Aktiviti penganggur | Pakar Cantik

Thursday, December 16, 2010

Aktiviti penganggur

Sebenarnya, saya bukanlah menganggur.
Sebab, saya sebenarnya sedang bercuti. (Keskeskes)

Rileks la bro, baru 5 hari balik rumah tak kan dah nak gelabah cari kerja.
Saya nak berehat dalam seminggu dua barulah nak job haunting hunting.
Mungkin akan dimulakan dengan minah kilang, siapa tahu..
Come again, minah kilang?
Degree in Chemical Engineering tapi minah kilang?

Rileks la bro, cari pengalaman tak salah kan..?
Sekurang-kurangnya nanti bila saya jadi manager atau ceo, saya faham perasaan seorang minah kilang, barulah boleh jadi manager atau ceo berjiwa rakyat. Ececeh, tengok tu, kalau berangan.. memang tak nak kalah. Haruslah dimulakan dari bawah, tak gitu..? Takkan lah terus nak jadi manager atau ceo, ambik mood bekerja jadi minah kilang dulu.. Hehehe :)

Aktiviti standard kat rumah adalah tido, bangun tido, makan, tengok tv, dan kitaran berulang. Ah, takyah cerita lah, tak  best pon.


******************************************


Kelmarin (selasa), posmen hantar 3 pucuk surat. Satu untuk saya, satu untuk abah dan satu untuk Helmie (adik saya yang hensem). 

Surat untuk saya tu bukan surat tawaran bekerja tapi sekeping cek bernilai RM300 dari MARA yang prihatin. Cek tersebut adalah untuk elaun thesis. Dah selesai thesis baru dapat cek. Haish! Dah kau baru mintak! Errr. Hehehe :) Dapat RM300 dalam situasi macam ni memang terbaek!lah. Alhamdulillah, nak melompat rasa. Sempat jugak menari tango seminit dua kerana terlalu gembira. OK, tipu hahaha :P

Surat untuk Helmie tu seperti biasalah tak lain tak bukan bil Astro. Tak, bukan dia penyara keluarga tapi atas sebab tertentu, bil astro terpaksa ambil nama dia. Tapi money still dari abah. Abah kan penyara keluarga, haruslah abah yang bayar semua bil. Tq abah! hehe :)

Dan surat untuk abah tu adalah jeng jeng jeng surat saman. Untuk saya sebenarnya sebab saya yang drive dari utp-rumah masa balik raya haji arituh. Memang tak boleh mengelat langsung sebab tempat dan masa kejadian positif menunding jari ke arah saya. Ditawarkan kompaun RM300. What, RM300? Jeng jeng jeng habeslah cek RM300 terbang melayang. Punah impian. Sob sob sob. Uwaaaa :(((

Kali ini, bukan abah yang bayar walaupun dia penyara keluarga. Sebab, siapa salah dia yang bayar (haha padan muka). Berani kerana benar, takut kerana salah. Maka, saya berani pertaruhkan cek RM300 pemberian MARA untuk bayar kompaun tersebut. Tapi sebenarnya pinjam duit adik-adik dulu sebab cek tu hanyalah sekeping kertas, belum bertukar menjadi not-not RM. Jangan risau adik-adik, nanti Kak Long bayar balik bila kertas ajaib itu bertukar menjadi duit. Ceh ceh tiba-tiba mengaku Kak Long padahal sebelum ni tak pernah membahasakan diri sebagai Kak Long. Tak apa, Kak Long start prektis hari ni. Haha :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...