Pakar Cantik: January 2010

Tuesday, January 26, 2010

Hari ini masuk hari ke-2 sebagai seorang pelajar tahun akhir. So far so good omputis kate :D

Tinggal di aras 4 takdelah teruk mana. Cuma perlu daki/turun tangga 3 kali pusing je sebelum sampai bilik/aras paling bawah. Anggaplah itu satu senaman kaki, untuk kaki cantik dan seksi seperti watak Elena dalam The Vampire Diaries. Wah, gitu azam duduk V5 HAHAHA

Internship selama 32 minggu buat aku terbiasa bangun pagi. Pagi-pagi dah bangun even kelas start pukul 12. Sebijik tu je kelas hari ni sebab tutorial dan lab belom start and ada 2 bijik kelas cancel hari ni. Wah, heaven! :D

Bosan lah bangun pagi-pagi tapi takde benda interesting yg boleh dibuat.. Hmmm, sambung tido lah!

Tata people :P

Eh, tak jadi tido. Tido tak cool :D Nak layan The Vampire Diaries, Damon hensem gilerrrr.. melting
Baca selanjutnya...

Monday, January 25, 2010

Welcome back!

Officially I am a final year student, starting from today, 25th January 2010 :D

Frankly typing, I do not know how to berperasaan. Empty, perhaps it is the best word to describe me now.

This emptiness is killing me. Im dying. Help! Help!

Bencinye menjadi seorang yang tak berperasaan dengan kekosongan yang mengosongkan. (?)

Packing nak balik utp kosong.
Sepanjang perjalanan ke utp kosong.
Sampai utp kosong.
Register bilik kosong.
Unpacking kosong.
Enroll course kosong.
Buat jadual kelas kosong.
Pergi kelas kosong.
Balik kelas kosong.
Daki tangga ke bilik kosong.
Masuk bilik kosong.
Sembang dengan rumet kosong.
Baring-baring kosong.
Tidur kosong.

I think I'm lost in this new surrounding. Hilang dalam ramai

As predicted, things are different now.
Village - I moved to Village 5
House - with new housemates
Room - at level 4 (4.2.4)
Roommate - a junior
Friends - berterabur di serata alam UTP (village, blok lain2)
Coursemates - wah, lame tak jumpe korang :D

I believe this is temporary, as it is one of weird phases in my life - learn how to adapt with new environment.
Don't worry, everything will be fine :)

Wish me luck for new semester as a final year student of UTP.
Wish me luck for Final Year Project (FYP) ((FYP nak buat ape eh?))

P/s: Mudah-mudahan cepat adapt dengan new environment
Baca selanjutnya...

Tuesday, January 12, 2010

Selamat tinggal Paka

OK, setelah lama tak update sebab busy menyetelkan benda-benda yang perlu disetelkan sebelum balik kampung, maka hari ni aku update, live dari Jalan Kelisa yang bakal ditinggalkan dalam masa beberapa jam dari saat ini.

Sambil-sambil packing, sambil-sambil update. Taknak layan sangat perasaan sedih dan sayu masa packing, maka aku cuba alihkan perhatian kepada update. Yelah, nak update ni kena fikir dulu sebelum taip, kalau packing tu otak tak bergerak sangat sebab main campak je.. so, kalau otak tak bergerak sangat masa packing, hati akan take over, maka mula lah rasa sedih sayu pilu blablablabla..

Aku tengah tahan ni.. tahan nk ke toilet. bengong la last day takde air. benci gila aku, nasib baek aku sempat mandi pagi2 lagi tadi.. kalau tak ke PETRONAS lagi la jawabnye. Gila tak cool mandi kat PETRONAS. Can you imagine that, my beloved housemates? (If you happen to read this la kan)

Ingat tak, first day kita kt umah ni takde air?
Ingat tak, first day kita beramai-ramai ke PETRONAS utk mandi?
Ingat tak, pekerja PETRONAS pandang slek je kat kita masa tu?
Ingat tak??

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Mokte, first and last.. Perlu ke back to basics, first day takde air last day pon kene takde air? Setitik air pon takde dalam umah ni.. Sabar Mizah sabar.. 32 minggu ko boleh sabar, takkan last day ni ko tak boleh sabar..? Peace (^_^)V

Aku sedih nak tinggalkan Paka. Lagi sedih nak tinggalkan rumah ni.. Aku tak sedih nak tinggalkan housemates sebab diorang lagi dulu tinggalkan aku, jadi aku sedih ditinggalkan :(

Rumah sewa Jalan Kelisa;
banyak kenangan kat umah ni.. 32 minggu bukan sekejap, macam-macam benda jadi - gaduh dengan tuan rumah, asek kutuk tuan rumah, kena marah dengan tuan rumah.. erkkk, apsal plak cite ni yg tertaep? Hahaha. Last-last day pon masih tak puas hati dengan tuan rumah..

