Antara hujan dan air mata... | Pakar Cantik

Saturday, April 3, 2010

Antara hujan dan air mata...

...turunnya bersungai-sungai.

Cuaca agak pelik kebelakangan ini. Hari tuh kemarau panas terik menyilau mata. Sekarang hujan lebat bersama kilat guruh menggemuruhkan. Bumi sudah tua.

Apabila hujan lebat bersama kilat dan guruh, I sure akan ingat my mom. Boleh kata acara wajib la kalau hujan lebat bersama kilat dan guruh tu I ingat my mom. Tak boleh tak ingat.

Sebab my mom sure takut dan gemuruh bila tengok kilat dan dengar bunyi guruh lalu dia duduk diam-diam. Dia juga panggil semua orang duduk dekat dengan dia dan suruh semua orang duduk diam-diam. Maka kami anak-beranak akan berkumpul dan duduk diam-diam bila hujan lebat bersama kilat dan guruh.

Macam tadi, hujan lebat bersama kilat dan guruh tapi saya tinggal sorang-sorang dalam bilik di hostel sebab rumet saya balik kampung. Jadi saya terus teringat my mom dan adik-adik bila berkumpul dan duduk diam-diam time hujan lebat bersama kilat dan guruh. Dan sebenarya homesick :(

Hujan lebat di luar tingkap semua orang nampak, dalam hati hujan bersungai-sungai siapa tahu? Eceh, peribahasa baru :p

2 comments:

  1. homesick mode as well =(
    rindu kb!

    ReplyDelete
  2. @cik bee
    sangat~ kan?
    tabah ye, till our next balik kampung :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...