nak copy assignments, sume weekend T__T)

Tapi sekarang, sejak bergelar seorang pekerja (konon-kononnya), aku mula mengenali erti weekend (hoho ayat poyo). Semua kerja-kerja akan disetelkan kat ofis (kecuali tengah superajen, aku akan bawak balik kerja ke rumah berlagak macam orang bz mengalahkan menteri. And of course la aku tak kacau weekend aku dengan kerja-kerja ofis). Weekend tetap weekend, apa barang nak buat kerja ofis masa weekend (dah tu kena kerja sabtu tu cane? kasihannya mereka T____T)

During weekend ni la nak jalan-jalan cuci mata abeskan minyak kereta kawan. Keskeskes :P Oh, ya! I went fishing on Friday. Erkkk! Pembetulan: tgk orang fishing. hihi. Seronok dowh tgk orang fishing. Kalau aku sendiri yang fishing sure lagi exciting. Hoho ;) Tapi tak sempat nak seronok lama-lama sebab aku pergi ke tempat kejadian untuk tgk orang fishing pon dh lewat, lepas Asar. Diorang yang fishing sampai kat tempat kejadian lebih kurang pukul 3-4 petang. Bila maghrib dah kena balik umah, tak elok anak gadis berkeliaran dengan lelaki di kala senja begini.. Lelaki-lelaki kaki fishing itu stay sampai tengah malam. Konon-konon semakin lama fishing semakin banyak ikan yang dapat. Eceh, hipotesis takleh blah :P

Oh, makan free lagik! Bob si budak Meche yg tinggal kat Paka ajak sume interns kat area Kerteh ni lunch kat umah dia pada sabtu keesokan harinya. Aku dan kawan-kawan apa lagi, komfem tak lepaskan peluang. Hoho. Kan i dah cakap, seronok duk Paka ni, ade je orang ajak makan free. So next umah sape ye? Jangan nak ngelat ye, kpd sesape yg belom lg tu, aku di sini sabar menunggu jemputan makan free. Hoho :P

Asal weekend jumaat+sabtu tak best? Sbb hari jumaat tu cam terbantot sket aktiviti sbb nnt kawan-kawan laki kena rushing nak solat jumaat. Nak stat aktiviti pon mesti nak tunggu lepas solat jumaat, even beraktiviti tanpa lelaki.. yelah, kena jugak hormat waktu kan.. hehe.
Baca selanjutnya...

Friday, August 14, 2009

Malam hujung minggu

Aku janji entry kali ini aku tak akan buat ayat skema yang poyo.

Hari ni ari jumaat, dah stat weekend dah kat Terengganu ni.. tapi aku taktaw nak buat apa. Macam bosan jugaklah ni.. tapi takpe, kita tgk lah dulu apa yang boleh dibuat hari ni.. weekend masih muda. hoho.

Dah lame rasanya tak berangan (eceh, bajet bz). Berangan jom! ^_^

Tiba-tiba rasa taknak berangan, nak bercerita pasal malam tadi. Tapi aku bg warning awal-awal, jgn berharap sgt cite aku ni best.. kalau nak blah sekarang pon boleh. Haha.

Semalam hari khamis, housemates aku sume balik kerja pukul 4.. Aku kat MSET sorang je yang balik kerja pukul 5 setiap hari bekerja. Diorang sume asal khamis je mesti balik pukul 4, kirenye macam undang-undang kat tempat kerja diorang lah tu (undang-undang? semacam je bila sebut undang-undang)

So aku tumpang lah staff kat MSET utk balik umah sbb taknak susahkan Mokte si rumet yg innocent tuh. Besenye aku pergi+balik kerja dgn Mokte atau nama sebenar budak besar ni Nik Nur Intan Izura bt. Nik Zunoh. Mokte ni sebenarnya perempuan tapi aku tak faham kenapa kawan-kawan dia yang intern sama-sama kat EPEMSB cakap Mokte ni lelaki. Rabun ke ape diorang ni?? Haishhh! Mungkin sbb byk exposed to chemicals kot diorang jd rabun jantina. Haha.

