Ibu Gojes: December 2010

Wednesday, December 29, 2010

Twenty Eleven

Thank you Allah for twenty ten. Alhamdulillah, saya sampai ke sini hari ini dengan rahmat dan redha-Nya. Sangat banyak rahmat Allah, tak terkira dan saya bersyukur untuk itu.

Welcome twenty eleven, praying for the best. Yet the best is to come; have faith! I believe :) :)

Azam tahun baru:

1. Berhenti jadi budak HOT
Hot sangat tidak cool. Jom jadi cool! Haha :P Abah tak suka saya jadi budak hot, jadi Abah minta saya belajar jadi orang dewasa cool. Saya anak Abah, harus obedient. Abah kata tak apa, slow-slow sebab Abah pun hot, no wonder lah saya juga hot sebab gen hot Abah saya warisi. Walaupun Abah hot, Abah sangat wise. Sebab Abah orang dewasa. Saya kan masih budak-budak, baru belajar nak jadi dewasa, tak hairanlah selalu kepanasan. Haha :P Selepas ini, seiring dengan meningkatnya usia saya menjadi orang dewasa, saya perlu jadi dewasa; cool dan wise. Saya bakal seorang dewasa, yeah!
 
Nota: Mana-mana perkataan HOT/Hot/hot yang dijumpai dalam gewmiza merujuk kepada emosi semata-mata. I know where I stand, tak payah risau (Haha :P)

2. I want Money. Money. Money. Moneeeeyyyyy! 
Maaf, saya perlu jadi materialistik sebab it seems realistik. Bukankah begitu? Minyak naik harga, semua barang naik harga derr. Takde duit macam mana nak hidup? Saya nak duit. Saya kena cari duit! Ya ya ya I know, Money bukanlah segala-galanya tapi, money move us (people). Tak setuju? OK, tak apa tak payah bahas i malas layan. Haha :P

3. Bekerja. 
Tapi duit lagi penting. Kalau tak kerja tapi dapat duit sangat best. (Haha :P). Tapi saya mahu kerja sebab saya ada cita-cita. Ya lah, cita-cita saya engineer, haruslah bekerja sebagai engineer. Kalau nak jadi manager atau ceo pun boleh, tapi bukankah itu juga satu pekerjaan? Pokoknya bekerja.

Saya nak kerja bukan sebab money alasan utama, tapi sebab cita-cita. Saya nak buat perkara/benda yang saya suka, yang saya in love with (insyaallah). Tak mahu lah spend the rest of my life loving you buat benda yang saya tak suka, tak ada passion with. Borringgg. Haha :P Lepas tu barulah datang isu money. Bukankah anda materialistik? Cik kak, sekarang tak boleh pilih kerja tahu? Tahu, tapi money bukanlah segalanya walaupun saya materialistik. Sikap materialistik belum cukup tebal dalam diri ini, maafkan saya. Haha :P

Cita-cita saya yang kedua selepas engineer adalah surirumah. Mind you, suri rumah pun bekerja. Penat OK jadi suri rumah. Kalau suri rumah yang ada orang gaji tolong kemas rumah tolong masak untuk suami dan anak-anak tu tak payah cerita lah, saya tak kagum pon walaupun anda kelihatan best. Haha :P Oh ya, saya tak rasa saya nak kawen awal walaupun saya ada bakat jadi suri rumah. 

Haih, panjang pulak menaip pasal  kerja. Ciri-ciri penganggur terserlah di situ. Ya Allah, murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amiin :)

4. Azam tercapai
Saya berazam agar ketiga-tiga azam saya akan tercapai at the end of twenty eleven, insyaAllah. Kalau nak tahu, ini first time saya betul-betul pasang azam. Sebelum ni tak pernah ada azam yang spesifik, berazam secara general sahaja, macam tak ada azam pun ada. Haha :P
Baca selanjutnya...

Sunday, December 26, 2010

Anak Abah

Ya Allah,
Mudah-mudahan aku mampu menjadi seorang anak seperti yang Abah harapkan.
Amiin.
Baca selanjutnya...

