I'm so howtz | Pakar Cantik

Tuesday, February 2, 2010

I'm so howtz

I'm so howtz. Awwww! *Gedik gila eja hot as howtz*

Aku tak faham lah apsal UTP ni panas sangat. Nak kata takde pokok depan aku ni hutan (bilik i menghadap hutan, u) Nak kata tak pasang kipas, dah speed maximum dah ni. Nak kata tak bukak tingkap, luas ternganga ni haa.. (Nasib baek nyamuk tak larat nak terbang tinggi-tinggi ke tingkat 4. Haha)

Ya Allah, panasnyeee.. (OK, neraka lagi panas. Sape komen pasal ni siap. Haha)

Duduk berdiam diri dalam bilik sambil dengar lagu Nobody (English version) pon boleh berpeluh. Dan motip nak mandi 2 3 kali semalam?

OK, aku sengaja include kan part lagu Nobody sebab dah dua tiga orang mintak lagu ni dari aku. Hahaha *gelak bangga* Kat UTP ni dah takde DC++, sungguh menyedihkan. Bagi yang tak tahu, DC++ ni adalah tempat perkongsian file sesama pelajar UTP, boleh download lagu dan movie dan semua benda dari sini. DC++ best, boleh download movie yang baru-semalam-tengok-kat-wayang pada keesokan harinya. Haha (teringat kisah tengok Madagascar kat wayang, esoknya tengok lagi kat laptop)

So dah takde DC++ ni, maka maken bosan lah hidup di belantara Tronoh ni. Adela nanti yang tiba-tiba buat status FB, gtalk, or ym yang berbunyi ala-ala "Sape ade lagu/muvie bla bla bla? Nak (1000 kali)" ---> Sape yang makan cili dia yg rasa pedas Awwww, pedasnye! Haha :P

Sometimes I wish I were Rapunzel. Tak pon Mayang Mengurai. Nak turun bawah / naek bilik senang, tak payah susah payah mendaki tangga.

Eh, tak tak. Ada rumet seperti Rapunzel atau Mayang Mengurai; tak larat aku bawak rambut berat ke hulu ke hilir. Nanti senang, panggil je rumet dah boleh naek/turun bawah. Wah, heaven! Haha.

Hidup nak senang aje, ni lah anak-anak muda jaman sekarang. Haish! Naek turun tangga tu kan exercise, nanti kaki kau jadi cantik macam kaki Elena. (Macam lah Elena tu selalu exercise naik turun tangga macam i~ Haha)

Sebenarnya, aku kesian kat adik aku si Azrini Azid tu. Sembangat gila dia menangis sebab ingatkan tak dapat tawaran masuk ke MRSM. Masa tak dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dia maintain cool lagi. Sedih tu nampak la dia sedih tapi boleh control lagi masa tu. Semalam, ada orang tolong check kan utk dia, tak tahu lah mana salah mana silap, orang yang tolong check kan tu kata tak dapat. Apa lagi, menanges berlagu-lagu la adik aku tu.. maksudnya kat sini, menangis banyak round, sebab tu berlagu-lagu :P

Yang aku ni pulak, lupa nak tolong check kan sebab sibuk dengan kelas. Pukul 11 malam baru aku teringat nak check kan. Bila aku check, dapat. *Yeay yeay* Then terus aku call abah. Ma+Abah terkejut, sebab macam dah redha je tak dapat.. Then abah call adik aku, budak tu asek menanges je hari sepanjang hari. Mesti bengkak gila mata dia. Kesian, sia-sia je dia menanges bersunguh-sungguh. Haha :P

Syukur alhamdulillah, salah satu doa aku termakbul :D Terima kasih, Allah. Mudah-mudahan doa-doa yang lain juga akan termakbul hendaknya :)



P/s: Entri ni takde p/s =P

2 comments:

  1. UTP panas lagi ke?
    dari zaman aku dulu..
    mmg x tahan, mcm sia2 je mandi pagi pastu g klas peluh balik..
    mulut celupar sgt amek Tuhan bagi fly awal2. haha

    ReplyDelete
  2. skang maken panas la kt utp ni T_T
    haha.. betol2, baek takyah mandi, jimat sket sabun mandi.. haha :P

    tp fly awal2 pon ok ape, dah takyah merungut utp panas dh.. hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...