Papehal pon, time kasih kat tuan rumah yang telah secara tidak sengaja menjadi sebahagian dari 32 minggu yang bermakna ini.. Sekurang-kurangnya kami belajar sesuatu dari anda, iaitu: fight for our right, even lepas tu kena maki balik. Itu jelas menunjukkan kami bukan pengecut :)

Pengajaran: Lain kali kalau nak sewa rumah, buat la agreement hitam putih dengan tuan rumah supaya kita tak dimanipulate --> credit to Fatin; sharing session terakhir bersama housemates :(

Pengajaran lain: kalau nanti tiba-tiba ada banyak rumah dan rasa nak sewakan rumah kepada pelajar, janganlah aniaya atau manipulate mereka. Nama pun pelajar, duit yang ada pun tak seberapa. Duit yang ada tu lah nak guna untuk belajar, cari ilmu Allah.. tak ke mulia niat nak belajar tu.. at least tolong permudahkan apa-apa yang boleh, mana tahu nnt termasuk dalam list doa mereka.. rahmat dah kat situ, taklah asek kene kutuk je kan..

Last untuk tuan rumah:
Terima kasih benarkan kami sewa rumah anda.
Terima kasih, even rumah ni tak seperti yang dijanjikan.
Terima kasih atas toleransi (kalau salah eja, maaf) anda, even ada unsur manipulate.
Terima kasih atas segalanya..
Maaf atas segala kekasaran dan kekhilafan kami, kami cuma nak pertahankan hak kami..
Maaf sebab selalu kutuk anda, anda yang buka peluang untuk dikutuk.. ooppps, maaf sekali lagi..
Halalkan apa yang terlebih terkurang dari kami..
Duit deposit kami RM350 tu, kami halalkan
Pesanan terakhir: jangan manipulate students, biarlah kami yang terakhir..

Looking for a tribute? Here

Tribute versi aku: nanti-nanti lah (kalau ada)
Baca selanjutnya...

Sunday, January 3, 2010

Cantik kau hari ni..

Oh, dah 3rd January 2010. Happy (belated?) New Year all :)

Pagi-pagi lagi Anis dah puji aku: "Mizah, kau nampak cantik la hari ni." Aku senyum :)

And then Anis dan Ieja sambung perbualan, pot pet pot pet pot pet blablabla.. I wasnt sure what was the content of the conversation as I was busy bersiap-siap utk pegi kerja.

Some of the conversation that I managed to catch:

"Yela, kan biasanya kau nampak selekeh. Dengan tudung kau yang tak kemas. Kau kan macam jenis tak kesah sangat tudung jadi ke tak.. Lagi-lagi bila kau pakai hair band, tak pakai anak tudung.. serabai gila"

Tulus ikhlas komen Anis and Ieja. Pagi-pagi dah kene kondem, even pada mulanya nak puji. Kecik hati aku seketika. HAHAHA.

Fine korang, sempena tahun baru ni aku berazam akan pakai tudung kemas-kemas kasi cun biar sume orang yang pandang nak ngorat aku. Tapi aku pakai selekeh-selekeh selama ni pon ramai je yang ngorat, siap dah tak terlayan dah ni haaa. HAHAHA.

Eh, tarik balik. Azam tahun baru jangan riak :P

Kat ofis pulak, REM si pemberi please-be-rajen note memuntahkan satu pertanyaan yang membuatkan aku tersenyum lagi:

"Mizah beli tudung tu kat mane? Cantik.."
"Mizah beli kat Kuantan.. nak ke?"
"Hehe. Nak, cantik.. nanti nak pakai pegi keje.. haha"
"Hehe. Cantik, kan? Murah je ni, nnt boleh la beli utk awek.. hehe"
"Murah? Berapa?"
"Below 10"
"9? 8?"
"Haha. Rahsia. Tp below 10 la.."

Tudung ni aku beli kat butik First Lady kat East Cost Mall. Harga RM 5.50 jek. Murah dan cantik. Pandai kan aku shopping. HAHAHA :)

(Oh, gambar tak disertakan)

Motip entry ni dikeluarkan: xde motip.
Aku sebenarnya sedang struggle utk buat final report. Mungkin struggle utk start buat lagi tepat memandangkan sejak last week lagi aku try buat tapi tak terbuat pon lagi.. super malas. Oh,ya! I need that please-be-rajen note for self-motivation. Tapi note tu tertinggal kat umah pulak :( Pssssttt. REM, another note? :D



P/s: Minggu terakhir internship - Make full use of it. Smile :)
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...