Pakar Cantik: May 2010

Sunday, May 30, 2010

The Ronggeng

Sebenarnya, ronggeng itu membawa maksud apa ye kawan-kawan?

Sebenarnya, saya tidak pasti ronggeng itu maksudnya apa tapi saya suka menganggapnya sebagai berjalan-jalan dengan tujuan berpoya-poya menghabiskan masa dengan hati girang riang ria.

Over betul definition ronggeng, siap bold lagi tu. HAHA :p

The Ronggeng was awesome, I love it <3
Baru rasa ada life. Baru rasa macam orang. Hoho over :p

Petang Khamis abes exam, Jumaat pagi-pagi lagi dah bergegas ke stesen bas. Wah, ronggeng dengan bas. Sembangat, you.

Dah sampai Kay El, tak tunggu lama, terus masuk 'kereta juga MPV' lalu dipandu ke Kuala Selangor. 2 jam lebih bertapa dalam 'kereta juga MPV' demi disapot makan seafood. Wah, heaven okayh! Disapot mana taknye heaven, seafood kot~

Orang dewasa juga interesting. First time hangout dengan orang dewasa, buat aku rasa nak kawen jek.. dan nak kerja cepat-cepat so that nanti boleh makan best-best macam tu tanpa money constraint. Haha engineer-to-be is talking $_$

Esoknya seharian main-main mata. Sekejap dengan TV, sekejap dengan mata sendiri. I mean watching TV lah. Dan juga tidur. Kui kui kui :p Jana tenaga untuk malam nanti

Malamnya ronggeng ke Jalan Malinja 2 untuk makan nasi lemak Fasha Sandha. Eh, bukan gerai Fasha Sandha taw.. gerai yang Fasha Sandha pernah makan nasi lemak. Eh, sejak bila aku kesah pasal FS ni?

Tapi serius, ramai gila orang makan kat situ. Berjela-jela orang beratur taw, sedap i tell you~ Ingat, Mali's Corner nama gerainya. Eh, ko dapat komisen ke promot kat sini? Tak tahan siap bold lagi tu -_-"

Walaupun dah buat reminder dalam purse, nafsu shopping tetap tak kalah. Uptown barang murah-murah okayh! Jadi perempuan macam aku memang begini, tak makan reminder. Elok tak payah bawak kad atm. Haha :p Tapi nice, aku puas hati dengan hasil tangkapan dari uptown. Hohoho :p

Esoknya lagi, reunion!
Waahhhhh~ sume orang sudah lain i tell you~
Paling tak tahan Che. Che sudah sangat sehat. Sungguh cepat Che membesar. HEHE Che jangan marah :p Tak pasal2 Che masuk blog aku. HAHA :pp

Eh, pasal reunion next time lah sambung.



Thanks Ibah, for the Ronggeng.
Thanks Abe Yo + Kak Ija selaku sponsor utama.
Thanks Danish, penyeri weekendku.
Thanks Acik and the gang.
Thanks all, jasamu dikenang :)

Nice weekend I'd say, really enjoyed it :))
Baca selanjutnya...

Thursday, May 27, 2010

Ok, sudah habis

Telah selamat menamatkan semester Januari 2010 dengan jayanya.
Yeay yeay exam sudah habis.

Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya tanpa mengorbankan mana-mana jiwa. Mungkin hanya jiwa sendiri sedikit terganggu sepanjang bulan Mei yang tough ini. Ya, bulan Mei 2010 sangat tough bagi saya, dan saya yakin untuk semua orang warga Cheme Jan06 juga. Pendek kata, semua AFY lah senang cerita ;P

Sempena kemerdekaan sementara yang baru dirasmikan pada 5.30 petang tadi, saya bercadang untuk meronggeng-ronggeng. Maka, esok saya akan ke Kay Ell untuk mencuci mata sambil bertemu kawan-kawan sekolah semasa di m r s m gerik dahulu kala.

Harus diingatkan kepada diri sendiri: diet duet masih berjalan dan yuran hostel kau belom lunas lagi ye mizah. Tolong buat reminder dalam purse okeh!

Selamat beronggeng kepada semua!
Kepada yang belom lunas yuran hostel macam saya, berpada-padalah.
Baca selanjutnya...

Tuesday, May 25, 2010

Forgive and Forget, How ?

Ada orang kata, easily forgive but not to forget.
Ada jugak orang kata, aku tak akan maafkan kau, aku tak lupa sampai mati.

Aku kata apa?
Jawapan standard: It depends.

