Ibu Gojes: September 2009

Wednesday, September 30, 2009

Big event

Something big's coming..
Pre-preparation:





Halaman belakang rumah kami






Yup, rumah kami dah belalang (read: berlalang)








Lalang dan rumput-rampai yang lunyai dikerjakan







Si pelunyai rumput-rampai yang komited.. berbaju kurung lagi tuuuu..






Dan inilah hasil tangkapan kami.. ;)



Wanna know what's the big event?

Wait for the updates!
Baca selanjutnya...

Fatin, special untuk kau

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Fatin
Happy Birthday to you..

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Fatin Alias
Allah Selamatkan Kamu..

Hai Fatin Alias si comel ;)
Happy 21st Birthday!
Have a wonderful burst-day babe

p/s: jaga-jaga, hari ni mungkin bukan hari yang ‘selamat’ untuk kamu.. muahahaha *gelak setan*
Baca selanjutnya...

Sunday, September 27, 2009

Seminggu tak akan pernah cukup

Cuti raya seminggu beb! Tapi sudah abes T_____T

Seronok beraya bersama keluarga tersayang. Ma Abah adik-adik serta sanak saudara yang merindui aku memang menantikan saat berkumpul macam ni. Ayat tu kedengaran songsang. Aku yang merindui mereka memang menantikan saat berkumpul macam ni. Even aku seorang kakak-yang-tak-macam-kakak ni selalu gaduh-gaduh dengan adik-adik aku yang sabar-je-la-ada-kakak-macam-ni tu, aku sayang mereka taw~ selalu rindu nak gather ramai-ramai dan gaduh-gaduh manja dengan diorang.


Mana lagi nak cari adik yang hantar sms dekat aku kata rindu dan suruh balik rumah untuk berbuka puasa ramai-ramai dengan family? Mana Mana? Adik aku sorang je. OK OK, adik orang lain pun ada jugak.. takyah buat muka tak puas hati depan PC ok. Biasalah, ni blog aku nak puji sape lagi kalau bukan kroni-kroni sendiri kan.. keskeskes :D harap jgn amek hati ye ^__^V


Seronok jugak beraya ke rumah kawan-kawan. Lama tak jumpa, banyak cite nak story.. bergossip xoxo lagi.. Beraya kat rumah orang dah buat macam kat rumah sendiri. Biasalah, buat-buat tak biasa pulak ^___^


Raya best, walaupun tak jadi buat open house. Takpe, open house tak jadi takde efek pon, raya tetap raya dan rumah aku memang akan sentiasa terbuka untuk kunjungan sesiapa yang sudi. Datang je bila-bila masa, aku akan layan baik punyee~ asalkan aku ada kat rumah laa mase tuh.. hehe ^__^

Seminggu memang tak akan pernah cukup. Kalau bagi cuti sebulan pon tak cukup-cukup jugak. Cuti, raya pulak tuh bilanya nak puas.Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Paka semalam, tak habes-habes duk cakap "Malasnyeeee nak kerja esok" --> Perjalanan yang paling tak ikhlas seumur hidup aku 21 tahun ni...

Dah la keluar rumah pukul 2 petang, sampai Paka pulak 12.45 tengah malam. Cuba kira berapa jam perjalanan aku yang tak ikhlas itu? Takyah tekan calculator, congak jek! :P Bayangkanlah, selama hampir 11 jam yang tak ikhlas tu tak henti-henti duk cakap malas, sampai kering tekak ni haa.. Saje taknak minum air byk2, kang sebok duk cari stesen minyak pulak nak ke toilet.

Ah, malas lah nak cite pasal malas, tak akan habes.. Dah memang originally malas, nak cakap apa lagi kan? Bila tak nak malas? Bila rajin. Bila nak rajin? Tak tahu. Haila Haila. Haih~

Ni haa, ada sedikit gambar yang disnap masa raya 1st untuk tontonan umum. Macam filem lah pulakk~ Mizah buat ayat kalau takde unsur bajet boleh tak? Tak boleh! Sebab dah sebati dengan jiwa yang halus ini. OK OK, scroll ke bawah cepat-cepat untuk menonton. Happy watching!



