Selamat tinggal Paka | Pakar Cantik

Tuesday, January 12, 2010

Selamat tinggal Paka

OK, setelah lama tak update sebab busy menyetelkan benda-benda yang perlu disetelkan sebelum balik kampung, maka hari ni aku update, live dari Jalan Kelisa yang bakal ditinggalkan dalam masa beberapa jam dari saat ini.

Sambil-sambil packing, sambil-sambil update. Taknak layan sangat perasaan sedih dan sayu masa packing, maka aku cuba alihkan perhatian kepada update. Yelah, nak update ni kena fikir dulu sebelum taip, kalau packing tu otak tak bergerak sangat sebab main campak je.. so, kalau otak tak bergerak sangat masa packing, hati akan take over, maka mula lah rasa sedih sayu pilu blablablabla..

Aku tengah tahan ni.. tahan nk ke toilet. bengong la last day takde air. benci gila aku, nasib baek aku sempat mandi pagi2 lagi tadi.. kalau tak ke PETRONAS lagi la jawabnye. Gila tak cool mandi kat PETRONAS. Can you imagine that, my beloved housemates? (If you happen to read this la kan)

Ingat tak, first day kita kt umah ni takde air?
Ingat tak, first day kita beramai-ramai ke PETRONAS utk mandi?
Ingat tak, pekerja PETRONAS pandang slek je kat kita masa tu?
Ingat tak??

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Mokte, first and last.. Perlu ke back to basics, first day takde air last day pon kene takde air? Setitik air pon takde dalam umah ni.. Sabar Mizah sabar.. 32 minggu ko boleh sabar, takkan last day ni ko tak boleh sabar..? Peace (^_^)V

Aku sedih nak tinggalkan Paka. Lagi sedih nak tinggalkan rumah ni.. Aku tak sedih nak tinggalkan housemates sebab diorang lagi dulu tinggalkan aku, jadi aku sedih ditinggalkan :(

Rumah sewa Jalan Kelisa;
banyak kenangan kat umah ni.. 32 minggu bukan sekejap, macam-macam benda jadi - gaduh dengan tuan rumah, asek kutuk tuan rumah, kena marah dengan tuan rumah.. erkkk, apsal plak cite ni yg tertaep? Hahaha. Last-last day pon masih tak puas hati dengan tuan rumah..

Papehal pon, time kasih kat tuan rumah yang telah secara tidak sengaja menjadi sebahagian dari 32 minggu yang bermakna ini.. Sekurang-kurangnya kami belajar sesuatu dari anda, iaitu: fight for our right, even lepas tu kena maki balik. Itu jelas menunjukkan kami bukan pengecut :)

Pengajaran: Lain kali kalau nak sewa rumah, buat la agreement hitam putih dengan tuan rumah supaya kita tak dimanipulate --> credit to Fatin; sharing session terakhir bersama housemates :(

Pengajaran lain: kalau nanti tiba-tiba ada banyak rumah dan rasa nak sewakan rumah kepada pelajar, janganlah aniaya atau manipulate mereka. Nama pun pelajar, duit yang ada pun tak seberapa. Duit yang ada tu lah nak guna untuk belajar, cari ilmu Allah.. tak ke mulia niat nak belajar tu.. at least tolong permudahkan apa-apa yang boleh, mana tahu nnt termasuk dalam list doa mereka.. rahmat dah kat situ, taklah asek kene kutuk je kan..

Last untuk tuan rumah:
Terima kasih benarkan kami sewa rumah anda.
Terima kasih, even rumah ni tak seperti yang dijanjikan.
Terima kasih atas toleransi (kalau salah eja, maaf) anda, even ada unsur manipulate.
Terima kasih atas segalanya..
Maaf atas segala kekasaran dan kekhilafan kami, kami cuma nak pertahankan hak kami..
Maaf sebab selalu kutuk anda, anda yang buka peluang untuk dikutuk.. ooppps, maaf sekali lagi..
Halalkan apa yang terlebih terkurang dari kami..
Duit deposit kami RM350 tu, kami halalkan
Pesanan terakhir: jangan manipulate students, biarlah kami yang terakhir..

Looking for a tribute? Here

Tribute versi aku: nanti-nanti lah (kalau ada)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...