Pakar Cantik: November 2010

Thursday, November 25, 2010

Perasaan ini best!

Alhamdulillah, final exam is finally OVER. Sengaja BESARkan dan boldkan perkataan over. Sebab, no more final exam lepas nih. No more bebeh, no more! (Harap-harap semua orang (especially petchemers) lulus dengan cemerlang untuk semua subjek (especially major subjects). Amiin).

Dengan berakhirnya final exam tengah hari tadi, maka saya officially 75% grad. Lagi 25% akan over pada 6hb Desember ni. Final presentation untuk Final Year Project. Mungkin akan menggoreng catalyst pada hari tersebut, siapa tahu. (Haha).

Hal 6hb tu jangan fikir dulu. Kita longgarkan dulu mana-mana urat saraf yang berselirat sepanjang seminggu ni. Kita tonton movie dulu! :)

Mahu ronggeng tapi kereta tak ada.
Jadi, apa mahu bikin?
Movies/Series sampai pengsan!

Macam dah lama gila tak tonton movies/series. Sangat berilmiah hari-hari yang dilalui. (Alhamdulillah Hehe)
Dah lama gila tak usha Damon dalam the Vampire Diaries, dah masuk season 2 dah katanya. I bet mesti dia rindu i. Haha :P  

Dah nak grad rupanya. Gembira tak terkata. Senyum je manjang. Rasa nak lompat-lompat jerit-jerit kegembiraan. Tapi tak payahlah terkinja-kinja sangat. Kata cool. Haha tiba-tiba pulak mengaku cool, padahal hot. (KAHKAHKAH)

Tapi convo lambat lagi. Lagi setahun kena tunggu nak pegang scroll. Tapi it's OK, setahun pun setahun lah, kami kan cool. Tapi kesian lah mereka yang nak kerja dengan kerajaan. Harap-harap orang yang nak kerja kerajaan itu juga cool. Hehe.

Bagi mereka yang nak kerja suri rumah, tak payah tunggu dapat scroll pun tak apa. Lepas 6hb pun dah boleh mula kerja. Eh tapi bukan saya lah yang start kerja 7hb tu.. Hehe. Saya macam berpotensi tanam anggur sepanjang Disember. Harap-harap Januari 2011 dah boleh tuai anggur dan jual untuk dapat sedikit duit belanja. Maklumlah, MARA dah tak bagi duit belanja dah bermula Januari 2011. Kalau bernasib baik dan tanaman berhasil yang memberangsangkan, boleh export anggur tu. Lebih sikit la dapat income nanti. Hehe. 

Doa-doakan saya murah rezeki senang dapat kerja (engineer). Semoga Amizah Azid murah rezeki senang dapat kerja yang terpaling baik untuk dia. Thanks hehe :)
Baca selanjutnya...

Monday, November 22, 2010

Malam ni saya bercuti

Eceh. Cuti malam-malam ni cuti apa?
Cuti IRC. Hahaha.

Saya penat, malam ni nak tidur awal.

Tapi IRC best sebab sejuk dan kondusif.
Tapi saya penat, macam dah nak tepu.

Maka saya tidur sahaja malam ini.
Harap-harap boleh bangun tersangat awal esok lalu study dengan penuh bersemangat. InsyaAllah :)

Good Luck kepada kawan-kawan yang ada paper esok. Jawab perekse elok-elok, banyakkan selawat. Semoga dipermudahkan semuanya :)

Baca selanjutnya...

Sunday, November 21, 2010

Hari tu..

Hari tu kan hari raya korban.. haruslah saya balik beraya di kampung. Alhamdulillah, sepanjang hidup 22 tahun ni tak pernah miss beraya bersama keluarga bahagia :) Berbaloi sangat balik raya, habiskan masa berkualiti bersama keluarga, walaupun sebenarnya masa tu tengah study week. Err. Sebenarya balik beraya tatkala orang lain dah start exam. Pagi-pagi Isnin tu orang lain sibuk pergi exam, saya and the gang sibuk packing barang masuk kereta. Mentang-mentanglah paper start lambat kan, heaven je balik raya. I like! Saya suka! Haha :P

Saya and the gang (Ibah, Mala dan Azuary) bertolak pada pukul 9.30 a.m (lebih kurang). Masa tengah drive tu saya dapat instinct yang kami akan sampai lewat lalu saya bagitahu mereka "Aku rasa la kan, lambat kita sampai hari ni".

Kemudian, one of them (saya tak ingat siapa) tanya kenapa dan saya jawab "Nak bawak slow je hari ni, kereta berat banyak barang dan ramai penumpang". Sebab biasanya saya balik berdua je tapi hari tu berempat plus bonet penuh dengan barang. Kan dah nak abes belajar, so angkut barang sikit-sikit bawak balik rumah so that nanti kereta tak penuh sangat bila balik yang paling last. I Saya tak sabar nak balik yang paling last tu. Can't wait!

Maka bergerak lah kereta itu dengan tidak seloww seperti yang digembar-gemburkan tadi. Maksudnya di sini, saya tetap speeding apabila perlu. Haha. Apabila perlu saya ulang :P

Masa tengah panjat bukit dekat hutan Gerik tu tak payah lah berangan nak speeding buat kejang kaki je tekan minyak tak laju-laju. Tunggu je bila turn turun bukit. Tak payah tekan minyak pun dah cuak sebab laju sangat. Berdebar-debar control steering sambil sekali-sekala tekan brek. Mata+Otak fokus 200% kat depan, orang sebelah sembang memang tak dengar dah. Dalam hati dup dap dup dap (gayat neh, gayat! :P). Fuhh, adventure betul nak balik kampung. Tapi saya suka! :P

Tapi ada satu incident yang agak ngeri berlaku. Tengah laju turun bukit tu kan, tiba-tiba ada kereta kat depan datang dari arah bertentangan. Sedang memotong, haruslah laju kan. Amboi-amboi, sesuka hati dia je nak potong lori dekat double line. Tahulah lori tu selow, tapi tu kan double line bang, tak nampak ke? Nasib baiklah saya buat-buat cool, tekan brek dengan tak steady sangat (mengejut, haruslah. kalau tak nahaslah kami). Dan nasib baiklah jugak tak ada kereta kat belakang. Kalau tak, nahas kuasa dua.