Ada sesetengah perkara aku forgive and forget.
Ada jugak benda yang aku forgive tapi tak forget.
Belum ada lagi langsung tak maafkan, langsung tak akan lupa (harap-harap tak ada)

Anda pula, bagaimana?

Sebenarnya, apa definisi 'forgive and forget', 'forgive but not forget' dan 'not forgive and not forget'?

Bagi aku, kalau aku bukak balik 'cerita lama' dan aku tergelak-gelak atau senyum sorang-sorang, itu adalah forgive and forget.

Kalau bukak balik 'cerita lama' tu tapi kelat pahit je rasa dalam hati tu macam mana? Even dah berkali-kali kata, "Takpe, aku dah lama maafkan kau" or "Takde papelah tu, jangan risau dah maafkan pon" (walau hanya dalam hati)

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang tengok muka dia pon boleh terasa lagi peritnya waktu dulu-dulu?

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang kalau boleh tak nak tengok pun muka dia sebab takut hati ni sakit lagi?

Sejauh mana ikhlasnya aku maafkan orang tu kalau kadang-kadang aku cakap dengan dia bersama senyum plastik dan nak tak nak je layan?

Forgive but not easily forget, huh?

Wujud ke term forgive but not easily forget tu?
Dah kalau takleh nak lupa, kau yakin ke kau dah maafkan dia?

Betul ke aku dah maafkan dia?
Ikhlas ke aku maafkan dia?

Ikhlas bukan senang.
Ikhlas tak boleh paksa.
Ikhlas bukan buat-buat.

Aku harap suatu hari nanti, aku betul-betul ikhlas maafkan dia.
Walau payah, aku akan cuba ikhlaskan hati.
Baca selanjutnya...

Monday, May 24, 2010

Bengang weh, bengang!

Sesekali tajuk entry emo apa salahnya.

Tapi serius, aku bengang.
Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je orang tu sampai lebam dan takleh bangun.

Serius nak tumbuk orang.
@$*$%$)@_!@#*#W$#!



Serius, macam @#*&$()#@!



Aaaaaaaaa %#*$@)#_%)_$)@#! kuasa dua



Menyampah macam sampah.

Aku nak tido la %#*$@)#!


Dah, dah, Mizah pegi tido. Sambung tumbuk dalam mimpi pulak. Make sure dia tak bangun-bangun okeh!
Baca selanjutnya...

Friday, May 21, 2010

Live dari IRC

Ehem, kat irc pon nak taep entry ke cik mizah oii?
Bosan study, so stop dan melagha sekejap.
IRC best, tahu?
Sejuk dan comfy (untuk study, studo pon boleh jugak sebenarnya :p)

Tapi apa guna angkut buku seberat beberapa kilo dari tingkat 4 V5G ke tingkat satu IRC kalau hanya untuk tidur? Maka dengan sendirinya akan terdorong untuk study bersungguh-sungguh dengan hati yang blooming. Tak lama lagi boleh lah tu petik bunga lalu jual di kedai mama (latar belakang lagu Gadis dan Bunga)

Kalau malas study pon boleh jadi rajin once duduk dalam irc, sebab tengok ramai orang khusyuk sampai terjuling-juling mata menelaah, so rasa tercabar lalu study. Tapi aku study secara berhemah, tak maen lah sampai terjuling-juling nanti susah nak main kenyit-kenyit mata dengan orang meja depan. Haha :p

Dalam 2 minggu ni asyik ulang alik V5G-cafe-IRC-cafe-V5G-IRC-mapley je. Rutin ni of cos tidak membosankan sebab ada orang yang best teman saya. Secara tak langsung telah mendapat kawan baru yang juga best. See, kat IRC pon boleh dapat kawan yang best :p

Dekat IRC banyak sumber, sesuai dengan nama Information Resource Center. Ramai kawan-kawan study kat IRC so boleh jalan-jalan ke sana ke mari bertanyakan apa-apa yang perlukan jawapan segera. Kalau kat bilik tak faham terkebil-kebil seorang diri. Kalau rajin pm kawan dalam list gtalk. Tak pon mesej. Tapi itu semua sungguh leceh, jadi baik datang IRC mencari sumber segera.

Study kat bilik panas dan berkuap. Kat IRC ada aircond sejuk macam duduk UK (perumpamaan sahaja, saya tak pernah pergi UK). Lagipun boleh cuci mata usha junior (dah final year, senior makin kurang untuk diusha) HAHAHA :p

Memang berbaloilah datang IRC untuk study pada musim peperiksaan seperti ini. Maka saya menyeru kawan-kawan yang study kat bilik, marilah beramai-ramai memeriahkan IRC.