Wednesday, December 22, 2010

Late nite muvi

Masih berjaga; sorang-sorang. Tengok Raja Lawak Musim 3, minggu ke-7. Biasalah Astro, siaran ulangan :P Bukan tengok persembahan peserta, tapi suka tengok gelagat Zizan. I like Zizan! Haha :P Tapi tak suka sangat Johan. Tapi OK lah, mereka bergabung membentuk kombinasi yang not bad. Enjoy lah jugak, gelak sorang-sorang dalam gelap. Haha :P

Tengah-tengah malam macam ni lapar lah pulak. Berkeriuk perut ni. Krukk kreeekk. Krukk krekk. Seriously, perut aku bunyi macam tu? Haha :P

Sekarang layan Marry me Mary di saluran 391, KBS World. Sebenarnya siang-siang tadi dah tengok, ni siaran ulangan la pagi-pagi buta ni.. Sekarang baru episod 4, baru lagi sebab start tengok semalam. Sekali tayang 2 episod terus. Siap ada ulangan lagi pagi-pagi buta. Not bad lah cerita ni, boleh buat aku layan dua kali dalam tempoh tak sampai 24 jam. Haha. Tak semua Korean series best, banyak je cerita yang aku tak layan kat KBS World ni. Cerita emak-emak macam Pretty Mom Pretty Woman ke apa nama dia. Borrring.




Setelah digoogle, Marry me Mary ada nama lain, iaitu Mary Stayed Out All Night. Pelakon utama cerita ni terdiri daripada erkk malas lah nak google, broadband @%$#^%&*! Pelik lah orang Korea, muka lelaki dengan perempuan sangat alike, macam tak boleh nak beza. Siang-siang tadi masa tengok dengan my Mom, dia tanya, dua-dua perempuan ke tu, macam pelik je muka yang sorang lagi tu...? (merujuk kepada pelakon lelaki). Kadang-kadang nampak muka lelaki lagi cantik dari muka perempuan buat I jeles. Haha :P

Fuhh. Thanks to broadband yang @%$#^%&*! tak jadi review K-series. Nasib baik nasib baik. Kalau tak entah apa-apa la yang akan aku goreng nanti. Tiba-tiba dapat job baru review K-series tak berbayar. Haha :P Sekarang semua benda nak 'Money'. No money, sorry derr :P




Baca selanjutnya...

Tuesday, December 21, 2010

Taipan rambang

Menaip secara rambang sahaja hari ini..

1. Hujan.
2. Winter. Eh, winter lah..!
3. Bosan.

Malam tadi demam. Sobss. Ya Tuhan, sakit satu badan. Macam ada orang cucuk-cucuk je badan ni.. Kalau demam je, mesti sakit-sakit badan macam nenek tua. Eh, macam lah pernah jadi nenek tua.. Haha :P

Badan panas tapi menggigil. Seksa sangat rasa. Tak larat sangat sampaikan kalau boleh nak elakkan dari bangun pergi toilet. Kalau kena air, menggigil kuasa dua jadinya. Serius, sejukkk. Nak jalan pun fikir 2-3 kali sbb lantai sejuk gila. Kalau desperate sangat baru akan berjalan atas lantai, kalu tak baring jelah atas tilam tuh. Nak minum air pun ngada-ngada suruh adik tolong amekkan. Biasalah, adik-adik sayang Kak Long mereka. Kak Long je kejam asek buli mereka. Haha :P

Hek eleh, cerita demam pun nak publish kat sini. Poyo lah u! Haha :P

Petang semalam kawan saya Cik M (yang dulunya rumet masa intern) ajak saya ke rumah Mr. P (yang dulunya selalu jadi driver saya bila nak balik Kelantan/UTP). Ceh ceh sekarang pandai guna nama samaran dalam bentuk short form. Biasalah, kena berhati-hati dengan apa yang ditulis, entah-entah nanti kena saman siapa tahu. Eh, tiba-tiba. Haha :P

Best pergi rumah Mr. P. Air Coklat yang Mr. P bancuh sangat sedap. Mula-mula order Milo beng (iced Milo) tapi dapat air coklat yang kaw punya. Mak aiii sedap gila okkayy. Tak sia-sia halang emak Mr. P bancuh air sebab nak tunggu Mr. P sendiri yang bancuh. Ye, Cik M memang ngade-ngade suruh Mr. P bancuh air. Tapi ada orang kesah? Haha :P