Ma dan abah tersayang. Sedondon ye.. Ececeh~





Ini sekeping foto yang bajet. Testing camera sebenarnye neh.. ^_^V






Angpau untuk budak-budak kecik tak cukup umur je.. budak-budak besar makan kueh raya sampai kembung.








tadaaaa~ duit syiling je ye.. ayah aku lupa pegi bank. Aku tak bagi duit raya sebab masih layak dapat duit raya.. keskeskes :D






Eceh. Beraya ala datin takleh blah la kau neh. Alaaa.. tak nmpak plak crocs pink yg menyerlah tuh, baru ingat nak menunjuk. hikhik :D
Baca selanjutnya...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!

Untuk semua kawan yang menyayangi dan disayangi, sambutlah salam lebaran yang penuh kehangatan dariku ini..


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Balik kampung hati-hati
Main mercun ajak aku sekali


Ingatan tulus ikhlas dari:
Amizah Azid
Baca selanjutnya...

Balik kampung oh balik kampung ;)

Salam semua..

Dah Khamis dah hari ni, hari yang ditunggu-tunggu sudah datang. Hip hip hooooray! Esok, lusa (counting) dan Insyaallah tulat kita semua umat Islam akan menyambut aidilfitri.

Cepatnya masa berlalu, dah nak abes dah ramadhan yang penuh keberkatan ini. Harap jumpa lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah.

Petang ni insyaAllah aku akan balik kampung. Seperti biasalah, aku akan menumpang si rumet yang berviva merah bernombor plat MBN **** itu. Kami akan berkonvoi beramai-ramai (4 buah kereta) balik Kelantan dari Kerteh. Konvoi ramai-ramai best tapi kadang-kadang tak best jugak.

Entah pukul berapa la sampai rumah nanti, sure jalan jammed habislah petang ni. Harap-harap kami tabah sepanjang perjalanan pulang nanti. Semoga semua pengguna jalan raya memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati. Mudah-mudahan semua orang selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat beraya dengan riang-ria bersama keluarga tersayang.

Kat ofis ni aku dah xde mood langsung nak buat kerja. Ceh, macam byk je keje yg kena buat.. Mood raya berkobar-kobar, lagi-lagi bila dengar lagu raya yang berkumandang dari corong laptop aku neh. Sangat excited I tell you. Hihi.

Sebelum aku abeskan entry yang tidak seberapa ini, aku ingin nyanyikan lagu raya yang best utk semua. Dengar ya..

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku

Tak sedap ke? Fine, nyanyi sendiri lah you alllss.. hukhukhuk :(
Baca selanjutnya...

Monday, September 14, 2009

Last weekend was super superb

Kat Mcd ni... beli food untuk sahur.





Bersama hasil tangkapan dari Sungai Mcd. Eh eh! Semua orang sama tinggi?






Kat belakang tu hostel kepunyaan keluarga anis. Kami menumpang tidur semalaman di sana. Berperasaan seperti sekumpulan pelancong. Eceh ;)






Para pelancong bergambar kenang-kenangan







Para pelancong yang gila gambar. Gila pon gila lah asal comey ^___^







Hot = gedik kuasa dua. Auuuuwww youuu, sejak bila i pandai bergedik-gedikan ni?





Kereta yang digunakan untuk melancong di Kuala Terengganu. Sori Ziah, kete ko tak muat masuk gamba..





Kat belakang tu bas bandar, untuk kemudahan pelancong ronda-ronda bandar KT.. Kami pelancong yg UP sket, guna kereta sendiri. keskeskes :P





Di Taman Tamadun Islam (TTI).. Next time kena pergi lagi, byk tempat menarek utk posing. Ceh!




Kat jeti, sebelum TTI River Cruise..




