Pakar Cantik: March 2010

Tuesday, March 30, 2010

3 Idiots






Silalah menonton kawan-kawan.
Saya sudah, anda bila lagi?
Baca selanjutnya...

Monday, March 29, 2010

Tahajjud Cinta

It's a nice song.
Meaningful lyrics with beautiful voice of Datuk Siti.
*Aduh suaranya bagus bangat!*
I don't know, I just tak boleh tak suka suara Siti.
Kalau dengar mesti nak dengar lagi. Berulang kali.
Like what I'm doing, listening to Tahajjud Cinta over and over again.

Oh, ya! I like this video clip of Datuk Siti yang mana dia nyanyi lagu Overprotected duet dengan Agnes Monica, live masa konsert dia dekat Indonesia lama dulu. My fav I'd say. Kalau dulu, setiap hari ulang tayang, tak jemu-jemu. Tapi sayangnya, selepas format laptop klip video itu hilang bersama virus-virus jahat. Soooo sad :(

Suara Siti satu anugerah, susah nak cari orang yang suara lemak merdu macam ni.. Nyanyi la lagu apa pon, mesti sedap didengar. Kalaulah suara aku merdu macam ni, habeslah tak jadi engineer dah aku, duk menyanyi je.. HAHA :p

Currently, I like what I am doing. (Jadi engineering student je pon~ tu pon nak kecoh? :P)
I just tak suka baca buku sejarah je.
Dulu-dulu masa sekolah takut gila bila nak exam sejarah sebab i tak suka menghafal sebab bila menghafal, I tend to mix up the facts.
So, bila exam I jadi tak confident and forget everything.
I benci jawab soalan objektif sebab tak boleh goreng. Tapi sebenarnya, suka jugak kadang-kadang. Sebab tak payah fikir sangat, just shoot! HAHAHA :p

Sem ni banyak test yang bercirikan soalan objektif (MCQ). Nanti test Malaysian Studies macam mana? Main tembak-tembak jugak ke? Tak pun baling-baling dadu?
We'll see :p

Tapi lately, I macam nak belajar betul-betul, not for the sake of exam semata-mata like what I did before. I rasa rugi gila bila belajar tapi lama-lama tak ingat apa yang dah belajar tu. Sangat rugi ok!

Even dah final year tapi masih terkial-kial nak buat kerja yang budak-budak 1st, 2nd and 3rd year buat secara normal (bukan terkial-kial). What a waste :(

Mungkin sebab selalu copy-paste assignment? Kurang berkat kat situ.. Tapi lecturer kata it's ok kalu u nak tiru tapi make sure u faham apa yang u tiru. Memang lah faham masa tuh, tapi lama-lama hangus. What a waste :((

Akhir kata dari I, hiduplah dengan sengaja.
Maksudnya?
Hiduplah dengan matlamat.

Contoh mudah hidup dengan sengaja:
1. Janganlah pergi kelas sebab kena pergi kelas tapi pergilah kelas sebab kau nak pergi kelas.

2. Janganlah sambung masters sebab nak jadi lecturer tapi sambung lah masters sebab kau nak sambung masters.

Have a great Monday everyone! :D
Baca selanjutnya...

Sunday, March 28, 2010

The Football match


The game was quite stressful as the opponent was sangat ganas, main kasar tak hengat. Bongok lah diorang. Ada ke patut sempat nak panjat belakang orang lagi tu masa match. Tak kurang jugak dengan player pakai jersi bernombor 4 yang macam psycho senyum-senyum sambil tepuk-tepuk pipi one of the Gen06 player. *Pelik sebab macam takde motip dia perlu buat macam tu* HAHA.

It was fun watching AFY Gen06 in action. Walaupon sorang-sorang muka stress tak hengat. Takut weyh tengok muka diorang!

I never knew watching football games would be this fun. Mungkin sebab hari ni ramai girls yang turun support kot, boleh sorak-sorak dan gelak-gelak secara berjemaah dan tak hengat. Serta berkamera juga secara tak hengat. HAHAHA :p

Nanti after 2010 sure akan rindu untuk turun padang bagi support kat kawan-kawan satu batch lawan bola. Ataupun lawan bola jaring. Soooo sad lah tinggal kurang dari 8 bulan je lagi nak bersama kawan-kawan tercinta mencipta memori. Mari mari, live life to the fullest! :D

Oh, ya! Semua girls dalam gambar itu adalah AFY ChemE. Siapa kata ChemE nerd tak tengok bola baca buku je kat bilik sampai tersengguk-sengguk? Nah, ini buktinya kami tak nerd, walaupon ada sorang gadis bawak kertas ajaib ke padang. HAHA. Nurain, nurain.. :p

Tapi Gen06 tak score pon game tadi, 0-1. Tapi takpe, bak kata Muhibbah: Kalah game takpe, tapi menang di hati kami.. Sooooo sweeeeet lah! Mentang-mentang goal keeper tuh her 'baby' :p
Baca selanjutnya...