Bila dah tahu bukan saya yang salah, dengan selamba saya hon kereta tu. Hon panjang-panjang, lama-lama. Kasi reminder sikit lain kali double line jangan gedik nak potong, lagi-lagi dekat selekoh atau kawasan bergunung-ganang berbukit-bukau. Sumpah menjengkelkan pandu kereta tak berhemah. Nyawa saya dan kawan-kawan sangat precious tau. Syukur, diselamatkan dari malapetaka. Alhamdulillah :)

Dan ada satu lagi incident yang berlaku. Tapi kali ni tak ngeri lah. Cumanya, kereta habis bateri. Kong terus. Langsung tak hidup kereta bila start. Lagi sekali, saya cool. Sebab ada kawan-kawan dan ibu bapa Mala yang tolong tunjukkan kedai jual bateri kereta (kediaman Mala di Tanah Merah). Nasib baiklah jugak berhenti makan tu dah dekat-dekat kawasan bandar Tanah Merah. Senang lah sikit mencari kedai bateri. Dibuatnya berhenti makan dekat Puncak Titiwangsa, tak ke nanye nak mencari kedai bateri. Alhamdulillah lagi :) Tapi melayang jugak lah RM170. Tapi tak apa, yang penting kereta dah hidup dan boleh balik beraya.

Sudahnya, sampai rumah pukul maghrib. Maksud saya di sini, elok je sampai rumah orang azan Maghrib. Betul kan instinct saya, sampai lewat. Patutnya, perjalanan balik kampung amek masa 6 jam je, so kiranya dalam 3.30 atau 4 petang dah boleh sampai rumah. Cari kedai bateri dan pasang bateri pun dah amek masa dekat 2 jam, tambah pulak terambik jalan jauh nak balik ke rumah, mana taknya nak sampai cepat. HAHA. Apakan daya, kami hanya mampu merancang, Tuhan penentu segalanya. Apa-apa pun, pengalaman pertama kali ini haruslah saya ingat sampai bila-bila. Hehe :)

Saya rasa, mungkin itulah kali terakhir saya pandu kereta dari UTP-rumah sebab balik yang paling last ni abah saya nak datang amek! Syoknya syoknya! Maka, kereta kesayangan saya tinggalkan di rumah. Tapi sekarang saya masih belum terbiasa dengan ketiadaan kereta di UTP. Asyik terfikir-fikir park kereta kat mana bila nak keluar pergi IRC (IRC je destinasi penting 2-3 hari ni). Park kat rumah la akak oii! So pergi IRC tumpang orang je la. hehe. Thanks Fatin! ;)

P/S: Entri suka-suka lepas gian lama tak berblog.
Baca selanjutnya...

Nah, update

Dah lama tak update.
Been busy, been rajin [tuka trademark :P]

Sekarang tengah exam week di UTP
Paper i start rabu ni, 24th November (2.30 p.m - 5.30 p.m) dan berakhir keesokan harinya 25th November (9 a.m - 12 p.m) Cool kan? HAHA.
Exam terakhir di UTP, haruslah cool :P

Bila dah sedar lagi beberapa hari je hidup kat UTP ni, maka kami pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan kimia majoring in gas and petrochemicals engineering (petchemers) telah mengadakan jamuan makan-makan dan photo shoot untuk memperingati hari-hari kami pernah muda apabila tua kelak.

Hasilnya adalah seperti berikut:








This is my fav pic, jd desktop background. hikhik ;)


Aidil Adha best gila! Makan sampai pening. HAHA.

Baca selanjutnya...

Wednesday, November 3, 2010

Ketika ini..

Oh, dah November.
Tapi Tragedi Oktober masih belum berakhir.

Hectic tahap semak.
Hectic tahap semak sebab bilik semak mengalahkan belukar.
Tapi bilik i tak ada samun sebab i bukan penyamun. (Eh, sempat lagi!)

Adoi.
Seksanya rasa.

Tapi gembira juga sebenarnya.
Sebab dah nak abes! :DDD

Tak sangka, 5 tahun tu macam sekejap pulak rasanya bila dah dekat nak abes ni..
I know, I akan rindu 5 tahun tersebut.
Lagi-lagi tahun terakhir ini.
Tahun i berhempas pulas bersengkang mata.
Lagi-lagi-lagi semester terakhir ini.
Semester i berkelam-kabut hidup tak tenang.

Kadang-kadang i sesat tak tahu mana hala tuju
Lagi-lagi selepas ini.
Selepas official tamat belajar.
I ada banyak options tapi i keliru.

Sebenarnya, i just tak tahu apa sebenarnya yang i nak.
Sebab itu i tak nampak ke mana nak pergi.
Kadang-kadang i macam yakin nak option tu.
Kadang-kadang yang selebihnya, i just l.o.s.t

Ah, I selalu dilanda konflik dalaman.
Tapi tidak mengapa, you alls.
For the time being, I'll just ikut flow.
Bila masanya tiba, I tahu apa yg patut i buat.

Go with the flow. co-currently. :)

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini. Amiin :)


P/S: Thanks for reading :))
P/S/S: Klik sini.
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...