Itu Masjid Kristal. Cantik..
Credits to photographer, dan si pemilik kamera

Nah, ameklah gambar-gambar aweks cun sebagai pencuci mata. Hek eleh bajet gilaaaa.. So what, kami mmg cunn. Hakhakhak :P
Entry kali ini aku hanya mampu biarkan gambar-gambar tersebut bercerita. Eh, bukan aku malas, OK. Asek aku jek yg berstory-telling, buat korang bosan plak kan.. hikhikhik ;)
Kalau aku yang bercerita, begini jadinya:
Sakit gila perut aku gelakkan awekss cun ni.. nak tahu kenapa? Sebab sesat di bandar KT. Dahlah sesat, comel pulak tuh. Eh, terkeluar dari landasan cerita. Maafkan saya, saje nak promot housemates. Hikhikhik :P
Kalau korang kat tempat aku, memang patut korang gelakkan mereka. Apa tidaknya, konfiden gila cakap "kiri kiri" padahal masa tuh sepatutnya pergi kanan. WKY dah bagi signal ke kiri.
MBN pula bagi signal ke kanan. Aku dan rumet yang pada mulanya yakin tahap dewa-dewi nak belok kanan macam kena pukau dek kata-kata "kiri kiri" dari kereta sebelah, siap tunjuk dengan tangan lagi tu yang aku tak tahan. Oh, dia awek Terengganu, ikut jelah.. mungkin dia betul.
WJA kat belakang dah pening nak ikut yang mana. Kiri ke kanan.. Kesian WJA kena sound dgn mamat motor kat sbelah "mu ni reti dok bawok kete?" Walaupon kesian, aku tetap nak gelak. HAHAHA.
Jalan ke kiri tu jalan ke Kota Bharu ye kawan-kawan. Balik KB jom! Bila dah sedar yang lead tu sesat, pandai pulak si driver WKY tu buat muka comel innocent gila buat aku tak jadi geram tapi gelak terbahak-bahak. Ni tips terbaek utk mengelakkan diri dari kene marah, ye dok Fatin? Haha. Aku ingat tak nak mention nama, tapi terlepas pulak. Oooopsss, sooriiii :P
Banyak lagi lah adegan-adegan sesat di jalan raya tapi tak nak cerita kat sini, takut terlepas lagi.. Kene jaga reputasi housemates yang cun. HOHO. Biar kami jelah yang gelak terbahak-bahak bila teringat kisah melancong di KT ni.. So wonderful (sesat pon wonderful?) takpe, bak kata ieja "sesat lah baru belajar.. kalau tak sesat, tak belajar" Bila dah sesat baru ingat sampai mati, nak ke KT kena belok kanan, ke KB belok kiri.
Cerita versi anis: sila klik sini
Cerita versi fatin: sila klik sini
Housemates, ukhuwah ini jangan terhenti; sampai bila-bila...
Baca selanjutnya...

Sunday, September 13, 2009

Soalan-soalan yang buat aku wonder

Warning: Entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur tidak puas hati. Dan juga berkemungkinan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu.

Sebelum melanjutkan entri yang aku tak tahu tahap kepanjangannya ni, aku ada beberapa soalan nak tanya, tu pun kalau ada orang nak jawab lah kan.. kalau nak baca je tak nak jawab pun tak pe, aku faham sume orang excited nak raya (hip hip hoooray)

OK OK. Aku tak nak menyimpang jauh, kang hilang idea pulak.

Ni soalan cepu emas ni.
Kau pernah sukakan seseorang?
Suka kat sini ialah suka yang you know how lah kan.. jangan buat-buat innocent ye. tQ ;)

OK, sape nak buat pengakuan terbuka kat sini, sila sila.
Aku orang first mengaku, sebab entry ni aku yang taip. Keskeskes :P

Ya, aku pernah sukakan seseorang dan mungkin masih suka dan mungkin juga suka tu dah hilang aku sendiri tak sure. Mungkin sebab lama sangat perasaan suka tu bersarang dalam hati membuatkan aku keliru, suka tu ada lagi ke tak. OK, pengakuan aku setakat ni je harap tiada soalan yang akan ditimbulkan kelak..

Soalan tersebut pernah aku tanyakan pada salah seorang kawan aku yang identitinya aku rahsiakan sebab tak nak dia jadi hot, ini blog aku tumpuan harus kepada aku. Ceh, poyo jek. Hahaha.