Akhir kata dari saya:
Hey kawan-kawan, Good Luck for remaining papers. Flying Colours :D




P/s: Malam tadi ada orang berkurang ajar dengan aku. Rasa macam nak tumbuk je tapi aku sabar sebab musim peperiksaan -_-"
Baca selanjutnya...

Friday, May 14, 2010

dress cantik

hari tu ternampak dress cantik kat kedai
tapi tak tahu kenapa tak beli
mungkin sebab diet duit?
mungkin juga.

dua tiga hari lepas ternampak seseorang pakai that dress
oh, saya jeles ok!
sedih jugak sikit-sikit :(

tapi saya tak menyesal tak beli
sebab diet duit lagi penting :p

mungkin nanti saya dapat beli dress yg lagi cantik, berkat diet duit yg konsisten ini :)

nah, wedding dress yang di-google :p








P/s: gambar hiasan semata-mata.
Baca selanjutnya...

Thursday, May 13, 2010

Kerja lebih masa :)

Lately i asek nak senyum je, tak tahu kenapa.
Serius, i manis 2-3 hari ni.
Mungkin ada bunga sedang blooming dalam hati.
Bestnya kalau setiap hari macam ni, lama-lama boleh jadi florist. HAHA :p



*Taip entry sambil senyum*

Mungkin saja kerja hormon.
Biarkan hormon bekerja lebih masa, sampai abes exam okeh amek OT :p

Terima kasih Tuhan, permudahkan segala :)
Baca selanjutnya...

Monday, May 10, 2010

1 turun, 6 menunggu..

tidur sepetang || saya dah abes presentation fydp, anda pula bagaimana? :p --> status gtalk.

Kononnya nak tidur sepetang sebab dah abes presentation FYDP. Konon je lah kan sebab bab tidur petang aku lemah sikit, tak reti. Kalau tidur pon sekejap je, dalam 15-30 minit je.

Tapi kalau aku tidur petang lama-lama tu maksudnya haaa.. adelah tu yang tak kena. So sekarang, tak perlu risau apa-apa sebab tak ada yang tak kena, semuanya kena belaka :p



Saja nak letak jadual exam, bagi meriah sikit entry ada gambar :p


Dah start study week sebenarnya dan next week dah start exam week. Hectic tak abes-abes. Nak buat macam mana, inilah student's life, takleh lari :) kecualilah kalau mati, memang tak payah fikir pasal exam duniawi. Tapi...

“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)
Baca selanjutnya...

Saturday, May 8, 2010

Petang Sabtu

Dah takde idea la tuh buat tajuk entry gitu. Haih.

I tengah gigih adjust my group punye PFD (Process Flow Diagram) untuk FYDP la ape lagi.. Kerja adjust-mengadjust ni macam leceh sikit. Tukar itu la tukar ini la.. alih ke situ la alih ke sini la..

Takde keja upload gamba PFD. Banyakkan bersabar Mizah -_-"


Tapi kalau nak adjust orang, bagaimana pula ya? Adjust orang i lagilah malas. You rajin ke adjust orang? :p

Malam ni ada dinner batch, Jan06 tersayang. Eceh.
Dulu-dulu i macam excited nak pegi dinner tapi pada petang sabtu yang malap ini, i rasa malas lah pulak. Macam tak ada mood je sebab mood semua tertumpu kat PFD. Hahaha. suka menipu ye sekarang? :p

Tapi malas-malas i pon, i tahu i tetap akan pergi malam nanti. Lepas maghrib akan bertolak ke Batu Gajah. Apa dah nama tempat tuh, alamak dah lupa macam mana nak pergi dinner ni?

Malas lah nak drive, tumpang orang je boleh? Aaaaaa~ tetap kena drive jugak T______T

I sebenarnya macam cuak nak pergi dinner i don't know why. Pergi makan tak payah cuak lah Mizah, sediakan perut kosong je. No wonder aku tak makan dari pagi lagi ni, nak sediakan perut untuk dinner rupanya. RM45 beb, beberapa hari boleh feed perut aku dengan makanan dari cafe v5 yang dot dot dot malaslah nak mention.

Tapi demi Jan06 tersayang, aku gigihkan jua keluarkan RM45 dari CIMB (diet duet masih berjalan) dan keluarkan badan dari bilik selepas solat Maghrib sekejap lagi (diet badan tak pernah dibuat).

Sehingga bertemu lagi di lain entry, jaga diri semua orang, senyum-senyum selalu jangan stress nanti cepat berkedut. Chill, walaupon hot :D
Baca selanjutnya...