Lepas tu, Mr. P bawak we all pergi sempadan Malaysia-Thailand. Tengok laut yang tak berapa tenang. Kan musim tengkujuh ni, mana ada laut yang tenang? Laut sekarang jangan dibuat main you all, boleh ragut nyawa. Eh, we all tak main laut lah. We all hiking ke muara sungai. Err, kalau ada gambar kan lagi senang nak cerita. Tapi, gambar semua ada pada Cik M. Tak apa, you all jangan pening-pening boleh abaikan, anggap saja perenggan ini tak pernah wujud. Haha :P

Pergi rumah Mr. P memang tak sah kalau tak kenyang. Dah lah sedap-sedap, banyak pulak tu makanan yang dihidang. Serius, I terpaksa serender walaupun kue teuw lakna yang adik Mr. P masak tu sedap gila. I serender sebab tangki I kecik. Rugi lah bawak tangki kecik pergi makan free. Haih rugi rugi. Sampai ke sudah senak perut. No wonderlah kampung I bernama Kampung Pantai Senak. No kidding eh, itu memang nama kampung I. (Tapi nak jugak gelak) Haha :P

Balik rumah pukul 10 malam baru sampai. Sampai je terus demam. Kena sampuk ke apa? Haha :P Nasib baiklah bukak mata pagi ni dah baik demam. Alhamdulillah.

Eh, baru I sedar hari ni tak mandi lagi. Haha. Baiklahhh. I pergi mandi sekarangggg.
Baca selanjutnya...

Sunday, December 19, 2010

I mimpi you!

Selamat pagi Malaysia!
Hari baru, semangat baru.
Hari ni I dan Ma dan adik-adik akan ronggeng ke Kota Bharu bandaraya Islam.

Ececehhh. Ronggeng katanya.. padahal banyak hal yang nak kena settle (salah satu perihal saman). Kalau ada masa lebih (ececeh busy macam  mengalahkan manager atau ceo je lagaknya) barulah akan shopping. Shopping kata kau? Banyak duit~  haha. Window shopping pon boleh derr :P

Tak sangka, malam tadi I mimpi you.
Baru seminggu tak jumpa dah termimpi-mimpi :((
Mimpi siapa?
Mimpi you lah! UTP.
Seriously, I mimpi UTP.. (?)
I rindu UTP ke?
Adakah mimpi itu tandanya I rindu UTP?
Ataupun tandanya I berjodoh panjang dengan UTP?
Sambung study kah?
Atau bekerja kah?
Atau kedua-duanya kah?

Banyak lah pulak tanda soal macam annoying lah jugak kan :P
Rileks bro, jangan cepat annoyed nanti cepat tua.
Ye lah kan, kalau annoyed dengan sesuatu mesti buat muka annoyed.
Dan muka annoyed tu pasti macam berkerut dengan mata dan bibir macam senget.
Ah, malas lah imagine bukan cantik pun :P








Tempat kejadian yang terlibat dalam mimpi I, Chancellor Complex
Gambar-gambar kredit kepada pemilik, Encik Imran dan Encik Farid :)



Tahu tak I buat apa kat situ dalam mimpi I?
Concert you all!
Tak, bukan kat dalam Chancellor Hall tapi kat luar hall tu..
Meriah I cakap, lampu warna warni macam berdisco. Fiwitfiwit.
Tapi I tak tahu lah pulak siapa yang perform, sbb I nampak lampu je yang meriah. Haha :P 

OK lah you all, I nak pergi mandi nak bersiap untuk ronggeng. Ma dah bising-bising dah tu.. Lalu tepi I main jeling-jeling pulak. Baiklahhhh. I pergi mandi sekarang, Ma. Walaupun sejuk gila sekarang tengah winter kat Bachok. Rumah pulak takde air panas, nak rebus air macam tak cool lah kan, sebab katanya HOT. Hakhakhak :P
Baca selanjutnya...

Nothing much

It's been a week. Baru seminggu rupanya. Rasa macam bertahun. Cess, hiperbola!

