I mimpi you! | Pakar Cantik

Sunday, December 19, 2010

I mimpi you!

Selamat pagi Malaysia!
Hari baru, semangat baru.
Hari ni I dan Ma dan adik-adik akan ronggeng ke Kota Bharu bandaraya Islam.

Ececehhh. Ronggeng katanya.. padahal banyak hal yang nak kena settle (salah satu perihal saman). Kalau ada masa lebih (ececeh busy macam  mengalahkan manager atau ceo je lagaknya) barulah akan shopping. Shopping kata kau? Banyak duit~  haha. Window shopping pon boleh derr :P

Tak sangka, malam tadi I mimpi you.
Baru seminggu tak jumpa dah termimpi-mimpi :((
Mimpi siapa?
Mimpi you lah! UTP.
Seriously, I mimpi UTP.. (?)
I rindu UTP ke?
Adakah mimpi itu tandanya I rindu UTP?
Ataupun tandanya I berjodoh panjang dengan UTP?
Sambung study kah?
Atau bekerja kah?
Atau kedua-duanya kah?

Banyak lah pulak tanda soal macam annoying lah jugak kan :P
Rileks bro, jangan cepat annoyed nanti cepat tua.
Ye lah kan, kalau annoyed dengan sesuatu mesti buat muka annoyed.
Dan muka annoyed tu pasti macam berkerut dengan mata dan bibir macam senget.
Ah, malas lah imagine bukan cantik pun :P








Tempat kejadian yang terlibat dalam mimpi I, Chancellor Complex
Gambar-gambar kredit kepada pemilik, Encik Imran dan Encik Farid :)



Tahu tak I buat apa kat situ dalam mimpi I?
Concert you all!
Tak, bukan kat dalam Chancellor Hall tapi kat luar hall tu..
Meriah I cakap, lampu warna warni macam berdisco. Fiwitfiwit.
Tapi I tak tahu lah pulak siapa yang perform, sbb I nampak lampu je yang meriah. Haha :P 

OK lah you all, I nak pergi mandi nak bersiap untuk ronggeng. Ma dah bising-bising dah tu.. Lalu tepi I main jeling-jeling pulak. Baiklahhhh. I pergi mandi sekarang, Ma. Walaupun sejuk gila sekarang tengah winter kat Bachok. Rumah pulak takde air panas, nak rebus air macam tak cool lah kan, sebab katanya HOT. Hakhakhak :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...