Icon

Ceh, takleh blah tajuk entry 'icon'.
Cipta rekod sepanjang hayat, balik dari lab pukul 1 pagi.

Sebenarnya, lab icon takdelah interesting sangat pon sampai aku taknak balik bilik. Tapi pelik jugak, masa aku tinggalkan lab icon pukul 1 pagi tadi ada lagi beberapa orang tak nak balik. Sembangat benar buat icon apsal entah. Padahal blok 5 tu dot dot dot, scary awwww you!

Kepada sesiapa yang tak tahu hujung pangkal cerita (bebelan sebenarnya), icon tu sejenis software yang digunakan oleh para Chemical Engineer untuk buat plant design. Dan plant itu adalah .... (google lah senang :p)

Maka, saya sebagai pelajar tahun akhir telah ditugaskan untuk men'design' sebuah plant yang dinamakan 'ethylbenzene plant' untuk subjek Final Year Design Project (FYDP). Secara totalnya, budak cheme kena buat dua final year project, FYP and FYDP. Dengan tambahan subjek-subjek lain yang tak kurang 'umph'nya.

Seronok kan kawan-kawan? Haha. Sepanjang setahun ni akan serabut-serabai dengan plant design dan pelbagai project yang dot dot dot malaslah aku nak bebel. Habeslah kau dah tak cun Mizah, serabai je 24 jam. haha :p

Isnin ni kena present FYDP. Dan Isnin depan present FYP. Selamat bersedia untuk kena hentam. Carik kuali siap-siap untuk goreng! Hahaha :p

All the best untuk my group, Group 17. Thanks mates for everything especially Fatin dan Fatihah. You berdua memang best, i je yang tak best :( Jomlah you all, kita carik kuali utk menggoreng hari isnin ni.. jangan kita yang hangus dah la :p
Baca selanjutnya...

Thursday, May 6, 2010

Hujan

Bumi Toronto (Tronoh) hujan lagi.
Agak lebat, complete set dengan guruh dan kilat.

Aku suka hujan, sebab:
1. My boyfie (eceh, boyfie taknak kalah. i mean my kereta lah) akan tiba-tiba terbersih sendiri. Point ni sangat strong membuktikan aku pemalas basuh kereta di UTP. Kat rumah i basuh kereta OK, sebab free takyah bayar dan boleh main siram-siram objek dan orang sekali gus. Hahaha.

2. Bila hujan tak payah turun riadah. Masa sekolah dulu-dulu la.. kat Gerik time riadah wajib clear block, semua orang kena turun main. Tapi aku lagi suka jalan-jalan pusing maktab (ya, kami tak panggil sekolah sebab kami maktab rendah sains mara) Tak habis-habis nak bangga :p

Tapi lately, aku suka jog lebih-lebih lagi masa tengah stress tak hengat. Time aku stress nak jogging tu la pulak hujan turun. Tak apalah Mizah, rahmat tu :)

Mungkin aku kena cari cara lain untuk hilangkan stress. Any suggestion?
A'ah la kan, dance mat aku tu dah lama ditinggalkan unattended.
Yeay, dah dapat solution :D
Baca selanjutnya...

Wednesday, May 5, 2010

Mana nak cari ni?






Sepetang buat Interim report untuk Final Year Project (FYP).
Sambil-sambil buat report sambil-sambil dengar radio.

Yang anehnya, kenapa ada iklan Domino's Pizza di radio?

Haha. Baiklah, tiada keanehan di situ :p

Masalahnya,iklan2 tersebut buat aku lapar lalu mengidam Domino's Pizza.
Tapi, mana mahu cari?

Kalau ada kat pasar malam Taman Maju tu oraet jugak, sekarang jugak aku pergi.

Hari ni hari rabu,
ada pasar malam kat Taman Maju.

Tapi macam malas je nak pergi, sebab malas nak alih kereta. Dan cun dah parking depan block.

Kalau pergi pasar malam besar kemungkinan balik nanti dah tak ada parking cun depan block maka kena parking dekat court futsal V5. Jauh kena berjalan, sayang nak bakar lemak -_-"

Tapi lapaaarrr... siapa nak ajak aku pergi Domino's Pizza? Tapi, pasar malam je pon boleh~ :p
Baca selanjutnya...

Monday, May 3, 2010

Stand and fight.

Hello Week 14.
Hello hecticness.
Hello serabut-serabai (again).

Be good,
and I'll give the best service in town.

I promise :)
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...