Doing good, I guess. Staying at home of course lah good! Tak begitu? hikhikhik ;p gedik!

Sangat suka hati. Walaupun kadang-kadang macam ada krisis kat rumah ni. Padahal krisis diri sendiri. Biasalah tu, krisis dah macam kawan. Tapi kawan biasa je lah, bukan kawan karib pun.

Kat TV2 sedang menayangkan Transformers, antara my fav movie. Sanggup tengok kat wayang 2 kali suatu ketika dahulu. Ulang tayang kat laptop 2-3 kali. Siap burn dalam cd dan tengok kat TV jugak 2-3 kali. Haha macam kipas susah mati dah jadinya :P

Bukanlah sebab Sam Witwicky tu handsome, Transformers jadi my fav movie, tapi sebab cerita dia menarik. Cool. Kagum dengan robot yang canggih. Comel lah mereka. Lagi-lagi yang hack Air Force tu. Pandai pulak jalan tutup muka nak selamatkan diri. Adorable, tak begitu?



Robot bertukar jadi kereta dan sebaliknya juga cool. Tak tahan kereta buruk kaler kuning bernilai 4000 dollar bertukar jadi camaro yg sangat semat. Haha sangat cool OK.




Tak sabar nak tunggu Transformers 3: Dark of the Moon Julai nanti. Entah ada entah tidak jodoh untuk menonton Transformers 3. Tengok lah nanti macam mana, the future is soo unpredictable. Eh eh tiba-tiba masukkan unsur the future. Well, crisis :P

Doakan yang terbaik untuk saya! ;)

Baca selanjutnya...

Thursday, December 16, 2010

Aktiviti penganggur

Sebenarnya, saya bukanlah menganggur.
Sebab, saya sebenarnya sedang bercuti. (Keskeskes)

Rileks la bro, baru 5 hari balik rumah tak kan dah nak gelabah cari kerja.
Saya nak berehat dalam seminggu dua barulah nak job haunting hunting.
Mungkin akan dimulakan dengan minah kilang, siapa tahu..
Come again, minah kilang?
Degree in Chemical Engineering tapi minah kilang?

Rileks la bro, cari pengalaman tak salah kan..?
Sekurang-kurangnya nanti bila saya jadi manager atau ceo, saya faham perasaan seorang minah kilang, barulah boleh jadi manager atau ceo berjiwa rakyat. Ececeh, tengok tu, kalau berangan.. memang tak nak kalah. Haruslah dimulakan dari bawah, tak gitu..? Takkan lah terus nak jadi manager atau ceo, ambik mood bekerja jadi minah kilang dulu.. Hehehe :)

Aktiviti standard kat rumah adalah tido, bangun tido, makan, tengok tv, dan kitaran berulang. Ah, takyah cerita lah, tak  best pon.


******************************************


Kelmarin (selasa), posmen hantar 3 pucuk surat. Satu untuk saya, satu untuk abah dan satu untuk Helmie (adik saya yang hensem). 

Surat untuk saya tu bukan surat tawaran bekerja tapi sekeping cek bernilai RM300 dari MARA yang prihatin. Cek tersebut adalah untuk elaun thesis. Dah selesai thesis baru dapat cek. Haish! Dah kau baru mintak! Errr. Hehehe :) Dapat RM300 dalam situasi macam ni memang terbaek!lah. Alhamdulillah, nak melompat rasa. Sempat jugak menari tango seminit dua kerana terlalu gembira. OK, tipu hahaha :P

Surat untuk Helmie tu seperti biasalah tak lain tak bukan bil Astro. Tak, bukan dia penyara keluarga tapi atas sebab tertentu, bil astro terpaksa ambil nama dia. Tapi money still dari abah. Abah kan penyara keluarga, haruslah abah yang bayar semua bil. Tq abah! hehe :)

Dan surat untuk abah tu adalah jeng jeng jeng surat saman. Untuk saya sebenarnya sebab saya yang drive dari utp-rumah masa balik raya haji arituh. Memang tak boleh mengelat langsung sebab tempat dan masa kejadian positif menunding jari ke arah saya. Ditawarkan kompaun RM300. What, RM300? Jeng jeng jeng habeslah cek RM300 terbang melayang. Punah impian. Sob sob sob. Uwaaaa :(((