Saturday, March 27, 2010

Regeneration

Terasa diri ini seperti sebiji absorber dalam amine process sepanjang seminggu yang hectic ini. Makkk oiiii, absorber dalam amine process aku tulis. HAHAHA :p

Awak tahu apa itu absorber? Awak tahu apa itu amine process?
Well, mereka adalah..
Sila baca buku Gas Process Engineering :p

Seminggu serabut serabai = saturated.
Once saturated, perlu regeneration.
So i regenerated my ownself, tapi bukan secara amine process. HAHAHA.

I did it (regeneration) my own way. Simple I'd say :)
I went jogging keliling padang where there were a big crowd of boys playing+watching football match. There were some faces I know. Seronok jugak jamu mata :D

I went fish-watching at UTP Lake. Ikan juga pandai main kejar-kejar. Mungkin juga mereka berlumba, siapa sampai dulu dapat awek. HAHAHA.
They were soooo cute + adorable :)

Refreshed. Rasa ringan je badan :D
I'm lovin' it

I went makan-makan and lepak-lepak at a restaurant with a friend last night. Makan-makan while watching TV itu seronok, walaupun sebenarnya shopping itu laaaaagi seronok :D

So, that's my regeneration process. Mudah dan murah dan mujarab :D
And how's yours?



*****



Dah jadi AFY (Abang/Akak Final Year) memang sibuk, semua orang tahu.
AFY selalu stress, semua orang tahu.
Tak perlu sebarkan stress kepada umum, buat status bagai.
Buat orang lain stress je (-_-)

OK, Fine. Mungkin status saja-saja nak luah perasaan... Yang kau nak tumpang stress tu kenapa? :p


Internet oh internet. Macam siput tak makan seminggu. Berkali-kali cubaan untuk publish post T_T. Harap kali ini berjaya :D
Baca selanjutnya...

Wednesday, March 24, 2010

Memory and Speed

What's wrong baby?
>> Exhausted.

Berhenti jadi robot, kau tak ada bakat pun.



**********



Antara aktiviti menarik yang tak sempat diceritakan dalam previous entry:






I had fun makan free and lepak-lepak dengan korang :)
P/s: Makan free adalah agenda utama :P



Of course itu adalah ikan yang dipancing dan of cos jugak bukan i yang masak. Kucing tumbuh tanduk pun belum tentu i akan masak u know :P Tapi mana tahu kalau for beloved ones or someone special, i akan masak.. like masak untuk housemates kat Paka dulu kan.. oh, rindu you all :(



**********



Sharing session:
My GPE (Gas Process Engineering --> wah, nama subjek cool habes) lecturer did say in class:
Two most important things in life are Memory and Speed. If you lose them, there will be no meaning to life.

True enough. Memory, Speed.
Siapa yang mahu komputer tanpa memori?
Siapa yang mahu tunggu kau seminggu kalau orang lain boleh beri sehari?

Memory, Speed. Boleh dibuat motto :D
Baca selanjutnya...

Thursday, March 18, 2010

Seminggu

Sebenarnya, seminggu bukanlah satu tempoh yang lama. Sedar tak sedar hari ini sudah pun khamis. Sudah hampir seminggu rupanya cuti pertengahan semester.

Kalau dulu, cuti seminggu bukanlah suatu kebiasaan untuk dihabiskan di UTP. Bukan satu kebiasaan bagi aku untuk berlama-lama di UTP , lagi-lagi kalau stay seorang diri.

Tapi kali ini lain, mid-semester break dihabiskan di UTP. Walaupun agak bosan sebab kawan-kawan lain balik bercuti, i can say that i enjoyed my stay :) Memang berbaloi. Mungkin sebab restu abah dan ma.