Nak tahu dia jawab apa?
Bukan oranglah kalau aku tak pernah sukakan seseorang.
Aku suka jawapan dia ni, mengaku secara tak langsung. Berkias sangat kan.. orang Melayu memang suka berkias ek?

Aku orang Melayu. Kadang-kadang aku berkias, kadang-kadang aku straight to the point. Respon tu tengok situasilah macam mana, aku flexible orangnya. keskeskes :D

Berbalik kepada soalan, I bet sume orang pernah rasa kan? Kalau jawapannya tak, something wrong lah tu. Sebab suka itu fitrah. Dan suka itu hak semua orang, takde orang boleh halang, takde orang boleh paksa. It just happen.. well i think you get my point here.

Thanks to Syazana for her nice entry

Perasaan itu indah, aku tahu. Korang pon tahu, kan? Takyah nak bajet innocent ye kawan-kawan, aku sekeh kang. Hahaha.

Ni soalan kedua:
Sejauh mana lelaki dan perempuan mampu jadi best friend?
Soalan ni ditujukan kepada umum dan terpulanglah nak jawab ke tak, harap tiada yang terasa dia mesti jawab soalan ni ye.. no offence :P

Setakat yang aku tahu, payah siket lelaki dan perempuan nak maintain best friend sampai mati. Well, we all know kan, lelaki dgn perempuan ni macam magnet. Satu kutub utara, satu kutub selatan. Tak pun macam cas elektrik. Satu positif, satu negative. Masing-masing akan terattract antara satu sama lain.

Korang takyah selitkan kes gay atau lesbian atau maknyah atau penkid atau seangkatan dengan mereka OK, aku sekeh kang.

Pernah dengar lagu Teman Bicara yang Erra Fazira nyanyi tu? Aku attach lirik kat sini, lagu nanti download sendiri ye..

Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu

Berdasarkan pemahaman aku yang serba kekurangan ini, dapat aku simpulkan sukar untuk menjadi best friend sekiranya anda berlainan jantina kerana ada satu perasaan halus yang akan menyelit dalam diri korang, mengindahkan lagi persahabatan korang. Bergementarlah seluruh anggota. Eceh! No offence ye, jangan pulak aku yang kene sekeh kang. Hahaha.

Ni lagi satu soalan
Apa yang akan anda lakukan kalau anda terjatuh hati kat best friend anda?

Aku nak jawab soalan ni, walaupon aku takde besfren dari kaum adam. Ceh.

Susah gak weyh, kalau terjatuh hati kat besfren. Nak confess ke tak eyh? Tapi aku kan perempuan cam malu jek kalo confess. Tapi kalau tak confess hati aku yang sakit. Tapi kalau confess dan kene reject camane? Aku tak sure aku masih tabah nak jadi besfren macam dulu-dulu kalau dah kene reject. Malu dowh T______T

Tapi kalau aku ni lelaki, macam mana? Kalau dah suka tu cakap jelah, act like a man la beb! Tapi kalau kene reject? Naseb arr. Hahaha. Hmmm.. Haila haila. Ko taw tak, nak confess tu perlukan satu kekuatan yang sangat kuat.. bukan senang taw. Eleh, kau ni macam pernah jek.. haha.

Tapi paling best kalo dua dua terjatuh hati pada besfren masing-masing. Heaven lah i tell you.. Tapi, kalau salah seorang je yang terjatuh, kesian gak tuh. Ditelan mati mak diluah mati bapak.

Tapi aku respect la orang yang kene reject tapi still bole kawan macam dahulu kala, even lagi rapat. Mereka sejenis lelaki cool bagi aku. *tabik*

Soalan seterusnya:
Sejauh mana kebenaran statement ini: lelaki pantai timur tidak/kurang gentleman?