Kali ini, bukan abah yang bayar walaupun dia penyara keluarga. Sebab, siapa salah dia yang bayar (haha padan muka). Berani kerana benar, takut kerana salah. Maka, saya berani pertaruhkan cek RM300 pemberian MARA untuk bayar kompaun tersebut. Tapi sebenarnya pinjam duit adik-adik dulu sebab cek tu hanyalah sekeping kertas, belum bertukar menjadi not-not RM. Jangan risau adik-adik, nanti Kak Long bayar balik bila kertas ajaib itu bertukar menjadi duit. Ceh ceh tiba-tiba mengaku Kak Long padahal sebelum ni tak pernah membahasakan diri sebagai Kak Long. Tak apa, Kak Long start prektis hari ni. Haha :P

Baca selanjutnya...

Saturday, December 11, 2010

Perasaan ini best, tapi, sebenarnya...

tapi sebenarnya tak tahu nak express macam mana.

Tak sangka, 5 tahun yang kononnya lama gila tu dah abes.
5 tahun boleh jadi lama, boleh jadi sekejap.
Dulu-dulu rasa macam nak tumbuh janggut tunggu nak abes..
Tapi bila makin lama makin nak abes makin cepat pulak masa tu marathon.
Tak terkejar mak aii lajunya!

Biasalah tu, bukan luar biasa.

Selamat tinggal 5 tahun yang bermakna
Selamat datang cabaran baru

Saya akan sangat rindukan 5 tahun ini..
Sangat bermakna.
Setiap kamu punya tempat di hati aku..
Setiap kamu ada bahagian dalam hidup aku..

*Tak sangka air mata bergenang*

Berakhirnya 5 tahun ini bermakna bermulalah fasa hidup yang baru..
No longer sponsored.
Self-earned money.
Tanggungjawab baru, lebih besar.
Cabaran baru, lebih hebat.

Saya mungkin masih keliru
Saya mungkin tak tahu mana hala tuju
Tapi saya tahu, Dia tentukan yang terbaik untuk saya
Dan saya akan survive, seperti mana 5 tahun ini..

Saya tak nak janji I'll be the same sebab saya tahu saya akan berubah, seperti yang berlaku dalam 5 tahun ini..

Dan saya tak berharap awak awak semua kekal macam ni sebab saya tahu, semua orang akan berubah seiring masa dan persekitaran..

Cumanya, saya harap perubahan tu bercirikan positif semuanya.. :)

Saya juga berharap, kita semua akan keep in touch.
Tak perlu call/sms setiap hari
Tak perlu like/comment status fb setiap hari
Tapi, kalau makan nasik minyak tu jemput lah saya
Kalau buat gathering ajak lah saya sekali (yang penting ajak, pergi ke tak tu soal nombor 2 :P)
Kalau datang Bachok tak bagitahu siaplah! (Fitri et. al, 2010) :P


****************


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi buat tag tertiba-tiba itu :D


****************


Will be leaving very early tomorrow morning (it's 4.26 a.m now, very soon i guess)
Thanks all, for the memories, for everything..
You know I love you, <3

Baca selanjutnya...

Friday, December 10, 2010

Beberapa perkara terakhir..

1. Maple

08.12.2010
11 pm

Peserta: Muhibbah, Shahilia, Rosniza, Aimi, Syafiqin, Ainul, Safiah, Kak Suliana dan Amizah


Semua perserta. Sabar tunggu order.


(roti bakar telur manis) rbtm cheese. 


Megi goreng. Kak su dah tak sabar dah tu..


Aney. Ada orang panggil aney "Bang, nak order". Aney la, aney! haha :P


Licin. Yes, berjaya crop aney dari camera!


Roti tisu. Hidangan terakhir. Pinggan bersusun-susun. Wah, kalau makan...~



to be continued (mungkin) :P
Baca selanjutnya...

Komplikasi selesai...

Alhamdulillah, berkat doa semua orang, hardbound berjaya disubmit hari ni..
Tapi tak submit dekat Dr. K, submit dekat Dr. M je..

