Forgive and Forget, How ? | Pakar Cantik

Tuesday, May 25, 2010

Forgive and Forget, How ?

Ada orang kata, easily forgive but not to forget.
Ada jugak orang kata, aku tak akan maafkan kau, aku tak lupa sampai mati.

Aku kata apa?
Jawapan standard: It depends.

Ada sesetengah perkara aku forgive and forget.
Ada jugak benda yang aku forgive tapi tak forget.
Belum ada lagi langsung tak maafkan, langsung tak akan lupa (harap-harap tak ada)

Anda pula, bagaimana?

Sebenarnya, apa definisi 'forgive and forget', 'forgive but not forget' dan 'not forgive and not forget'?

Bagi aku, kalau aku bukak balik 'cerita lama' dan aku tergelak-gelak atau senyum sorang-sorang, itu adalah forgive and forget.

Kalau bukak balik 'cerita lama' tu tapi kelat pahit je rasa dalam hati tu macam mana? Even dah berkali-kali kata, "Takpe, aku dah lama maafkan kau" or "Takde papelah tu, jangan risau dah maafkan pon" (walau hanya dalam hati)

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang tengok muka dia pon boleh terasa lagi peritnya waktu dulu-dulu?

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang kalau boleh tak nak tengok pun muka dia sebab takut hati ni sakit lagi?

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang aku cakap dengan dia bersama senyum plastik dan nak tak nak je layan?

Forgive but not easily forget, huh?

Wujud ke term forgive but not easily forget tu?
Dah kalau takleh nak lupa, kau yakin ke kau dah maafkan dia?

Betul ke aku dah maafkan dia?
Ikhlas ke aku maafkan dia?

Ikhlas bukan senang.
Ikhlas tak boleh paksa.
Ikhlas bukan buat-buat.

Aku harap suatu hari nanti, aku betul-betul ikhlas maafkan dia.
Walau payah, aku akan cuba ikhlaskan hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...