Ibu Gojes: April 2010

Thursday, April 29, 2010

Blogshop berbaloi :)

Hello readers :)

Anda suka tudung bawal kelantan yang cantik, berkualiti dan murah?
Anda suka batik sutera yang cantik, berkualiti dan murah?

Dan kalau anda tak tahu nak beli kat mana, sila klik kat sini.
Cantik, Qualiti dan Murah itu satu jaminan (betul, tak tipu)
Tak percaya?
Klik lah.
Ni haa, klik sini
Sini pon boleh :)


Preview:





Nak tengok lagi?
Kliklah sini
Tengok free je, tapi kalau beli kenalah bayar :p




P/s:Kliklah mana-mana pun, link sama je aku letak. HAHAHA :p
Baca selanjutnya...

Monday, April 26, 2010

Collapse

Esok ada 2 tests, tapi malam ni fokus gila main game.


Kantoi invi gtalk. haha :p


Game zuma deluxe sudah hilang. Mana mahu cari? T___T
Baca selanjutnya...

Friday, April 23, 2010

Inspiration (?)

Telah secara sedar menukar desktop kepada:




Juga secara sedar telah menukar background formspring.me kepada:




Nasib baik aku tak tukar background FB kepada:




Bukan kerana saya suka spongebob squarepants itu,
Bukan juga kerana saya suka patrict star,
Bukan sebab saya suka warna kuning,
Bukan juga sebab saya suka warna pink
Apatah lagi si jellyfish yang mengerikan itu

Hanya kerana saya suka melihat dua kawan baik sedang bergembira, saya jadikan mereka sumber inspirasi.

*Melihat kegembiraan mencetus kegembiraan*


P/s: Cari benang dan jarum jahit hati sendiri.
P/s/s: Saya bukan sedang bersedih, jangan risau. Tengok, saya senyum :)
Baca selanjutnya...

Wednesday, April 21, 2010

Cari penyakit

Telah secara sengaja minum nescafe pada pukul 11 malam, maka akan secara sengaja tak tidur malam ni.. (nescafe dibeli dengan duit pinjam T_T)

Tak tahu nak kata apa dah, cari penyakit dah jadi habit. Dah tahu perut tak tahan dengan nescafe, kenapa nak jugak minum?

Passion, kamu di mana? Tanpa kamu, saya perlukan booster. Dan satu-satunya booster yang saya ada hanyalah nescafe. Habislah perut saya bergelora dengan alunan nescafe -_-"

Telah hidup sebagai bukan Amizah Azid.
Haih, tak tahulah nak kata apa..

*Dah jatuh tak reti-reti nak bangun?*
**Kalau sakit pun, tahan lah sikit.. kata tough?**


Awwww jellyfish! T_T




P/s: Nape macam ada orang curious about me being single?
P/s/s: I easily get annoyed and too bad, I can't control my face expression T_T
Baca selanjutnya...

Happy Birthday geng!






P/s: Geng, taknak open table ke? :p
Baca selanjutnya...

Tuesday, April 20, 2010

A long drive

Pah pah ni dok gegey doh carik dreba..
(Lepas ni dah tak payah susah-susah cari driver nak balik rumah (Kelantan))

Abah sangat protective. Everytime nak balik rumah/utp dia mesti risau. Sebab apa? Abah tak confident dengan my driving skills, lagi-lagi perjalanan rumah-utp itu melalui kawasan Gerik yang berbukit-bukau. (Dan sebenarnya, saya sendiri pun takut nak drive kat kawasan bukit-bukau tu. Scary, you know).

Sebagai alternatif, abah akan hantar/ambil saya ke/dari utp. Quite burdensome, tapi nak buat macam mana, abah tu protective. Anddd, he loves me :p

So, alternatif lain, i akan cari driver hensem untuk balik rumah/utp. Yang tak hensem sori, cuba next time. Haha (kidding :p) Driver hensem tu tentulah kawan2 seperjuangan di utp yang berasal dari Kelantan, seperjalanan la senang cerita. Masa ni la nak acting poyo pakai spek itam duk sbelah driver hensem. Driver hensem jangan perasan hensem. Haha :p

Tapi kadang-kadang susah jugak carik driver hensem sebab driver hensem kan hot jarang available. Dah penat terkial-kial mencari tapi tak jumpa, then i buat keputusan untuk drive sendiri. Abah terkejut dan macam reluctant nak approve. Kan i dah kata, abah protective.

