Sekolah lama.. | Pakar Cantik

Saturday, April 10, 2010

Sekolah lama..

Dua tiga hari lepas, saya dijemput untuk menyertai Kumpulan Facebook MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05. Apabila terlihatkan jemputan tersebut, saya cepat-cepat klik 'Terima' sebab saya sungguh teruja. Kawan-kawan yang pernah sama-sama berjuang di sekolah dahulu kini berterabur di serata alam. Ada yang masih dihubungi, dan ada juga yang sudah hilang jejak langsung. Terima kasih kepada pencipta Kumpulan Facebook MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05, kerana anda kita semua ditemukan lagi :)

Oh Mizah, hentikan ayat skema T_T

My o my.
Ramainya kawan-kawan yang kat overseas sekarang.
Tapi lagi ramai kat Malaysia, sebab Malaysia bumi bertuah. Eceh, taknak kalah :p
Dan rata-rata akan graduate dalam setahun dua lagi.
Tapi budak-budak medic nampak macam lambat je lagi nak grad. Hehe. Takpelah korang, cepat lambat tu belakang kira yang penting habis belajar dan grad okayh! :)
Setakat ni, tak ada lagi update mengatakan ada yang dah kawen, yang dah di-book ramai la.. hehe :)
Nanti nak kawen jangan lupa jemput taw, boleh buat gathering skalik masa makan nasik minyak tuh.. :D



Pic from FB MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05


How time flies..
Dulu-dulu aku macam tak suka sangat bersekolah kat mrsmpc.
Bukan sebab mrsmpc tu buruk macam bangunan lama ke apa (padahal memang betul pon hehe), tapi sebab aku lebih suka surrounding kat mrsm gerik. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa nak adapt dengan surrounding baru kot, selalu nak compare kan mrsmpc dengan mrsm gerik. Dan dalam setiap comparison tu mesti nak menangkan mrsm gerik, memang taknak kalah langsung. Kanak-kanak sungguh la aku masa tuh. HAHAHA :p

So that's why aku mcm buat tak layan je kat mrsmpc, setiap minggu mesti nak balik rumah, 20 minit je jarak by car mrsmpc-rumah. Orang laen fly aku pon fly jugak. Macam bangga plak penah fly. Budak nerd fly, kau bayangkan. Hahaha. Over sangat perasan nerd. T_T

Tapi aku fly balik rumah sebab nak tengok Titanic yang tayang kat TV3, masa tu form 4 kot. Bukannya tak ada TV kat asrama, tapi aku lebih suka tengok TV dengan family, ramai-ramai baring depan TV sambil tengok TV. Haha :p



Pic googled

Entah apa-apa la aku sebagai pelajar mrsmpc. Banyak jugak kenangan belajar kat sana dan tiba-tiba rindu. Tapi aku tak bercadang nak tulis panjang-panjang dalam entry ni.. Hmm, next time lah cerita pasal kenangan :D



P/s: Ada tak group FB mrsm gerik 01/03?

5 comments:

  1. i pon rindu sekolah lama i jugak yang!(T___T)

    ReplyDelete
  2. same goes to me.
    aku lagi suka gerik than jasin. even jasin boleh makan megi dan ada koop yang jual eskem walls.

    mrsm bitara memang buruk2 je. jgn risau. haha.. meja exam aku kat jasin dulu tu, lagi lah.. memang buruk gila. kesian aku tengok. agaknya mara bajet, ohh.. budak bitara x payah meja baru, berkat meja lama. tu yg score. hahaha

    ReplyDelete
  3. @kecik: haha. samala~ kat pc pon boleh makan megi, beli eskrem, bawak henset, takyah prep petang, bole blk umah every weekend. heaven sgt pc. haha :P

    agak la kan.. klas masa form 4 kesian gila, sempit sgt, nk jalan pon kene mengiring. huhu. tp bila dh form 5 dpt klas baru, cantik dan luas :)

    ReplyDelete
  4. haha...2-2 best, 1 ajar aku jadi manusia, 1 lagi hahaha....mizah, tingat lak class form 4, huh, saba jela kn? mmg daif melampau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...