Ibu Gojes: February 2010

Sunday, February 28, 2010

Tag

My ex-skulmet Nurul Ain tagged me.
And i cannot sleep because of the nescafe i drank.
So here we go..

1. MAKANAN
~ Masakan ibu. Tak kiralah apa, kompem makan dengan penuh selera. Yang penting ma masak :p

2. BAHAN BACAAN
~ Text Book Engineers In Society. Wah, gigih buat assignment nampak~ :p

3. RANCANGAN TV
~ Kat UTP ni tak tengok TV, layan blues jek :p

4. KEPERIBADIAN
~ Tak tahu nak jawab apa. haaa, one word: Nice. Haha. Perasan tak abes2 :p

5. HOBI
~ Pakai headfon walau lagu kat laptop tak bukak. Agak pelik.

6. IMPIAN/ HAJAT DI HATI
~ Nak kawen tahun depan, tak kira! Erkk. Mungkin tak ;p

Nak kena tag orang ke?
Sapa rajin buat la ye.. :)
Baca selanjutnya...

Sunday, February 21, 2010

Just Dance!

Just dance, gonna be okay
da doo doo doo
Just dance, spin that record babe
da doo doo doo
Just dance, gonna be okay
duh-duh-duh-duh
Dance dance dance ju-just dance


Again, lagu Lady Gaga.
Kalau tengah study (Operations Management (OM) misalnya), janganlah didengari lagu ini. Lagi-lagi kalau orang yang tengah study tu agak addicted dengan dance mat yang baru dibeli tak sampai seminggu.

Janganlah tiba-tiba orang tu nanti terkinja-kinja sambil study. Hahaha. OK, tak lawak dan jangan gelak! :p

Selain addicted to dance mat, the author (wah, mode final report sangat~) juga addicted dengan ikan, yang juga disebut oleh orang putih as fish atau pun ikang oleh orang Ganu dan absolutely ike for Kelantanese. The author sebenarnya sedang cuba menaip ayat yang menggambarkan 1Malaysia tapi malangnya beliau tidak menguasai bahasa yang dituturkan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia. Pity the author. Takpe, the author boleh cuba lagi dalam entri-entri akan datang.

Secara simboliknya, perenggan di atas menggambarkan the author addicted to fishing. Wah Wah Wah! Fiwit fiwit.

Ingat entri ini? Refer kepada p/s yang terselit itu ya. Gambar-gambar cun tu jangan tengok lama-lama, kitaorang malu :p

Saya move on sekarang.
Saya akan menceritakan perihal hobi baru saya itu, tetapi secara gambaran sahaja. Maksud saya, bercerita dengan kaedah bergambar. Atau dalam erti kata lain, tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni...


Macam comel je gambar ni, dat's y tiba-tiba masuk entri walau takde kaitan :p



First time pegang joran. Nampak sangat kekok, tapi pandai berlakon







Sebenarnya ikan itu dipancing oleh Juwe, cekgu memanceng saya.. Saya hanya berlakon depan kamera :D










Muka excited dapat ikan. Sebelas beb, 11! Ye, sebelas ekor and the best part is, aku panceng sendiri! Tapi ofcos size kecik-kecik. Next time boleh cuba lagik!


OK, dah nak pukul 6 petang dah ni.. dancing time!
Tata all :)
Baca selanjutnya...

Wednesday, February 17, 2010

Amizah pandai menari


Ini sejenis tikar yang digunakan untuk menari.. syok i tell youuuu :D



Gambar hanya mampu di-google, sayang nak tayang aku punye :P
Baca selanjutnya...

Paparazzi ke?

I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me


Sebahagian lirik lagu Paparazzi nyanyian Lady Gaga.

Tak tahulah ada kena-mengena ke tak dengan isi entry ni, kita tengok dulu ye in the end entry ni jadi apa. Haha.

Btw, lagu ni diperkenalkan oleh Fatin Alias masa kat Paka hari tuh. Hari-hari beliau karok nyanyi lagu ni kat rumah. Kadang-kadang sakit telinga jugak dengar tapi lama-lama jadi addicted dan sekarang rinduuuuuuuuu :(
and oh ya, aku tak rindu kau Fatin Alias :p tapi rindu jugaklah suara kau yg 'best' itu dan juga suasana hingar-bingar Jalan Kelisa :((


Kami yang cun, macam biasa :p Aweks, balik paka jom?