Rasa macam nak melompat bila dengar perkhabaran dari seorang kawan mengatakan tak payah submit dekat Dr. K, tapi submit dekat Dr. M. Dan Dr. M sign on behalf of my SV, Dr. A. Alhamdulillah, dipermudahkan :)

Tapi sayang, gambar hardbound lupa nak snap. Tak apalah, dah snap dalam hati dan kotak fikiran. Ececeh. Tapi tak faham kenapa berfikir dalam kotak. Haha. Abaikan :P

Clearance dah selesai.
Hardbound dah selesai.
Tinggal packing je ni..

Bila entah nak packing. Malam nanti sempat lagi kot.. Petang ni nak enjoy sket, jalan-jalan dengan kawan-kawan; sebagai masih seorang student (yang sudah grad unofficially).

Tapi ralat la dah nak abes, esok dah nak balik tapi sepanjang 5 tahun kat utp tak pernah pergi Cameron Highlands. Ye lah, bukan ada apa sangat pun kat sana (menurut mereka yang pernah pergi) tapi.. hello, Cameron tu kat situ je pon~ apsal tak pernah pegi? Big L. Hahaha :P

Kalau petang ni pergi cameron, sempat pulang tak sebelum abah sampai pagi esok? Haha. Tak payah buat kerja gila. Lagi pun bukan ada orang nak bawak pon T_T Amizah Azid, L!
Baca selanjutnya...

Thursday, December 9, 2010

Sedikit komplikasi

Hardbound trip 8hb. Dijangka siap tengah hari 10hb. Esok 10hb. Berdebar-debar tunggu untuk jumpa Dr. K. Auww, Dr. K! ;)

Sedikit komplikasi. My SV on leave esok. Great!
I tak amek sign SV lagi untuk certification of approval. Great kuasa dua!

Dr. K available before 3 pm, after 3, he chow. Habeslah kalau tak sempat submit hardbound before that. Great Kuasa 3? No No No.

In case tak dapat submit hardboud esok before 3 p.m, kena tunggu 16hb which means a longer stay at utp. Ini tidak great langsung ok! Kena tunggu 16hb sebab Dr. K will be away on 13th, 14th and 15th. Tak great OK, tak great.

Kawan-kawan, marilah sama-sama berdoa semoga semuanya dipermudahkan esok. Mudah-mudahan Dr. K berlembut hati approve hardbound kita semua esok. Janganlah di reject walau sebijik. Mudah-mudahan hardbound Amizah Azid berjaya disubmit dengan gemilangnya esok sebelum pukul 3 petang. Harap-harap Dr. K tak banyak soal hardbound aku tak ada sign SV. Tolonglah approve, please..?

Ya Allah, permudahkanlah. Amiin.
Baca selanjutnya...

Setelah 5 tahun...











Keep in Touch!


Gambar-gambar credit kpd tuan punya. 
mr.dob, farid, pitpin.
Thanks. Hehe :)
Baca selanjutnya...

Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, FYP Final Presentation sudah habes. Sangat lega. Walaupun sebenarnya saya kurang berperasaan pada hari 6 dec tersebut. Semacam sahaja rasa, lebih kepada kurang sihat sebenarnya. Mengah. Sikit-sikit mengah. Cepat penat. Adui seksa jugaklah perasaan tersebut. Tapi saya gagahkan diri ke building 5 untuk present. Pergi semata-mata untuk present. Orang tegur pun layan ala kadar je. Senyum macam tak senyum. Nasib baik present bukan ala kadar, cuba jugak buat yang terbaik dan termampu dengan kesihatan yang kurang menyeronokkan itu.