Sampai-sampai je kat depan gate umah, aku nampak sebuah Viva merah yg berplat CCF ****. Ye, tu kete Fitri. Dalam kete Fitri itu terkandung Fitri, Juwe and Jenal. Buat ape ye mereka itu kt depan umah aku?

Oh, tunggu aku rupenye Konon-konon VVIP lah tu. Juwe ade call aku td, ajak pergi minum-minum kat mane entah. Sebut je pasal minum-minum aku terus ON. Haha.

Aku masuk umah, letak bag laptop, amek purse+henset and terus keluar. Oh, ya! Mokte si rumet yang innocent pon ikot gak. Kalo xde Mokte, susah sket la aku nk ikot sbb baki ahli minum-minum ni sume laki.. total ahli minum-minum: 10 orang termasuk aku dan mokte. macam hot jugak kann.. haha. sejak bila entah aku dah pandai kuar minum-minum ngan dak2 laki ni.. haishh! kalo abah tahu abesss lah!

Konon-kononnya nak pergi minum-minum kat Pantai Kelulut di Marang. Tgk sunset ke dik? Beranganlah kau nak tgk sunset. Haha.

Tgh OTW tu, plan cancelled beb. Asal laaaaa diorang ni suka bagi harapan palsu? Haish!

Eh, tu gimik je tu.

Tukar plan lah sbenanye.. tiba-tiba Eddy ajak pergi rumah dia kat Kuala Terengganu, makan kat sane sbb mak dia dah masak utk ktorang. Aku cam segan gak mula-mula tu sbb aku tak mandi lagi, balik kerja td terus keluar sbb tu lah kot Fitri tak bukak air-cond dlm kete dia td.. takpe Fitri, aku tak kecik ati, aku faham T_____T Tapi memandangkan orang ajak makan, free pulak tuh, ON jelah kann.. mandi tak mandi belakang kira. kurang senonoh rupanya aku neh T_T

Makin jauh lah nampaknya perjalanan untuk dinner. Sabar ye perut!

Singgah kat Masjid Terapung utk solat jamak Maghrib+Isya. Dah lama tak datang sini. Last masa rombongan scout MRSM Gerik. Ahli scout batch 9 sekalian, igt lagi tak? Oh, rindu korang!

OK, dah2. Cite kenangan carik kat entry lain (mungkin akan datang). OK, sekarang focus kat cite makan-makan kat umah Eddy. Seronok lah duk Terengganu ni, asek makan free jek kan.. Haha.

Sampai jek kat umah Eddy, mak Eddy tgh sibuk masak kat dapur. Eddy ni pon satu, tak bgtaw awal2 kt mak dia yg ktorang ni nak pegi makan-makan free kat sane. Mcm kurang sopan jek ayat nak pegi makan-makan free kat sane tuh. Haish! OK, tukar kpd: ktorang nak pegi melawat kenal-kenal umah Eddy sambil makan-makan free. Masih kurang sopan sbb ada makan-makan free tp acceptable lah kan.. hehe

Aku and Mokte tolong-tolong lah jugak kan kat dapur tu.. tp aku tgk Mokte cam excited gila kat dapur, so aku bg can arr kat dia tunjuk skill.. amek ati mak Eddy, mana taw nnt bole jd menantu. Ewah~ Aku layan Buletin Utama kat depan ngan diorang.. nmpak mcam pemalas gila dan tak reti beraksi di dapur je kan perempuan ni, tp apakan daya, demi Mokte si rumet yang innocent tu, aku rela dituduh pemalas dan tak reti beraksi di dapur. Macam mulia la pulak rumet mu ni Mokte~ Haha.