OK, move on.. let's locate the Paparazzi :D

&&

**

##

//



I learned something yesterday. I am not a bus driver. Nor a taxi driver. Neither!
They made me feel bad, seriously. Why dear frens, asal jadik lagu tu? Kalu menumpang tu buat la cara menumpang.. Susah sangat ke nak consider pasal orang laen tanpa pentingkan diri sendiri? Aku dah sacrifice tolong kau, takkan kau takleh nak consider pasal aku, common sense kot benda tu..

Aku frust ngan korang, serius aku tak tipu. Tak pasal2 aku emo maen perasaan semalam. Kau buat aku terpaksa fight for something yang orang laen tahu benda tu tak perlu di'fight for' sebab benda tu common sense. Memang, benda tu bukanlah isu besar pon tapi serius, aku tak expect kejadian semalam. Langsung!

Mungkin kau tak berniat atau pon kau just kidding je semalam, saje nak maen-maen je tp bagi aku kejadian semalam tu really something and it affected me emotionally. Bila aku fikir balik kejadian semalam, aku malu dengan diri sendiri. Dan sedih. Dan serik mungkin?

Serik tak serik life goes on :)

Aku mintak maaf kalau semalam aku macam rude sket, i just fight for my right. Sorry taw, no hard feelings okeh :)

Takpelah, yang dah lepas tu lepas lah.. jangan lah jadi isu pulak lepas ni, bukan hal besar pun :)
Mungkin sebab kita saling tak mengenali+memahami? --> jom kawan dengan lebih rapat lepas ni? :D












P/s: Perenggan-perenggan di atas bukan ditulis dalam mood marah/emo, cuma nak luahkan dari hati, in my point of view and again, no hard feelings :)

P/s lagi: Entry takde kaitan dengan lirik lagu tersebut, harap jangan kecewa :p
Baca selanjutnya...

Wednesday, February 10, 2010

Rambang (lagi)

Salam and hello all :)

Apsal tajuk entry Rambang dalam kurungan lagi?
Sebab aku takde specific benda utk dikarang sebab dah tak reti buat karangan, sebab tu lah proposal FYP aku tak gerak-gerak, stat pon tak lagi.. Jumaat ni nak kena submit kak oiii! Takpe, soal proposal FYP kita fikir malam ni okeh :)



Kerja gila, dah lama tak buat tapi malam ahad lepas (sabtu malam ahad) i did. Haha. Gila sangat ke kerja gila yang ko buat tu Mizah? Kalau setakat pegi CIMB dalam UTP dengan keta sebab hujan dan alang-alang dah bawak keta, cakap kat orang sebelah kita makan kat luar je lah tapi bila tanya nak makan kat mana masing-masing have no idea, the driver keep driving and tiba-tiba je dah sampai Ipoh tanpa sedar; lalu alang-alang dah sampai Ipoh, terus laju menuju je Jaya Jusco dan bergegas cari tiket wayang, baek takyah cakap. Haha. OK, takyah cakap :P

Tapi nak add-on siket, kami serabai gila malam tu okeh. Dahlah dinner kat KFC yang dah nak tutup kedai, makan laju-laju tak hengat tudung serabai kuar rambut sampai nak makan pon tak senang tapi kenyang. Hahaha :P




Inilah dia filem yang kami tonton secara gelak sakan

Filem ni best bagi aku, gelak je sepanjang tengok cite.. Kalau tengah tensen sebab takde keje nak buat, memang seswai sangat lah tgk cite ni.. Lagi-lagi awal sem macam ni, duit banyak dan kelas pon tak busy sangat.. Kalau tengah tensen sebab banyak keje nak buat pon boleh jugak tengok tapi lepas tengok jangan lupa buat keje okeh ^_^

And oh ya! aku bukan nak buat review filem ni pon :P



Apa maksud BFF?
Best Friend Forever ek?
Maksud di sebalik Best Friend Forever?
Kat Facebook ada application ni kan, boleh add dan boleh remove.
Don't go there Mizah, don't go there.. plis plis kamu jangan lebih (kuasa banyak-bayak)



UTP tak sejuk-sejuk. Sambil taep entry sambil lap peluh. Bayangkan kalau pegi kelas tapi dah lambat dan jalan laju-laju-laju gila sampai basah baju sebab peluh.. Tak selesanya pegi kelas macam tuh.. Dah tu sape suruh kau lambat? Laen kali cergas siket okeh, badan cergas otak cerdas.