Dari pengamatan aku, agak betul statement tuh. Nak cakap tak pernah kang kata aku tipu pulak. Jarang aku jumpa lelaki pantai timur yang gentleman. Tapi ada jugak yang sedang cuba-cuba nak jadi gentleman buat aku pelik apa kena mamat neh. Takpe takpe, berubah untuk benda baik tak salah; i like. *winksss*

Lelaki pantai timur ada nak komen tak? Ataupun sape2 yg ada kawan lelaki dari pantai timur nak komen boleh jugak.. aku harap sangat ada komen yang menyangkal statement tuh. hihihi ;)

Ada byk lagi soalan yg buat aku wonder tp ni last la..
Kenape ek, orang yang kita tak suka at the first place tu lah yg buat kita fall habes? Mungkin bukan kita, tapi aku. Aku takde jawapan T_________T


Editted: cik syazana menjawab persoalan tersebut di blognya. check it out!
Baca selanjutnya...

Tuesday, September 8, 2009

Aku seorang loser T______T

Oh, aku menyampah dengan keloseran aku. Aaaaaaaa... xleh terima kenyataan aku seorang loser T_________T



Aku akan jadi seorang yang loser apabila aku bosan tahap dewa-dewi pada hujung minggu yang tidak produktif T_________T. Serius sedih gila jadi loser pada hujung minggu tatkala housemates nyenyak tido tak hiraukan aku yang kebosanan T_______T.



Padahal pada hujung minggu lah perlu All-Out buat aktiviti-aktiviti menyihatkan tubuh badan serta perasaan ^______^



Aku lebih merasakan keloseran apabila aku tiba-tiba hilang skill yang pernah menjadi kebanggaan aku suatu ketika dahulu. My o my, memang loser habeslah i tell you!



Now i tell you, dulu i terer mengayam ketupat taw~ dulu-dulu masa kat Gerik (of course lah i mean MRSM Gerik) i joined scouts. I was a scout member back then; yang



1. reti marching sampai buat orang yang tengok rasa kagum lalu berjaya influence junior utk join scout,

2. reti pasang khemah dan tolong budak2 Puteri Islam pasangkan khemah mereka sekali masa perkhemahan badan beruniform di Lata Lawin,

3. reti buat pagar buluh dalam hujan bersama Nabihah Mazlan untuk melindungi khemah dari ancaman yang tidak diingini, (Ni kalau Nabihah tak ingat tak tahulah aku nak kata apa.. what say u Nabihah?)

4. reti hidupkan api untuk masak-masak dan buat unggun api utk menghalau nyamuk yang buas menghisap darah orang manis seperti aku

5. reti masak masakan rimba seperti masak telur dalam tanah yang di atasnya ada bara yang digunakan untuk masak nasi dalam buluh (mind you, bukan lemang, OK)

6. reti panjat-panjat dan daki gunung-gunung serta bukit-bukau tanpa sedikit pon perasaan takut kat pacat

7. reti buat perabot seperti meja dan kerusi dengan menggunakan buluh dan tali guni jek

8. reti buat kraftangan anyaman seperti mengayam ketupat dengan penuh kesenian

9. reti tido dalam khemah dengan nyenyaknya sebab badan penat buat semua benda-benda yang dinyatakan di atas

10. reti tak mandi sampai 2-3 hari sebab kena siapkan sume benda yang dinyatakan di atas untuk memuaskan hati Ustaz Rahim dan penasihat-penasihat scout yang lain untuk dapat nombor satu dalam jambori scout MRSM Se-Malaysia.. dan of course lah untuk memuaskan hati sendiri juga apabila berjaya memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan semasa jambori di MRSM Lenggong pada 2002 tersebut.



Korang, i miss you all taw~ Nak camping Nak camping! Nak buat sume benda yg i used to do dgn terer pada suatu ketika dulu... T_____T



Last Saturday, i tried to anyam ketupat as my housemate cik ja sedang sembangat nak buat deco utk pertandingan deco hari raya kat tempat dia intern. It was my second try after almost 7 years i left scout and those things i used to do wholeheartedly.


The 1st try was during Cheme Jan06 Dinner Raya. Menggigil i tell you masa tgh bertungkus-lumus cuba menganyam ketupat kat depan warga Cheme Jan06 sekalian.. Aku ingatkan tak jadi ketupat sebab aku gabra masa tuh, rupa-rupanya aku dah hilang skill T_________T





Kerangka ketupat yang belum dikemaskan





Selepas dikemaskan. Takde rupa ketupat langsung!