Tiba saat dinner. Sedap gila weyh food yg mak Eddy masak dengan bantuan Mokte (ceh, nk jugak mention nama Mokte.. mcm promot la pulak~ Mokte nnt belanja taw :P). 3 lauk (gulai daging+telur masak merah+sayur) yang mak Eddy masak tu mampu pecahkan perut aku dan kawan-kawan. Tobat eh sedap bak kata ore klate (maksudnye: sedap gila-gila laaa). Aku admire kat gulai daging tu, tak pernah makan gulai yang macam tu (entah-entah tu bukan gulai tak.. lupa pulak nak tanye mak Eddy nama lauk tuh). Aku tak kata mak aku tak reti masak gulai yang sedap, mungkin sebab resipi lain-lain kott..

Dah malas ah cite pasal makan-makan ni, buat aku lapar balik je.. padahal baru je lepas lunch ni.. T_T OK, abes makan, sembang-sembang sambil layan TV. Gelak tak hengat dunia, buat macam rumah sendiri pulak~ Dah tu Eddy jugak kata: 'jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri.' Aku ni kan obedient, so ikut je lah apa yg Eddy cakap tu, buat macam rumah sendiri. HOHO.

Dah abes sembang sampai kering idea, maka berangkatlah kami pulang ke Paka. OTW balik tu, boleh pulak dak2 laki tu ajak pergi pantai tengah-tengah malam buta. Pantai Batu Buruk; cam best kan.. Tapi, aku yg belum mandi dan sedar diri ini mengutarakan idea supaya pulang sahaja ke Paka, xyah nak ngade-ngade pegi pantai. Tengah-tengah malam pulak tuh! Kalaulah abah tahu, kompem kene bebel. T_T

Cerita tamat. Harap terhibur.
Baca selanjutnya...

Monday, August 10, 2009

Hari: Isnin
Tarikh: 10 Ogos 2009
Masa: 12.13 tengah hari
Tempat: Pejabat
Mode: Bengang
Sebab: Bos tak datang kerja (mungkin bos kerja hari ni tapi tak masuk ofis)

Aaaaaaaaaaaaaaa...!
Kenapa mesti aku terkapai-kapai walaupun sudah 10 minggu berlalu?
Baca selanjutnya...

Sunday, August 2, 2009

Nescafe is really something

Hari ini aku sedih. Sedih aku itu membuatkan aku menangis. Sudah lama aku tidak menangis semahu-mahunya macam tadi. Orang kata, selepas menangis semahu-mahunya kita akan rasa lega. Tidak dinafikan, aku rasa lega sedikit selepas menangis tadi. Aku kembali stabil dan meneruskan pengiraan yang tertangguh sebelum aku menuju ke surau untuk meruntuhkan benteng air mata yang nyawa-nyawa ikan itu.

Akan tetapi, apabila pulang ke rumah dan menceritakan kesedihan tersebut kepada rakan sebilik yang innocent, air mataku kembali bergenang. Suara mula tersekat-sekat macam tertelan biji durian putik. Rasa kelat. Tapi penceritaan kepada rakan sebilik yang innocent itu berjaya disudahkan tanpa setitis air mata pun yang jatuh. Benteng kali ini lebih kuat.

Tiba-tiba aku rasa seakan-akan mengidam. Rasa nak minum air manis. Geledah dapur dan ketemu nescafe segera tidak bertuan. Lalu aku panaskan air dan bersiap-sedia untuk buat air nescafe manis kaw-kaw. Alih-alih pahit air nescafe itu jadinya. Mungkin sebab sedih, skill aku mula merosot. Tak pernah aku minum nescafe sepahit itu. Sumpah tak pernah! Unsur chika mula meresap dalam entry aku.

Alang-alang dah mengidam dan nescafe pun dah ada di depan mata, aku habiskan jugaklah semug nescafe pahit itu.

Tak lama selepas titisan terakhir nescafe itu kuteguk, aku mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada diri aku. Tiba-tiba rasa ceria. Gembira tak semena-mena. Rasa macam nak melompat (bukan untuk terjun bangunan). Rasa macam nak menari-nari bak lalang ditiup angin kencang. Aneh. Sumpah aneh!

Apa yang aku cuba sampaikan? Fikir kawan-kawan, fikir!

Nescafe is really something. A potion perhaps.
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...