Tapi saya sebenarnya tak berpuas hati sangat dengan mutu presentation saya.  Walaupun sebelum saya start presentation, one of the examiner suggest me to publish a journal about my FYP. Interesting katanya, boleh dikomersilkan. Tapi saya tak pulak rasa happy. Bukankah itu satu compliment? Tak start presentation lagi tapi sudah disuggest untuk publish journal. Because I'm not into eat it. Catalyst is not my food obsession. Presentation saya biasa-biasa je (tapi bukan ala kadar), walaupun sudah diberi compliment awal-awal lagi. I bet mesti examiner tu down bila tengok presentation aku, sempat menguap lagi. Haha. Lain kali, jangan expect tinggi-tinggi boleh tak? Belum apa-apa lagi dah suruh saya publish journal. Tahu tak, saya tak makan catalyst.. saya makan nasik je. Tak ada kaitan, abaikan :P Tapi internal examiner tu macam handsomelah jugak kan? Kan? :P

Project tu memang bagus, tapi saya tak cukup minat. Tapi saya risau jugak dengan satu tabiat saya ni, accomplish what you have started. Risau la jugak kan kot-kot tahun depan saya datang lagi utp buat masters sambung project fyp, siapa tahu. Semangat sangat tu apsal, kata tak minat? Haha. Tapi kadang-kadang curious jugak nak tahu kesudahan catalyst yang saya buat tu. Ish, tak boleh jadi. Stop fikir pasal catalyst tersebut, aku tak makan catalyst tapi aku makan nasik! Tapi kan, kalau ada pangkat DR ke PROF ke best jugak kan? Sure abah bangga gila dengan aku. "Anak aku professor!" mungkin itulah kata-kata yang bakal abah bagitahu semua orang kampung suatu hari nanti (yang kurang pasti).

Errr. Baiklah, kembali ke utp pada 7 dec 2010.

Alhamdulillah (lagi sekali), final dissertation pun sudah siap print dan sudah dihantar untuk hardbound kaler dark green pada malam tadi sebelum keluar dinner. Seharian tak makan buat report dengan penuh keihklasan, walaupun kadang-kadang mengeluh kemalasan. Seharian jugak tak mandi sebab buat report dengan sangat cekal. Nasib baik lah mendung seharian, kalau tidak haruslah badan berpeluh-peluh dan kegatalan. Maka dengan ini saya mengisytiharkan diri sendiri sebagai sangat tabah.

Mana tak tabahnya, badan kurang sihat tapi lagi bersuka hati tak makan dan tak mandi, lagi la longlai jadinya. Jari dan hati je yang tak longlai, gigih edit betulkan repot. Kerja edit-mengedit ni memanglah leceh. Nampak macam sikit nak betulkan tapi suntuk jugak seharian mengadap laptop, sejak petang 6 dec lagi. See, gigih. Balik present terus semangat nak betulkan report. Kegigihan ini haruslah dirakam dalam blog supaya nanti boleh jadi pembakar semangat tatkala sangat malas dengan hidup. Saya ni, entah bila mahu rajin. It's OK amizah, tak rajin tidak mengapa, asalkan gigih. Bukankah gigih itu lebih cool? Haha :P

Mengikut perjanjian dengan si tukang hardbound, dissertation yang siap di hardbound insyaAllah akan dapat pada tengah hari 10 dec nanti. Saya sangat berharap mereka si tukang hardbound menepati janji kerana saya perlu submit dissertation tersebut by hook or by crook on that day jugak. Sebab esoknya pagi-pagi lagi saya nak balik rumah for good. Yeay tak sabar! My dad akan datang amek seperti yang digembar-gemburkan dalam entry terdahulu. Sangat excited! Dengan adanya abah sebagai driver, maka bahagia dan tenteramlah jiwa saya sebagai penumpang tempat duduk belakang :D

Menurut planning abah, abah dan ma (mungkin abah dan ma sahaja) akan bertolak dari rumah sewaktu dinihari atau sebelum subuh atau mungkin pukul 3 atau 4 pagi sabtu tersebut (11 dec) dan akan sampai di utp dalam pukul 9 atau 10 pagi. Setelah angkut punggah semua harta kepunyaan saya ke dalam kereta abah, maka kami akan bertolak pulang ke kelantan. Mungkin lah juga akan singgah di beberapa perhentian untuk makan dan solat, atau shopping di Rantau Panjang mungkin, depends on mood and money. Haha :p

Sekarang, saya mengantuk. Oh, ya! Lupa pula. Tadi baju tengah laundry secara bersendirian di dalam mesin basuh di ground floor block G. Maka sebelum tidur baju tersebut harus dipungut dan .... lipat esoklah!

Selamat malam semua orang! Mimpi indah :)
Baca selanjutnya...