I gave up. Sedih taw, terpaksa give up T____T setelah bertungkus-lumus dari pagi ke petang (3-4 jam jugaklah)


Pelik kan, anyam ketupat depan laptop. Takde peliknye pon, aku siap search kat Youtube lagi video cara-cara mengayam ketupat step by step. Sangat sedih, dah banyak kali try tapi tak dapat-dapat even dengan bantuan dari youtube. Hampaassss!

Aku seorang loser sampai sekarang -tak kawen kawen lagi- eh, silap.. sampai sekarang tak reti-reti anyam ketupat sampai buat aku give up T_________T Lagi loser bila skill tu dah hilang T________T

Wah, banyak sungguh icon T___________T ini agak annoying jugaklah kannnn T____T Hihihi :P
Baca selanjutnya...

So happy together

Presenting...































These lovely aweksss are my housemates in Paka. They are so comel and adorable i want to hug hug them and kiss kiss them like heaven. We're so happy together like the Ayamas iklan on TV but i bet we're much much happier.. hihihi ;)
P/s: Saje jek letak gambar blurrr, takut ada orang terpikat dgn housemates. Oh, ya ni blog aku! Keskeskes :P
Baca selanjutnya...

Monday, September 7, 2009

Monday oh monday

Today is Monday or Kelantanese call it as Isna dan orang-orang Melayu yang lain like me panggil hari ini sebagai hari Isnin. Aura rindu tanah tumpah darah mula dirasai.. nak balik kampung nak tidur dengan mak! dan juga makan mom's cooking sampai gemokk. tapi takpe, since aku pon bole masak sedap-sedap, aku masih tabah mengumpul rindu di bumi Paka yang sungguh permai ini..


Sekadar gambar hiasan



Yup, i know sudah agak lama i tak upload pictures yang comel-comel ke dalam ini blog. I agak terkebelakang kalau bab-bab yang involve teknologi canggih-manggih seperti ini. Apakan daya, i kan rabun IT tp harus diingati ye kawan-kawan, i takdelah sampai buta IT, tak nampak sikit-sikit jek itu yang jadi rabun.. nama pon student UTP, Universiti Teknologi PETRONAS you~ kalau buta IT memang layak kena sekeh aku neh T_____T

I sebenarnya kekurangan gambar yang comel. Mind you, bukan sebab i tak comel OK! Eh eh, bulan puasa tak baik menimbulkan aura riak T____T


Aku bukanlah cameramaniac seperti rakan-rakan serumah yang lain. Mereka lebih comel dalam gambar, aku lebih comel di luar gambar.. keskeskes :D That's why i tak heran sangat dengan camera.. you know what, my housemates sume macam orang kena sawan bila nampak camera, lagi2 kalau diorang yang difokus pada lensa kamera itu. I tak faham taw apa kena dengan diorang neh *gila kamera*. Housemates sila sekeh aku T____T sekarang!


1. Today is Monday.
2. Today is Nuzul al-Quran public holiday in Terengganu.
Monday is Nuzul al-Quran public holiday in Terengganu (and some other states, of course)

So today we went to Kuantan untuk shopping raya, yeay! Perlu boldkan, kau ingat Kuantan tu dekat macam Mesra Mall kat Kerteh yang bole dikunjungi pada bila-bila masa yang disukai? Merentasi sempadan dua negeri taw~ Terengganu-Pahang. Jauh tuuuu...

Destinasi shopping raya kali ini ialah Berjaya Megamall. Mega beb, MEGA! Tapi we all agak frust sebab satu sen pun tak dibelanjakan di Berjaya Megamall tersebut. Nama je MEGA tapi apsal tak berjaya menarek keluar duit dari purse aku, even RM1? Mana ade duit syiling satu sen dah sekarang neh Shopping raya yang fail. *Sigh*

