Esok balik kampung hoyeah | Pakar Cantik

Thursday, June 3, 2010

Esok balik kampung hoyeah

Seperti biasa, kalau esok nak balik kampung, lebih-lebih lagi kalau cuti sem, akan tidur tak bercadar dan selimut. Sebab semua benda dah packed masuk kotak atau bagasi. Eceh, bagasi lah sangat ;p

Penatnya packing.
Packing juga stressful you know.
Semua benda minta di-pack.
Sampai badan aku pon pack skali, tak menang tangan mana satu nak buat dulu. Dah jadi sayur akibat packing keterlaluan T_T

Tapi macam biasalah, mula-mula lipat semua baju dalam almari masuk beg. Sambil-sambil lipat, boleh laundry mana-mana yang perlu perhatian mesin dan sabun basuh. Dah siap basuh terus sidai, tunggu kering. Dah kering, kita lipat masuk beg.

Ya, saya lipat, bukan sumbat. Eh plis, saya rajin taw :p Sepanjang hari ni, rasa macam surirumah sangat. Dalam sibuk packing saya sempat masak dan ajak 2 kawan datang makan kat bilik saya. Saya masak simple simple je, nak masak havoc havoc tak reti.

Menu tersebut biarlah rahsia tapi plis eh, jangan teka saya masak telur goreng sebab telur goreng bukan favourite saya. Telur dadar ok, saya layan. Tapi lagi sekali plis eh, jangan teka saya masak megi. C'mon uollss, jemput orang datang makan takkan masak megi haih haih haih uollss common sense lah T___T

Kadang-kadang saya rasa saya suka masak. Yes, cooking is fun. Paling best masa tengok orang makan dan makan dan tambah dan licin. Wah, rasa happy sangat taw. Rasa macam hilang sume penat saya masak berdiri lama-lama, berbaloiiii baloi rasa macam OK, esok aku masak lagi. Eceh.

Bila sebut masak, mesti teringat JK. Sebab aweks JK selalu licinkan semua masakan. Saya masih ingat kisah sambal sotong. Ya ampun, licin gila pinggan tu sebab ada orang makan nasik dalam pinggan lauk tu sebab nak licinkan sambal sotong. Terharu ok, terharu.

Saya rasa, aweks JK yang buat saya jadi suka masak sebab saya rasa dihargai. Eceh. Tapi betul, saya lebih rajin masak utk aweks JK compared to masak kat rumah parents sebab kat rumah parents mestilah nak makan mom's cook kan..

Oh, rindu JK.
22 minggu sejak meninggalkan bumi Paka.

Eh, tukar mood cepat.
Jom tidur sebab esok kena bangun awal. Lepas subuh (6.30 pagi janji melayu) terus gerak balik Kelantan. Akan berkonvoi 3 buah kereta dan 6 buah motosikal. Tidakkah uolls rasa balik kampung adalah exciting?

Sangat OK, sangat. I teruja sampai tak abes packing lagi ni haaa. haih @_@

2 comments:

  1. huhu... da lme x mkn mskn mu mizah... tp bkn ak kn y licinkan smbl stg tu kn kn kn? hahaha...

    ReplyDelete
  2. jiah, rindu ke? meh aku masakkan megi. haha :p
    ok, bukan kau sbb orang laen.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...