Chinese New Year (CNY) dah tak lama dah. Happy Chinese New Year to those who celebrating :)
Oh, tak sabar nak balik kampung.
Baca selanjutnya...

Saturday, February 6, 2010

Rambang

Aku nak start diet sebab takde duit. Absolutely, diet duit. Diet badan aku tak perlu, dah elok dah badan aku macam ni.. Aku tak suka badan aku yang tiba-tiba susut sebab sakit hari tuh, so aku tak mahu kurus macam tu dah.. plis plis badan kamu jangan keding.. :)


Sedar tak sedar dah setahun dah kisah aku diserang obor-obor. Parut masih ada walaupun luka dah sembuh. Papehal pon, I'm glad that parut tu dah makin kurang. Kalau aku rajen sapu ubat, maka parut itu akan hilang dengan cepat, berkadar terus dengan kekerapan sapu ubat. Tapi, yang nak sapu ubat tu aku liat. Haeh, plis plis mizah rajen sapu ubat.. ^_^


I love my friends. ALL. Once a friend, forever a friend :)


Aku harap aku akan jadi manusia yang lebih baik tahun ni dan mudah-mudahan apa yang aku cari akan ditemui. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah. Mudah-mudahan aku dapat kurangkan ego aku; Kdg2 menyampah dengan ego sendiri T_T.


I always adore cool drivers, be it male or female. I just cant be a cool driver --> im howtz :P But seriously, I do adore them especially male lah kan.. *Melting melting* Sangat berharap nanti dapat hubby yang cool habes!lah bawak kete. (Amiiiinn)--> tak tak, dia bukan bernama Amin. Apa-apa nama pon boleh asal cool :)


To let go is the hardest thing to do. And I'm letting you go.. it's hard, but i have to dan aku redha..


I always love talking to you, about anything :))















P/s: saya rasa saya suka awak ;)
Baca selanjutnya...

Tuesday, February 2, 2010

I'm so howtz

I'm so howtz. Awwww! *Gedik gila eja hot as howtz*

Aku tak faham lah apsal UTP ni panas sangat. Nak kata takde pokok depan aku ni hutan (bilik i menghadap hutan, u) Nak kata tak pasang kipas, dah speed maximum dah ni. Nak kata tak bukak tingkap, luas ternganga ni haa.. (Nasib baek nyamuk tak larat nak terbang tinggi-tinggi ke tingkat 4. Haha)

Ya Allah, panasnyeee.. (OK, neraka lagi panas. Sape komen pasal ni siap. Haha)

Duduk berdiam diri dalam bilik sambil dengar lagu Nobody (English version) pon boleh berpeluh. Dan motip nak mandi 2 3 kali semalam?

OK, aku sengaja include kan part lagu Nobody sebab dah dua tiga orang mintak lagu ni dari aku. Hahaha *gelak bangga* Kat UTP ni dah takde DC++, sungguh menyedihkan. Bagi yang tak tahu, DC++ ni adalah tempat perkongsian file sesama pelajar UTP, boleh download lagu dan movie dan semua benda dari sini. DC++ best, boleh download movie yang baru-semalam-tengok-kat-wayang pada keesokan harinya. Haha (teringat kisah tengok Madagascar kat wayang, esoknya tengok lagi kat laptop)

So dah takde DC++ ni, maka maken bosan lah hidup di belantara Tronoh ni. Adela nanti yang tiba-tiba buat status FB, gtalk, or ym yang berbunyi ala-ala "Sape ade lagu/muvie bla bla bla? Nak (1000 kali)" ---> Sape yang makan cili dia yg rasa pedas Awwww, pedasnye! Haha :P

Sometimes I wish I were Rapunzel. Tak pon Mayang Mengurai. Nak turun bawah / naek bilik senang, tak payah susah payah mendaki tangga.