Aku masih terkenangkan wedges yang sangat cantik yang harganya pun sangat cantik (memang sepadan rupa paras dan harga) yang aku tengok dekat PARKSON Kota Bharu. Wah, KB pon dah ada PARKSON ye sekarang, sangat maju i tell you~ Tapi silap satu jek masa tu aku takde duit.. Frust gellls i tell you.. Tapi naseb baek jgk xde duit masa tuh, kalau tak... (dot dot dot)

PARKSON yang buat KB jadi huru-hara





Banyak kenderaan yang berpusu-pusu menuju PARKSON yang baru dibuka




Memang huru-hara jadinya KB dengan asakan kenderaan yang melemaskan pandangan



Tapi setiap masa terbayang-bayang wedges yang menawan itu, how come? Nanti sebaik kaki berpijak di bumi Kota Bharu apabila pulang untuk beraya bersama orang-orang kampung, the first thing to do will be serbu the PARKSON sampai terbeli wedges yang diidam-idam itu.. tak sabar, i tell you~ (harap-harap size 4 masih available pada hari itu dan the most important thing, purse penuh dengan RM)


Apakah perasaan anda apabila anda tengah sembangat menunggu kawan anda masak untuk berbuka (bukan turn anda masak pada hari tersebut), tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka yang membuatkan seisi rumah frust menonggeng?


Jeng jeng jeng


Gas abesss i tell you~ penat taw excited tiba-tiba tak jadi tengok kawan masak padahal masa tuh sume bahan-bahan dah tersedia, tunggu masa nak humban dalam periuk jek. *Grrrrr*. Naseb baek bukan turn aku masak, kalau tak seminggu aku mogok taknak masak. Hahaha. Suka cipta alasan kannnn :P Tapi cam kesian gak kalau aku mogok, kang nanti ada yang rindu susah pulak kannn.. keskeskes. Apsal anda sungguh bajet? Oh, Plisss lah!


Oh, kipas stand yang comel kat bilik aku sudah selamat dibersihkan oleh rumet yang sungguh manis, menjadikan kipas stand itu kelihatan sungguh berkilau lagi berseri-seri membuatkan aku suka berada di dalam bilik yang comel ini sampai tak nak keluar ikut bergossip bersama housemates yang membahagiakan. Dah takde ayat yg lagi panjang ke? Pssst. Psssst.. Kipas bilik korang bila nak berkilau lagi berseri-seri macam kipas ktorang neh?


Dah malas nak panjangkan entry. Selamat malam semua!
Baca selanjutnya...

Thursday, September 3, 2009

Ringan Jodoh

Malam ni malam jumaat. Ambik berkat malam jumaat, aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku terbaca dari satu laman web yang aku dah tak ingat apa nama dia.. Ni sedikit petua untuk segera dapat jodoh. Aku share petua ni bukan bermakna aku dah tak sabar-sabar nak kahwin, sekadar berkongsi ilmu.. Harap dapat dimanfaatkan.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah


5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)



7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:1. Seseorang yang berjihad dijalannya 2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya 3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.


10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami


p/s: doakan yang terbaik untuk semua orang.. aku masih kecik untuk fikirkan soal kawen tp kalau dah sampai seru dan tiba masanya, aku sure jemput kawan2.. dun wori dear ;)
Baca selanjutnya...

Wednesday, September 2, 2009

Sedih
Hati pedih
Auwwww!

Ada unsur gedik walaupun ayat macam nak menyatakan kesedihan terlampau. Sedih ke Mizah? Takyah sedih-sedih.. Come on, dunia belum berakhir. Eceh, macam sedih betul je ni.. Sedih ke weyh?? Hah?

Tiba-tiba aku risau dengan diri sendiri. Mungkin lebih risaukan perasaan. Perasaan, OK kah kamu? Hati, jaga perasaan molek-molek taw..
Baca selanjutnya...

Tuesday, September 1, 2009

I'm missing you again

Oh, aku bosan kat ofis. Kuasa seratus aku bosan. Takde mood nak study. Aku nak buat project tapi tak diberi project. Sabar jelah jadi manusia superajen macam aku neh. Apsal kau rajen sangat nak buat project hah? Best sangat ke buat project design design tu?