Ma kata, "Chaiyokk! Setahun je lagi, dah tak lama dah tu.." Setiap kali rasa malas menyerang, kata-kata ini akan menaikkan semangat aku. Thanks ma, mizah tahu ma selalu ada bila-bila masa mizah perlu :)

Seminggu tak lama, aku tak sempat siapkan semua tapi sekurang-kurangnya ada progress. Dan aku bersyukur untuk itu.. Terima kasih Allah, kau permudahkan segalanya :)

Dan malam ini, aku akan pulang ke pangkuan keluarga. Aku perlu topup semangat, sebab aku bukan robot. Aku bercadang untuk celebrate birthday ma, helmie dan aku. Birthdays kami sama-sama dalam bulan 3, tapi tarikh lain-lain.

Happy birthday to us, semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Semoga kasih sayang antara kami bertambah hari ke hari. Semoga kami sentiasa murah rezeki :)

Sebenarnya, dalam seminggu ni aku sempat buat beberapa aktiviti yang menarik seperti


























OK, sambung dalam next entry sebab aku kena bergegas mandi dan bersiap-siap ke stesen bas. Tata korang, enjoy your weekend. Have a superb weekend! :)
Baca selanjutnya...

Monday, March 15, 2010

Another one

Macam semalam, pagi ini juga indah..
Aku suka <3

Woke up early
Tapi takde lah awal sangat, cukup2 utk subuh on time

Got a message from a good friend
SMS malam tadi tapi masa tu dah tido, baru reply pagi ni
Berbalas SMS, senyum sendiri
Somehow, 'the conversation' made me feel goooood :)

Neschoc memang sedap, lagi sedap dari neslo
And nescafe is really something
Somehow rasa energetic dan penuh semangat
Hari ini perlu all-out, mesti!
Aku janji :)

I never knew nasyid songs would be this soothing
Patah Hati, Nota Cinta by Saujana
Ulang dengar; mungkin sepanjang hari ini, mungkin sampai esok, lusa dan hari seterusnya <3
Betapa berbaloinya pergi tengok Saujana Live in CH for Malam Inspirasi Seni (MIS) ^^,

Hati berbunga-bunga, mungkin ada taman dalam tu
Entah-entah ladang; ladang orkid mungkin?
Ladang teh macam Cameron Highlands? Tak tak, ladang teh tak cool :p

Kepada penggemar budak comel, sila tonton Speedy Scandal
Huang Gi Dong sangat comel, dah 2 3 hari angau nak cubit2 pipi Gi Dong
Intan, Gi Dong lagi comel dari anak kau sebab anak kau hensem. Hahaha :p
Bila entah nak jumpa baby hensem in person.. :(
Intan, datang la melawat aku kat UTP, boleh cubit-cubit baby hensem :p

And oh ya!
Awak makin hensem dan saya perlu masuk dalam peti sejuk so that tak caer. Saya pinang awak boleh? Hahaha. *Kidding kidding*

Hari ini perlu all-out. Mesti all-out.
Hari ini harus berbaloi. Tolonglah berbaloi-baloi!
Doakan aku kawan-kawan! :)
Baca selanjutnya...

Sunday, March 14, 2010

Pagi ini indah

I love the atmospehere
Sejuk dan nyaman
Sunyi tapi tenang
Pagi ini indah
I'm lovin it <3


Bukan senang nak dapat atmospehere begini di UTP
Sejak midsem, cuaca berubah seperti: hujan turun mencurah-curah sejak jumaat, menyejukkan bumi Tronoh yang panas. Aku suka hujan sebab hujan itu rahmat, walau kadang-kadang hujan yang over menyebabkan bala seperti banjir. Tapi takpe, itu ujian Allah.. Tak lengkap hidup manusia tanpa ujian, tak gitu?

Sebenarnya, bukan UTP je yang panas. Satu Malaysia (1Malaysia?) dilanda kemarau sampaikan ada beberapa sungai yang paras airnya menurun dan sesetengah tempat yang tanahnya merekah. Di Kelantan beberapa hari lepas, Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat sunat istisqa dan alhamdulillah, hujan lebat turun mencurah-curah sebaik imam membaca surah pada rakaat pertama. Kuasa Allah, siapa tahu?

Ada sorang kawan aku cakap, yang stay kt UTP sekarang (midsem break) adalah orang baik-baik sebab bila diorang (orang yang kurang baik) balik kampung terus hujan turun. Konon-konon sebelum ni panas sebab diorang banyak dosa. Haha. She's kidding, jangan amek serius pulak :p



P/s: Sambung buat progress repot FYP yang kurang ada progress. Chaiyokkk~!
Baca selanjutnya...

Friday, March 12, 2010

Midsem break

Selamat pulang ke kampung halaman buat teman-teman seperjuangan di UTP. Pulang dengan selamat, kembali pun harus selamat :)

Balik rumah jangan enjoy sakan pulak, banyak benda menanti sekembalinya ke UTP. Padan muka. Haha. Haha. Haha. OK, cukup gelakkan orang.

