Perasaan ini best, tapi, sebenarnya... | Pakar Cantik

Saturday, December 11, 2010

Perasaan ini best, tapi, sebenarnya...

tapi sebenarnya tak tahu nak express macam mana.

Tak sangka, 5 tahun yang kononnya lama gila tu dah abes.
5 tahun boleh jadi lama, boleh jadi sekejap.
Dulu-dulu rasa macam nak tumbuh janggut tunggu nak abes..
Tapi bila makin lama makin nak abes makin cepat pulak masa tu marathon.
Tak terkejar mak aii lajunya!

Biasalah tu, bukan luar biasa.

Selamat tinggal 5 tahun yang bermakna
Selamat datang cabaran baru

Saya akan sangat rindukan 5 tahun ini..
Sangat bermakna.
Setiap kamu punya tempat di hati aku..
Setiap kamu ada bahagian dalam hidup aku..

*Tak sangka air mata bergenang*

Berakhirnya 5 tahun ini bermakna bermulalah fasa hidup yang baru..
No longer sponsored.
Self-earned money.
Tanggungjawab baru, lebih besar.
Cabaran baru, lebih hebat.

Saya mungkin masih keliru
Saya mungkin tak tahu mana hala tuju
Tapi saya tahu, Dia tentukan yang terbaik untuk saya
Dan saya akan survive, seperti mana 5 tahun ini..

Saya tak nak janji I'll be the same sebab saya tahu saya akan berubah, seperti yang berlaku dalam 5 tahun ini..

Dan saya tak berharap awak awak semua kekal macam ni sebab saya tahu, semua orang akan berubah seiring masa dan persekitaran..

Cumanya, saya harap perubahan tu bercirikan positif semuanya.. :)

Saya juga berharap, kita semua akan keep in touch.
Tak perlu call/sms setiap hari
Tak perlu like/comment status fb setiap hari
Tapi, kalau makan nasik minyak tu jemput lah saya
Kalau buat gathering ajak lah saya sekali (yang penting ajak, pergi ke tak tu soal nombor 2 :P)
Kalau datang Bachok tak bagitahu siaplah! (Fitri et. al, 2010) :P


****************


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi buat tag tertiba-tiba itu :D


****************


Will be leaving very early tomorrow morning (it's 4.26 a.m now, very soon i guess)
Thanks all, for the memories, for everything..
You know I love you, <3

2 comments:

  1. selepas 5 tahun itu, awak akan melalui fasa baru dalam hidup.5 tahun yang penuh bermakna, no replacement kan....

    -nabihah mazlan-

    ReplyDelete
  2. yeap, absolutely. takutnya nak lalui fasa baru tu.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...