Seminggu | Pakar Cantik

Thursday, March 18, 2010

Seminggu

Sebenarnya, seminggu bukanlah satu tempoh yang lama. Sedar tak sedar hari ini sudah pun khamis. Sudah hampir seminggu rupanya cuti pertengahan semester.

Kalau dulu, cuti seminggu bukanlah suatu kebiasaan untuk dihabiskan di UTP. Bukan satu kebiasaan bagi aku untuk berlama-lama di UTP , lagi-lagi kalau stay seorang diri.

Tapi kali ini lain, mid-semester break dihabiskan di UTP. Walaupun agak bosan sebab kawan-kawan lain balik bercuti, i can say that i enjoyed my stay :) Memang berbaloi. Mungkin sebab restu abah dan ma.

Ma kata, "Chaiyokk! Setahun je lagi, dah tak lama dah tu.." Setiap kali rasa malas menyerang, kata-kata ini akan menaikkan semangat aku. Thanks ma, mizah tahu ma selalu ada bila-bila masa mizah perlu :)

Seminggu tak lama, aku tak sempat siapkan semua tapi sekurang-kurangnya ada progress. Dan aku bersyukur untuk itu.. Terima kasih Allah, kau permudahkan segalanya :)

Dan malam ini, aku akan pulang ke pangkuan keluarga. Aku perlu topup semangat, sebab aku bukan robot. Aku bercadang untuk celebrate birthday ma, helmie dan aku. Birthdays kami sama-sama dalam bulan 3, tapi tarikh lain-lain.

Happy birthday to us, semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Semoga kasih sayang antara kami bertambah hari ke hari. Semoga kami sentiasa murah rezeki :)

Sebenarnya, dalam seminggu ni aku sempat buat beberapa aktiviti yang menarik seperti


























OK, sambung dalam next entry sebab aku kena bergegas mandi dan bersiap-siap ke stesen bas. Tata korang, enjoy your weekend. Have a superb weekend! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...