Last Friday, i macam desperate gila nak balik rumah *homesick*. It's OK to be homesick, even dah 22 tahun. Hahaha :p

Habis je klas of the day - Gas Process Engineering at 12 noon, and luch sket then I called abah.

"Abah, nak balik"
"Balik lah, dengan sapo?"
"2 orang je, dengan Ibah"
"Dah tu sapo nak bawak keto?"
"Mizah la"
"Boleh ke bawak keto tu?"
"Boleh, jangan risau"
"........"
"OK la abah, nak kemas-kemas. Bye"

Abah nak tak nak kena approve. Haha. Then I drive la balik Kelantan. Bertolak 2 pm sampai rumah 8.30 pm. Stop kejap je kat Masjid Gerik solat then teruskan perjalanan. A long drive, not too bad. Tak adalah penat sangat pon.. Yang penting mind set.

Alhamdulillah, selamat sampai. Akhirnya sudah lulus drive balik rumah/utp. Hoyeah \O/ Anddd dah tak payah susah-susah carik driver hensem --> rugi, dah takleh ngade2. Haha :p

Bila drive sendiri balik rumah/utp rasa macam 'Dah besar rupanya aku nih'. Rasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri, dan juga penumpang. Perlu drive dengan penuh berhemah so that diri sendiri dan penumpang selamat. -Ingatlah orang tersayang-

Sepanjang pemanduan yang penuh fokus itu, i asyik lapar je. Kriuk krakkk perut berbunyi. Buat malu je. Haha :p

Destinasi utama bila sampai rumah ialah dapur, elok je masa tu abah tengah dinner, join skali. Syokkkk i tell you nikmatnya makan kat rumah :p Tapi bila sampai utp takdelah cepat2 serbu cafe, cari laptop je, terus online. Haha :p

Sebut pasal cafe i tiba-tiba dah terlapar. Kena turun cari makanan sekarang. Till then, tata :p





Gambar ni khas untuk Fatin Alias :p
Baca selanjutnya...

Saturday, April 17, 2010

Dulu lain, sekarang lain...

... dan esok-esok pun lain jugak~











Saja-saja je nak share gambar lama (bukan gambar aku pun, amek dari FB cikgu homeroom - Ust Mursyid)

1st pic: masa form 2 (kot), amek gambar untuk majalah maktab (kami tak panggil majalah sekolah sebab kami maktab rendah sains mara :D)

2nd and 3rd pic: masa form 2 kalau tak silap, jamuan homeroom makan-makan pulut durian.


Oh memories.
How I miss you.
How I wish I could go back and be young again :(

P/s: Aku rasa ieja sure cepat cam aku bila tengok tudung. huahuahua :p





Latest pic of 2010. See how I grow up. Tapi still young :D
Baca selanjutnya...

Thursday, April 15, 2010

Jalan itik

Haaa.. Sape penah kena denda jalan itik masa sekolah dulu-dulu?


Dengan bangganya aku angkat tangan 0/
Hohoho form 5 kena denda jalan itik sebab BM tak dapat A
Cikgu BM yang telah mendenda aku adalah


jeng jeng jeng


Cikgu Siti Zainab bt Ahmad


Haaa, amek kau siap ingat nama penuh lagi :p



Blok Akademik Form 5, tempat kejadian denda jalan itik.
Pic from FB MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05


Perjalanan terkedek-kedek sebagai itik sungguh menyeksakan tahu tak?
End-to-end pastu patah balik.
Kalau tengok dalam gambar ni, bahagian rumput yg paling panjang tuh.
Nasib baeklah masa kena denda tu blok akademik ni kosong, yang ada budak2 klas aku dgn cikgu Zainab je.
Budak-budak kelas laen pergi lab atau library atau Taman Ulat kot masa tu.
Nasib baik sangat-sangat, kalau tak malu sakan. Hahaha :p




P/s: Kan aku dah kata aku tak reti buat karangan T____T
Baca selanjutnya...

Monday, April 12, 2010

Mencari hati (?)

