Perasaan ini best!

Alhamdulillah, final exam is finally OVER. Sengaja BESARkan dan boldkan perkataan over. Sebab, no more final exam lepas nih. No more bebeh, no more! (Harap-harap semua orang (especially petchemers) lulus dengan cemerlang untuk semua subjek (especially major subjects). Amiin).


Dengan berakhirnya final exam tengah hari tadi, maka saya officially 75% grad. Lagi 25% akan over pada 6hb Desember ni. Final presentation untuk Final Year Project. Mungkin akan menggoreng catalyst pada hari tersebut, siapa tahu. (Haha).

Hal 6hb tu jangan fikir dulu. Kita longgarkan dulu mana-mana urat saraf yang berselirat sepanjang seminggu ni. Kita tonton movie dulu! :)

Mahu ronggeng tapi kereta tak ada.
Jadi, apa mahu bikin?
Movies/Series sampai pengsan!

Macam dah lama gila tak tonton movies/series. Sangat berilmiah hari-hari yang dilalui. (Alhamdulillah Hehe)
Dah lama gila tak usha Damon dalam the Vampire Diaries, dah masuk season 2 dah katanya. I bet mesti dia rindu i. Haha :P  

Dah nak grad rupanya. Gembira tak terkata. Senyum je manjang. Rasa nak lompat-lompat jerit-jerit kegembiraan. Tapi tak payahlah terkinja-kinja sangat. Kata cool. Haha tiba-tiba pulak mengaku cool, padahal hot. (KAHKAHKAH)

Tapi convo lambat lagi. Lagi setahun kena tunggu nak pegang scroll. Tapi it's OK, setahun pun setahun lah, kami kan cool. Tapi kesian lah mereka yang nak kerja dengan kerajaan. Harap-harap orang yang nak kerja kerajaan itu juga cool. Hehe.

Bagi mereka yang nak kerja suri rumah, tak payah tunggu dapat scroll pun tak apa. Lepas 6hb pun dah boleh mula kerja. Eh tapi bukan saya lah yang start kerja 7hb tu.. Hehe. Saya macam berpotensi tanam anggur sepanjang Disember. Harap-harap Januari 2011 dah boleh tuai anggur dan jual untuk dapat sedikit duit belanja. Maklumlah, MARA dah tak bagi duit belanja dah bermula Januari 2011. Kalau bernasib baik dan tanaman berhasil yang memberangsangkan, boleh export anggur tu. Lebih sikit la dapat income nanti. Hehe. 

Doa-doakan saya murah rezeki senang dapat kerja (engineer). Semoga Amizah Azid murah rezeki senang dapat kerja yang terpaling baik untuk dia. Thanks hehe :)

You Might Also Like

0 komen