Best. Sebab aku rasa macam engineer. Design Engineer. Engineer lain tak buat kerja-kerja design ni, design engineer je buat design. Dah nama design engineer, maka dialah yang buat design. Ye tak? Haha. Pagi-pagi lagi dah buat ayat bongok. Sabar jelah. Haish!

Ok, korang bayangkan. Aku nak cite pasal kerja design engineer. Sila switch on butang imaginasi anda sekarang ye, kalau tak maksud entry ni tak sampai nanti :P

Korang tahu kan vessel tu apa? Sape-sape yang belajar Chemical Engineering mesti tahu kan, kalau tak tahu meh sini aku nak sekeh. Haha. Terimagine aku sekeh salah seorang budak course aku. Seronok jugak sekeh orang, lagi-lagi kawan sekelas, yang slalu duk sbelah aku sambil tersengguk-sengguk masa dr nurul hasan bagi lecture (nampaknye dah ada orang cuak). Hahaha. Rasa nak gelak sampai esok je. (Haha lagi).

Sekarang, cuba fikir camne nak buat vessel tuh. Fikir kawan-kawan, fikir. Ok, Ok. Takyah fikir hard sangat. Meh la aku cite terus, kesian pulak korang kena fikir baca entry neh. Haha.

Semestinya kena start dengan design. Kerja design adalah kerja imaginasi. Eceh. Dari nothing korang nak adakan something. Faham tak ni? Dari takde pape korang nak adakan sesuatu. Ceh direct translation la pulak~

Agak challenging jugak la. Korang (i mean design engineer) yang kena tentukan bentuk vessel tu macam mana. Thickness vessel tu berapa. Pressure limit dia takat mana. Nak guna support apa. Macam mana nak fabricate vessel tu. Material apa yang nak guna. Nak angkut vessel tu masuk plant macam mana. Transportation lagi, muat ke tak masuk lori/kapal untuk angkut ke tempat plant tu.. dan banyak lagilah. Ilmu aku dalam bidang design engineering masih terlalu sedikit, maklumlah baru sebulan anak jagung jadi trainee. Hehe.

Best kan? Korang pasti teruja. Macam aku. Eceh. Kalau tak teruja tu maksudnya, korang tak ditakdirkan untuk jadi design engineer. (Macam berlagak pulak trainee design engineer neh. Haha. Maafkan aku, terlalu teruja mungkin)

Semangat study makin membuak-buak ni. Jadi sebelum aku hanyut bersama ayat-ayat power dari buku tebal yang memengantukkan, aku nak kongsikan satu lagu yang sedih dengan korang semua. Ceh, lagu sedih-sedih jugak yang nak sharing. Lagu ni sedih, sebab ada sorang kawan aku yang termenanges bila dengar lagu ni. Gilalah feeling kau cik F (bukan nama sebenar)

Lagu yang menyedihkan ni aku terdengar secara tidak sengaja masa otw pergi+balik kelantan last weekend dalam CAV **** tersebut. Sampai bila entah aku akan mengungkit kisah CAV **** itu. setakat ni, kisah CAV **** tu masih belum bernokhtah dari bibir aku, dan jugak penumpang lain. Haha gila berpuaka efek jadi penumpang CAV ****. eh, jangan salah sangka ye, bukan kereta yang berpuaka, efek je berpuaka.. kang tak pasal-pasal aku plak yang kena saman T________T

Eh, perasan tak, tajuk entry macam takde kaitan. Ada lah sebenarnya, ni haaa.. dalam lagu ni.. Hehe. So, bolehlah download ye. Ok, aku tahu lagu ni dah lama sampaikan si Fatin Alias tu sempat lupa kewujudan lagu ni. Takpelah Mizah, better late than never. Eceh, taknak kalah.


Dear God by Avenged Sevenfold

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again


Lagu yang sedih ni aku nak dedicate kat seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku. I'm missing you, again. Eceh, sempat berjiwang pulak. Bagi sesiapa yang belum hadir tu, sila-silalah, jangan segan silu.. Nanti aku dedicate lagu ni kat korang plak. Eceh, nak jugak~ Hehe.

OK OK, back to work. Genius at play mode. Hoho ;)
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...