Sunday, December 5, 2010

Dedicated for Chemejan06




To Chemejan06;
I dedicate lagu ni untuk you all!

with love,
Amizah Azid ;)



***************


Sebenarnya, tak tahu pun kewujudan lagu ni.. pagi-pagi tadi ternampak dekat facebook, Saiful Sofian dedicate untuk Chemejan06. Sebagai warga Chemejan06, haruslah saya klik play. So touching and I cried. Sobss.

Semalam family day Chemejan06. Best gila!
Berseronok secara tidak keterlaluan atas beberapa sebab seperti di bawah:

1. Family Day di Teluk Batik.
Ingat tak peristiwa serangan obor-obor awal tahun lepas? Seriously night mare. Tak pernah jejak Teluk Batik dah sejak kejadian ngeri tersebut. Tetapi disebabkan Chemejan06, saya rela ke Teluk Batik lagi. And I had so much fun with you all (Thanks organizer dan warga Chemejan06 yang menjayakan family day yg awesome tersebut. Love you!). Walaupun ada juga terserempak dengan obor-obor. Nasib baik itu bangkai. Kalau bernyawa, I run away. Mungkin jugak histeria, siapa tahu. Tapi alhamdulillah, saya kuat semangat :)

2. Saya belum present.
Esoklah hari yang ditunggu-tunggu. Semalam tak boleh nak all out masa family day sebab dalam kepala asyik teringat-ingat slides tak siap lagi. Tahu tak, saya cepat cuak..? Tak boleh nak buat-buat lupa walaupun sekejap. Macam masa intern dulu, orang lain yang nak present, saya yang dulu cuak padahal masa tu, turn saya present lambat lagi, dalam 2 minggu lagi. But it's OK friends, cuak menjana progress. HAHA. Balik je family day terus sambung buat slides. See, cuak menjana progress :P

3. Hujan.
Walaupun saya suka hujan tapi saya tak suka kena hujan. Dipengaruhi oleh sebab nombor 2, saya tak suka kena hujan, bermula semalam. Sebab, saya sangat risau kalau-kalau saya demam sebab saya tak present lagi! Kalau dah present, memang seronok la main hujan semalam, sebab saya mana pernah takut hujan. Haha :p Walaupun sebenarnya bukan lebat pun hujannya tapi sebab saya tak present lagi, maka hujan jadi sebab. Banyaknya perkataan sebab dalam entry ni. Haha :P

Tapi, seriously i enjoyed Chemejan06 Family Day. Tak tahu bila akan bergembira seperti ini lagi. I heart Chemejan06! Walaupun ada 3 sebab di atas, itu adalah minor. Majornya kamu semua! Thanks all yang menjayakan, especially organizers.

Till we meet again <3
Baca selanjutnya...

Wednesday, December 1, 2010

Kawan-kawan, please..?

Siriusli bosan sampai terpengsan-pengsan.

Tunggu 6 Dec 2010 macam tunggu bulan jatuh ke riba. Eceh. Over taw :P

6 Dec, datang cepat boleh tak?
Dah tak sabar nak menggoreng nampak~ Haha :PP

Sebenarnya, 6 Dec 2010 tu ada FYP final presentation. Walaupun tak ada penemuan baru yang berlaku sepanjang setahun aku duk pulun (pulun lah sangat) buat FYP, tapi aku memang tak sabar gila nak habiskan degree aku kat utp nih. Dah ramai yg dah abes dan ramai jugak yang dah balik tapi ramai jugak yang tak balik lagi sebab tunggu aku sebab tak habis exam lagi (Haha) dan juga sebab nak habiskan sisa-sisa masa yang ada dengan kawan-kawan tercinta tersayang sebelum masing-masing bawak haluan sendiri kelak.

Sobsss. Tiba-tiba tersedih :( :(

Siriusli, dah nak abes?

Walaupun perasaan ini best, tapi, sebenarnya, (dot dot dot)
Apa kata sambung sendiri di entry masing-masing?
Kawan-kawan, please..?
Hehe :)

I tag semua kawan yang dah/bakal grad. Tiba-tiba terbuat tag. Haha.
Kawan-kawan, please..? Please..?
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...