Hati telah hilang, tolong tolong!
OMG, OMG!!
Mana nak cari?

Siapalah aku tanpa sekeping hati itu
Aku bukan lagi aku T___T

Tajuk dan intro yang over. (Boooo) :p

Boo lah korang, boo. Selagi ada peluang, boo. Aku bagi peluang boo di tempat terbuka ni, sila boo. Karang nanti bila aku tak bagi boo korang nak boo jgk, memang nak kena lah tu! Psycho haha :p

Practically, bukan hati yang hilang tapi semangat. Mana pergi semangat semerah padi? (bukankah mentera semerah padi?)

Dalam seminggu dua ni aku telah hidup sebagai seorang lain yang telah hilang arah. Terumbang ambing. Kusut masai. Selekeh. Serabut rambut macam sabut. Hahaha tiba-tiba :p

Hilang dalam ramai.
Tiada berperasaan terhadap pelajaran.
Tiada berperasaan terhadap perasaan.
Tiada berperasaan terhadap cita-cita dan harapan.
Malas nak ambil peduli pasal apa-apa pun.

Hormon, ni kerja awak ke?
Barangkali aku sudah bosan,
Mungkin saja aku sudah terlalu penat.

Cuba untuk tidak mengeluh.
Cuba untuk menerima dengan hati terbuka.

Kadang-kadang aku sedar satu hakikat itu,
Aku juga bisa tewas,
Dan tewaskah aku?

P/s: Kalau saya pergi jogging tengah-tengah malam macam ni OK tak? Saya hanya mahu lari, sekejap pun jadilah T_T
Baca selanjutnya...

Saturday, April 10, 2010

Sekolah lama..

Dua tiga hari lepas, saya dijemput untuk menyertai Kumpulan Facebook MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05. Apabila terlihatkan jemputan tersebut, saya cepat-cepat klik 'Terima' sebab saya sungguh teruja. Kawan-kawan yang pernah sama-sama berjuang di sekolah dahulu kini berterabur di serata alam. Ada yang masih dihubungi, dan ada juga yang sudah hilang jejak langsung. Terima kasih kepada pencipta Kumpulan Facebook MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05, kerana anda kita semua ditemukan lagi :)

Oh Mizah, hentikan ayat skema T_T

My o my.
Ramainya kawan-kawan yang kat overseas sekarang.
Tapi lagi ramai kat Malaysia, sebab Malaysia bumi bertuah. Eceh, taknak kalah :p
Dan rata-rata akan graduate dalam setahun dua lagi.
Tapi budak-budak medic nampak macam lambat je lagi nak grad. Hehe. Takpelah korang, cepat lambat tu belakang kira yang penting habis belajar dan grad okayh! :)
Setakat ni, tak ada lagi update mengatakan ada yang dah kawen, yang dah di-book ramai la.. hehe :)
Nanti nak kawen jangan lupa jemput taw, boleh buat gathering skalik masa makan nasik minyak tuh.. :D



Pic from FB MRSM Bitara Pengkalan Chepa 04/05


How time flies..
Dulu-dulu aku macam tak suka sangat bersekolah kat mrsmpc.
Bukan sebab mrsmpc tu buruk macam bangunan lama ke apa (padahal memang betul pon hehe), tapi sebab aku lebih suka surrounding kat mrsm gerik. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa nak adapt dengan surrounding baru kot, selalu nak compare kan mrsmpc dengan mrsm gerik. Dan dalam setiap comparison tu mesti nak menangkan mrsm gerik, memang taknak kalah langsung. Kanak-kanak sungguh la aku masa tuh. HAHAHA :p

So that's why aku mcm buat tak layan je kat mrsmpc, setiap minggu mesti nak balik rumah, 20 minit je jarak by car mrsmpc-rumah. Orang laen fly aku pon fly jugak. Macam bangga plak penah fly. Budak nerd fly, kau bayangkan. Hahaha. Over sangat perasan nerd. T_T

Tapi aku fly balik rumah sebab nak tengok Titanic yang tayang kat TV3, masa tu form 4 kot. Bukannya tak ada TV kat asrama, tapi aku lebih suka tengok TV dengan family, ramai-ramai baring depan TV sambil tengok TV. Haha :p



Pic googled

Entah apa-apa la aku sebagai pelajar mrsmpc. Banyak jugak kenangan belajar kat sana dan tiba-tiba rindu. Tapi aku tak bercadang nak tulis panjang-panjang dalam entry ni.. Hmm, next time lah cerita pasal kenangan :D



P/s: Ada tak group FB mrsm gerik 01/03?
Baca selanjutnya...

