Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, FYP Final Presentation sudah habes. Sangat lega. Walaupun sebenarnya saya kurang berperasaan pada hari 6 dec tersebut. Semacam sahaja rasa, lebih kepada kurang sihat sebenarnya. Mengah. Sikit-sikit mengah. Cepat penat. Adui seksa jugaklah perasaan tersebut. Tapi saya gagahkan diri ke building 5 untuk present. Pergi semata-mata untuk present. Orang tegur pun layan ala kadar je. Senyum macam tak senyum. Nasib baik present bukan ala kadar, cuba jugak buat yang terbaik dan termampu dengan kesihatan yang kurang menyeronokkan itu.

Tapi saya sebenarnya tak berpuas hati sangat dengan mutu presentation saya.  Walaupun sebelum saya start presentation, one of the examiner suggest me to publish a journal about my FYP. Interesting katanya, boleh dikomersilkan. Tapi saya tak pulak rasa happy. Bukankah itu satu compliment? Tak start presentation lagi tapi sudah disuggest untuk publish journal. Because I'm not into eat it. Catalyst is not my food obsession. Presentation saya biasa-biasa je (tapi bukan ala kadar), walaupun sudah diberi compliment awal-awal lagi. I bet mesti examiner tu down bila tengok presentation aku, sempat menguap lagi. Haha. Lain kali, jangan expect tinggi-tinggi boleh tak? Belum apa-apa lagi dah suruh saya publish journal. Tahu tak, saya tak makan catalyst.. saya makan nasik je. Tak ada kaitan, abaikan :P Tapi internal examiner tu macam handsomelah jugak kan? Kan? :P

Project tu memang bagus, tapi saya tak cukup minat. Tapi saya risau jugak dengan satu tabiat saya ni, accomplish what you have started. Risau la jugak kan kot-kot tahun depan saya datang lagi utp buat masters sambung project fyp, siapa tahu. Semangat sangat tu apsal, kata tak minat? Haha. Tapi kadang-kadang curious jugak nak tahu kesudahan catalyst yang saya buat tu. Ish, tak boleh jadi. Stop fikir pasal catalyst tersebut, aku tak makan catalyst tapi aku makan nasik! Tapi kan, kalau ada pangkat DR ke PROF ke best jugak kan? Sure abah bangga gila dengan aku. "Anak aku professor!" mungkin itulah kata-kata yang bakal abah bagitahu semua orang kampung suatu hari nanti (yang kurang pasti).

Errr. Baiklah, kembali ke utp pada 7 dec 2010.

Alhamdulillah (lagi sekali), final dissertation pun sudah siap print dan sudah dihantar untuk hardbound kaler dark green pada malam tadi sebelum keluar dinner. Seharian tak makan buat report dengan penuh keihklasan, walaupun kadang-kadang mengeluh kemalasan. Seharian jugak tak mandi sebab buat report dengan sangat cekal. Nasib baik lah mendung seharian, kalau tidak haruslah badan berpeluh-peluh dan kegatalan. Maka dengan ini saya mengisytiharkan diri sendiri sebagai sangat tabah.

Mana tak tabahnya, badan kurang sihat tapi lagi bersuka hati tak makan dan tak mandi, lagi la longlai jadinya. Jari dan hati je yang tak longlai, gigih edit betulkan repot. Kerja edit-mengedit ni memanglah leceh. Nampak macam sikit nak betulkan tapi suntuk jugak seharian mengadap laptop, sejak petang 6 dec lagi. See, gigih. Balik present terus semangat nak betulkan report. Kegigihan ini haruslah dirakam dalam blog supaya nanti boleh jadi pembakar semangat tatkala sangat malas dengan hidup. Saya ni, entah bila mahu rajin. It's OK amizah, tak rajin tidak mengapa, asalkan gigih. Bukankah gigih itu lebih cool? Haha :P

Mengikut perjanjian dengan si tukang hardbound, dissertation yang siap di hardbound insyaAllah akan dapat pada tengah hari 10 dec nanti. Saya sangat berharap mereka si tukang hardbound menepati janji kerana saya perlu submit dissertation tersebut by hook or by crook on that day jugak. Sebab esoknya pagi-pagi lagi saya nak balik rumah for good. Yeay tak sabar! My dad akan datang amek seperti yang digembar-gemburkan dalam entry terdahulu. Sangat excited! Dengan adanya abah sebagai driver, maka bahagia dan tenteramlah jiwa saya sebagai penumpang tempat duduk belakang :D

Menurut planning abah, abah dan ma (mungkin abah dan ma sahaja) akan bertolak dari rumah sewaktu dinihari atau sebelum subuh atau mungkin pukul 3 atau 4 pagi sabtu tersebut (11 dec) dan akan sampai di utp dalam pukul 9 atau 10 pagi. Setelah angkut punggah semua harta kepunyaan saya ke dalam kereta abah, maka kami akan bertolak pulang ke kelantan. Mungkin lah juga akan singgah di beberapa perhentian untuk makan dan solat, atau shopping di Rantau Panjang mungkin, depends on mood and money. Haha :p

Sekarang, saya mengantuk. Oh, ya! Lupa pula. Tadi baju tengah laundry secara bersendirian di dalam mesin basuh di ground floor block G. Maka sebelum tidur baju tersebut harus dipungut dan .... lipat esoklah!

Selamat malam semua orang! Mimpi indah :)

You Might Also Like

0 komen