I choose to stay.
Reason?
Sebab i gedik. Haha.

Since last week rasa homesick nak balik rumah. Tapi bila dah dapat cuti seminggu taknak balik pulak.
OK, itu memang gedik.

Whatever~

Aku harap gedik aku kali ini menjadi. Mudah-mudahan berbaloi aku gedik tinggal seorang diri selama seminggu dalam rumah bernombor 2 di aras 4 blok G di kampung 5 ini. Tolonglah berbaloi!

Mak aku tak kisah aku tak balik sebab dia tahu aku gedik. Haha.
Mak aku tak kisah aku tak balik sebab mak aku tahu sebab apa aku tak balik.
Dan sebab aku tak balik adalah sebab aku gedik. Jadi.. OK, drop the subject.

Yang penting aku di sini dengan restu mak+abah. Mak dan abah sangat terbaek. Selalu support apa yang aku nak buat. Sayang mak dan abah (sambil mata bergenang).

Aku gedik dan aku tahu aku juga tough. Kali ini aku yakin aku dah tak berpura-pura tough macam dulu-dulu. Dulu-dulu kan aku plastik. Perasan tough. Padahal ______ (isi tempat kosong). Sekarang tough tu dah jadi my other name. Bukan sebab badan aku tough macam Malik Noor ke apa, tp sebab gedik mungkin? Haha.

Dah lah Mizah, hentikan kegedikan yang menjengkelkan ini.

Baiklah. Baiklah. Aku publish entry ni sekarang.
Baca selanjutnya...

Monday, March 8, 2010

Neschoc





Best. Tapi sebab benda ni la aku takleh tido. Padan muka. Degil Mizah ni.. dah taw takleh minum Nescafe, nak jugak minum. Konon-konon kalau tambah Hot Choc tu effect Nescafe kurang la eh? Banyak cantek!

Pagi-pagi buta taktaw nak buat apa so aku study HRM (Human Resourse Management) sebab ada test esok (Selasa 6-7 pm). Apsal entah lecturers UTP suka gila buat test pukul 6. Taw tak, pukul 6 tu otak aku dah tak berfungsi sangat..? Tapi naseb baek jugak MCQ (Multiple Choice Questions), boleh aku tembak-tembak. Macam test OM (Operations Management) last week, aku maen baling-baling dadu. Ingatkan aku sorang je maen baling dadu, rupa-rupanya ramai jugak kawan aku yg buat mcm tuh. Sebab apa? Sebab soalan psycho. Tak, tak. Bukan lecturer psycho, soalan test yg psycho.

Aku harap soalan test HRM tak psycho macam OM. Aah, aku amek 2 management subjects sem ni. Apsal entah aku add 2 subjek management. Bajet rajen baca buku lah tu :p

Ada la 2 3 orang yang aku kenal cakap course cheme (Chemical Engineering) senang. Dan yang 2 3 orang ni pon cakap, "bukan aku cakap, orang yang cakap.. aku tolong sampaikan je". So maksudnya, ramai la yang cakap course cheme senang kan? Masing-masing duk sebar berita kat kawan-kawan cakap course cheme senang.

Tapi, lain pulak yang aku dengar dari lecturer. Ada 2 3 orang lecturers (department cheme and other department as well) cakap course cheme ni antara yang tough. Well, lecturer yang cakap, bukan aku.

Dan point anda di sini?

Jangan jadi judgemental boleh tak? Maksud aku, jangan senang-senang nak tuduh course cheme senang sebab ramai scorer, dean's list merata-rata.

Tak, tak. Itu bukan main point. Main point kat sini ialah: ok, tetap jangan judgemental. Kalau course cheme senang, meh la tolong kami design plant, ethylbenzene plant to be exact. Tolong suggestkan kat mana nak letak reactor, mana nak letak distillation column, mana nak recycle, tolong buat material energy balance, tolong sizing reactor+distillation column, macam mana nak optimumkan yield, increase profit bla bla bla.. justification bla bla bla.. (Eh, tiba-tiba terluah perasaan pasal fydp pulak~ opsss sorriiii)

Aku rasa aku dah dapat main point: Allah ciptakan hambanya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, takyah la act "Eleh, course tuttt senang, sebab tu slalu dapat dean's list. Try ko amek course yg aku amek ni, tengok dpt dean's list tak".

Silakanlah anda berbahagia dengan course yang anda pilih dan biarkanlah kami berbahagia dengan course yang kami pilih ini..

