Cantik kau hari ni.. | Pakar Cantik

Sunday, January 3, 2010

Cantik kau hari ni..

Oh, dah 3rd January 2010. Happy (belated?) New Year all :)

Pagi-pagi lagi Anis dah puji aku: "Mizah, kau nampak cantik la hari ni." Aku senyum :)

And then Anis dan Ieja sambung perbualan, pot pet pot pet pot pet blablabla.. I wasnt sure what was the content of the conversation as I was busy bersiap-siap utk pegi kerja.

Some of the conversation that I managed to catch:

"Yela, kan biasanya kau nampak selekeh. Dengan tudung kau yang tak kemas. Kau kan macam jenis tak kesah sangat tudung jadi ke tak.. Lagi-lagi bila kau pakai hair band, tak pakai anak tudung.. serabai gila"

Tulus ikhlas komen Anis and Ieja. Pagi-pagi dah kene kondem, even pada mulanya nak puji. Kecik hati aku seketika. HAHAHA.

Fine korang, sempena tahun baru ni aku berazam akan pakai tudung kemas-kemas kasi cun biar sume orang yang pandang nak ngorat aku. Tapi aku pakai selekeh-selekeh selama ni pon ramai je yang ngorat, siap dah tak terlayan dah ni haaa. HAHAHA.

Eh, tarik balik. Azam tahun baru jangan riak :P

Kat ofis pulak, REM si pemberi please-be-rajen note memuntahkan satu pertanyaan yang membuatkan aku tersenyum lagi:

"Mizah beli tudung tu kat mane? Cantik.."
"Mizah beli kat Kuantan.. nak ke?"
"Hehe. Nak, cantik.. nanti nak pakai pegi keje.. haha"
"Hehe. Cantik, kan? Murah je ni, nnt boleh la beli utk awek.. hehe"
"Murah? Berapa?"
"Below 10"
"9? 8?"
"Haha. Rahsia. Tp below 10 la.."

Tudung ni aku beli kat butik First Lady kat East Cost Mall. Harga RM 5.50 jek. Murah dan cantik. Pandai kan aku shopping. HAHAHA :)

(Oh, gambar tak disertakan)

Motip entry ni dikeluarkan: xde motip.
Aku sebenarnya sedang struggle utk buat final report. Mungkin struggle utk start buat lagi tepat memandangkan sejak last week lagi aku try buat tapi tak terbuat pon lagi.. super malas. Oh,ya! I need that please-be-rajen note for self-motivation. Tapi note tu tertinggal kat umah pulak :( Pssssttt. REM, another note? :D



P/s: Minggu terakhir internship - Make full use of it. Smile :)

2 comments:

  1. anis yg tak mahu dikenaliJanuary 4, 2010 at 11:41 PM

    ooooppss, cantik itu subjektif!haha.pakai tudung kemas2 sempena tahun baru.mesti byk lg komen yg menarik bakal ko terima.hee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...