Monday, April 5, 2010

The road taken..

Kadang-kadang aku terfikir
Bagaimana kalau sebenarnya
Apa yang aku lepaskan itu lah yang sepatutnya aku pegang kuat-kuat
Ataupun
Apa yang aku pegang kuat-kuat ini lah yang sepatutnya aku lepaskan

The road not taken
There is no way to go back and start a new beginning
But there are highways to keep moving and create a better ending

The road taken
Aku harap percaturan ini berhasil positif
Paling tidak pun, mematangkan aku
Baca selanjutnya...

Saturday, April 3, 2010

Antara hujan dan air mata...

...turunnya bersungai-sungai.

Cuaca agak pelik kebelakangan ini. Hari tuh kemarau panas terik menyilau mata. Sekarang hujan lebat bersama kilat guruh menggemuruhkan. Bumi sudah tua.

Apabila hujan lebat bersama kilat dan guruh, I sure akan ingat my mom. Boleh kata acara wajib la kalau hujan lebat bersama kilat dan guruh tu I ingat my mom. Tak boleh tak ingat.

Sebab my mom sure takut dan gemuruh bila tengok kilat dan dengar bunyi guruh lalu dia duduk diam-diam. Dia juga panggil semua orang duduk dekat dengan dia dan suruh semua orang duduk diam-diam. Maka kami anak-beranak akan berkumpul dan duduk diam-diam bila hujan lebat bersama kilat dan guruh.

Macam tadi, hujan lebat bersama kilat dan guruh tapi saya tinggal sorang-sorang dalam bilik di hostel sebab rumet saya balik kampung. Jadi saya terus teringat my mom dan adik-adik bila berkumpul dan duduk diam-diam time hujan lebat bersama kilat dan guruh. Dan sebenarya homesick :(

Hujan lebat di luar tingkap semua orang nampak, dalam hati hujan bersungai-sungai siapa tahu? Eceh, peribahasa baru :p
Baca selanjutnya...

Thursday, April 1, 2010

Tag dari eQin

1. Adakah anda HOT??
~ Tak. Langsung tak :p

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda gune sekarang!



3. cerite pasal gambar
~ bunga tulip yang cantik. mungkin dalam 10 tahun lagi ada aku dalam gambar tersebut :p

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
~ awal tahun 2010, makan bersama famili.

5. lagu terakhir anda dengar?
~ Dear God nyanyian Avenged Sevenfold

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
~ tunggu shower nak mandi

7. selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
~ gewess

8. tag lagi 8 org
1 Fatin Crez
2 Anis
3 Syazana
4 Nurain
5 Aan
6 Lina
7 Malin
8 Farha

9. siapakah org no.1 kepada anda?
~ bekas housemate Jalan Kelisa. dia cool :)

10. katakan sesuatu mengenai org no.5
~ Aan dulu-dulu slalu blur-blur. Aan, skang blur lg ke? :p

11. no.3 ada hubungan ngn sape?
~ dengan saya :p

12. bagaimana pula dengan no.4
~ dengan saya juga :P

13. pesanan kepada orang no.6
~ Lina kalau masak tu hulur2 la ke v5g 4.2.4 sket. haha :p

14. kata2 cinta untuk org no. 2
~ tak ada sbb anis sure geli. haha :p

15. adakah no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
~ entah, macam tak je

16. berikan 5 yang anda tau tentang org yang mentag anda
~ nama dia syafiqin
~ bekas housmate i
~ dia ni kalau gelak...
~ ada 4 mata
~ suka shin chan

17. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
~ berkaki empat

18. perasaan anda wat tag ni?
~ hilang bosan

19. adakah anda tau si razman itu sengal?
~ tak kenal sesiapa yang bernama razman

20. a) GAY or b) LESS
~ Razman? Tak tahu :p

Nah, khas untuk eQin.. beberapa keping gambar adik i utk pengubat rindu. HAHA :p





Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...