Memang betol, otak aku lampi kalau bab-bab meche. 8 bulan aku intern buat kerja meche, rasa bodoh gila. Even benda simple macam reinforcement pon aku takleh faham. 2 3 bulan jugak baru boleh faham. Tu pon dah penat dah engineer tu ajar aku. Blaja ngan engineer pon susah nak faham -_-" Kalau budak2 meche confirm excellent ah bab ni (aku rasa). Dan aku berani kata, budak2 meche kompem susah nak faham pasal reaction, separation process kan..?

Kan dah cakap, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Terima je lah, takyah nak berlagak sape amek course lagi susah, sape tajuk FYP lagi susah, sape lagi busy tak menang tangan banyak keje nk buat. Takde pekdahnya..

Buat penat bazir air liur jek omong-omong kosong; baek ko blaja rajen-rajen, buat FYP sungguh-sungguh. Untung-untung nanti dpt dean's list, ko jugak yg kembang hidung. Tak gitu?

Macam entry tak siap jek.. tapi takpe, takde orang nak bagi markah pon~
OK, entry end.
Baca selanjutnya...

Wednesday, March 3, 2010

Sejarah

Tak tak, entri ni takde kaitan dengan kelas sejarah yang ... (dot dot dot)

Hari ni birthday ma tapi aku tak wish orally. First time. Sebab takde duit. Kredit henfon pon kering, cukup2 makan je lepas beberapa mesej, takleh nak buat phone call.

Sedihnya takde duit. Tapi takpe, at least aku belajar something hari ni. Belajar macam mana perasaannya orang yang hidup takde duit. I mean orang tak senang sangat. Yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Yang cukup-cukup makan. Yang takde duit lebih utk shopping baju+kasut lawa-lawa mahal-mahal. Yang aku tak penah rasa. Yang aku taknak rasa pon..

Merasalah jadi miskin, even takdelah totally broke. Tp macam broke jugak sebab selepas esok, aku mungkin akan makan angin je utk isi perut yg berpenyakit gastrik ni. Skoler MARA tak masuk-masuk lagi, apsal entah.

Abah called after Isya'. Tanya dah makan nasik ke belom.. Aku tak reti tipu, aku cakap belom. Abah tanya lagi kenapa tak makan? Aku sekali lagi tak reti tipu, aku cakap aku takde duit nak beli nasik, beli roti je.

Abah ingat aku main-main. Tapi abah juga tahu aku tak pandai menipu. So abah tanya lagi sekali dan jawapan aku tetap sama. Then suara abah dah lain macam. Tak, dia bukan marah aku. Dia macam sedih anak takde duit nak beli nasik. Terus tanya nak duit ke? Takkan aku nak cakap taknak, walaupon abah dah jarang sapot aku sekarang.. Serius desperate. Takpe, skali skale abah sapot ^_^

Aku ingat abah nak pass telefon kat ma tp dia terus letak. Apa ni abah, besenye tak penah fail tanye nak cakap ngan ma tak.. Then i realized, abah sebak sebenarnya takleh cakap lama2 dgn aku. Abah slalu mcm tu. Sobsss :(

Instinct ayah sangat abah call aku tepat pada masanya. Tak sampai sejam duit dh masuk akaun cimb. Thanks abah, abah sangat terbaik! :D
Baca selanjutnya...

Birthday Marathon

Wishing all of you a very happy birthday!

Izzah Ishak ~ 2nd March
Wanie Syazwani, Naze ~ 3rd March
Intan Izura ~ 4th March
Nik Munirah (ex-skulmet pc) ~ 5th March
Ain Roseli ~ 6th March

Happy birthday!
Semoga sihat-sihat selalu.
Semoga happy-happy selalu.
Semoga success-success selalu.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
Berterima kasihlah kepada ibu yang melahirkan :)
Baca selanjutnya...

Tuesday, March 2, 2010

Hari ni..

Aku ada test petang ni
Operations Management, 6-7 pm

Tapi aku malas study. Jadi aku nak tidur.
Takpe, test nanti aku baling dadu. Kalau perlu goreng, aku bawak kuali sekali pergi test.

Apsal hah ko malas mizah?
Memang aku pemalas pon. Tak tahu?

Apsal entri ni lain macam je?
Saje, variasi ;p



OK, sedang berkonflik.
Takpe, konflik aku tak penting pon.. korang pegi study, buat keje berfaedah :)
Aku boleh handle konflik ni, walau kadang-kadang.. well, you know.
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...