Kenduri kenduri kenduri | Pakar Cantik

Monday, June 14, 2010

Kenduri kenduri kenduri

Asal cuti sekolah je mesti kenduri sana sini
Penat i teman mak i pergi kenduri
Penat i makan gulai berkawah-kawah

HAHAHA Over makan gulai berkawah-kawah :p

Beberapa hari lepas i dapat jemputan kahwin dari kawan sekolah rendah i.
Dia akan kahwin insyaAllah pada 15 Jun 2010, hari selasa ni
Ayu nama manja dia

Nama dalam i/c saya masih ingat lagi tapi takmaw lah tulis kat sini sebab saya fobia tulis nama penuh orang lain dalam blog sebab ada kisah tak berapa best yang berlaku. Kena berhati-hati dengan apa yang ditulis. Fikir dulu sebelum tulis. Haha :p

Wah, dah sampai jodoh kau ye Ayu..
Dulu-dulu kita selalu gaduh kan time sekolah
Saling jeles menjelesi siapa dapat markah lagi tinggi
Siapa lagi ramai cikgu sayang
Atau siapa lagi ramai peminat --> tipu jek :p

Hahaha
Budak-budak sangat kan kita masa tu
Orang-orang tua panggil budak hingusan
Tapi satu ni aku yakin, aku jarang kena selsema masa kecik-kecik dulu

Cepatnya masa berlalu..
Tak sangka kau dah nak jadi isteri orang
Dah banyak cerita-ceriti yang kita tak sempat catch up
Sedar-sedar kau dah nak kahwin
Nanti kau dah kawen macam susah lah sikit nak hangout sesama bersembang bergossip

Macam rugi je selama ni kita jarang jumpa tak bertukar berita
Dah cuti tak sama nak buat macam mana kan?
Haih -_-"

Akhir kata dari saya,
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Ayu si gadis ayu dan suami si hensem :)
Semoga jodoh berpanjangan sampai akhir hayat
Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah
Semoga dipermudahkan segalanya
Amiin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...