Eh, tak tak. Ada rumet seperti Rapunzel atau Mayang Mengurai; tak larat aku bawak rambut berat ke hulu ke hilir. Nanti senang, panggil je rumet dah boleh naek/turun bawah. Wah, heaven! Haha.

Hidup nak senang aje, ni lah anak-anak muda jaman sekarang. Haish! Naek turun tangga tu kan exercise, nanti kaki kau jadi cantik macam kaki Elena. (Macam lah Elena tu selalu exercise naik turun tangga macam i~ Haha)

Sebenarnya, aku kesian kat adik aku si Azrini Azid tu. Sembangat gila dia menangis sebab ingatkan tak dapat tawaran masuk ke MRSM. Masa tak dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dia maintain cool lagi. Sedih tu nampak la dia sedih tapi boleh control lagi masa tu. Semalam, ada orang tolong check kan utk dia, tak tahu lah mana salah mana silap, orang yang tolong check kan tu kata tak dapat. Apa lagi, menanges berlagu-lagu la adik aku tu.. maksudnya kat sini, menangis banyak round, sebab tu berlagu-lagu :P

Yang aku ni pulak, lupa nak tolong check kan sebab sibuk dengan kelas. Pukul 11 malam baru aku teringat nak check kan. Bila aku check, dapat. *Yeay yeay* Then terus aku call abah. Ma+Abah terkejut, sebab macam dah redha je tak dapat.. Then abah call adik aku, budak tu asek menanges je hari sepanjang hari. Mesti bengkak gila mata dia. Kesian, sia-sia je dia menanges bersunguh-sungguh. Haha :P

Syukur alhamdulillah, salah satu doa aku termakbul :D Terima kasih, Allah. Mudah-mudahan doa-doa yang lain juga akan termakbul hendaknya :)



P/s: Entri ni takde p/s =P
Baca selanjutnya...

Monday, February 1, 2010

Congrats Azrini Azid!

Congratulations to my dear sis, Azrini Azid.

Why?


Jeng jeng jeng *surprise la konon-kononnye*






P/s: Pulun untuk SPM pulak okeh, straight As plis! :D
Baca selanjutnya...

Highlights of the week

Salam people :D

Hai encik blog, long time no see kan.. i sungguh rindu sama kamu, sudah lama i tak membebel kat sini kan, secara over maksud i.. u pon mesti rindu sama suara i.. kan kan kan? :D kalo tak rindu i tak jd update :(

(tibe-tibe gedik mengapakah? sebab duduk blok G=gedik?) *haish, sungguh tidak matang*

Baiklah, mari ke agenda seterusnya. Mari, mari beramai-ramai jangan malu jangan segan. Amek tempat ye kawan-kawan. Duduk diam-diam dengar aku nak cerita neh :D

Tiba-tiba malas nak menaep. (Anti klimaks sangat :P)


Nah, tontonlah gambar-gambar cun kat bawah ni.. Cun, memang tak tipu.. tak nyesal lah korang tengok, aku jamin :D *tak abes2 perasan*


































Rasa menyampah tengok gamba-gamba cun di atas? Apa lagi, book your ticket to Pulau Pangkor now. Anddd jangan lupa spek hitam okeh kawan-kawan dan juga kamera yang ada bateri :D Dan sudah pasti upload dekat facebook dan juga blog masing-masing bikin semua orang yang tengok jeles :D

Okelah kawan-kawan, update i secara over sudah tamat. Maka boleh lah anda semua beransur pulang ke blog masing-masing, atau pun pulang ke halaman rumah (homepage) anda. Terima kasih kerana sudi singgah :D

P/s: I ada hobi baru = ikot kawan pegi manceng.. So sape2 nk pegi manceng sila ajak i oke and pastikan anda hensem. Eh, takpe takpe.. tak hensem pon boleh janji terer manceng ikan. Terer manceng orang i tak layan. Eceh, melampau pulak statement aku. haha :P
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...