Pakar Cantik: April 2011

Friday, April 29, 2011

Saya malas packing

Pagi esok akan bergerak ke Paka untuk menjalani satu lagi fasa baru dalam hidup. Fasa baru di mana semua anggur dari ladang telah habis didagangkan (eceh!). Setelah berpenat-lelah membanting tulang empat kerat seorang diri selama hampir 5 bulan, akhirnya saya berjaya menemui seorang pedagang yang baik hati lagi budiman serta bijaksana malahan handsome lagi, yang sudi membeli anggur dari ladang saya. Terima kasih saudagar budiman kerana mempercayai ketereran saya membanting tulang @#&^*&*%^#@! 

OK lah, dah tak mahu main-main dah. Kena jadi dewasa, atau sekurang-kurangnya berpura-pura atau berlagak dewasa. Ye lah, dah 23 tahun kan umurnya.. eh, baru 23 lah! :P

Seseorang, tolong saya packing please! Saya malas gila nak packing ni. Mungkin sebab sedih nak tinggalkan rumah dan family serta kambing peliharaan. Saya akan rindu semua orang (termasuk kambing) terribly sepanjang pemergian saya ke Paka. 5 bulan cuti bukan sekejap tahu..? 

Paling tak boleh lupa keakraban saya dengan Ma. Ma dan saya sama-sama comel. After breakfast sepatutnya kemas rumah tapi kami sepakat tengok TV secara berdating di ruang tamu. Tengok cerita indon, Kejora dan Bintang di Astro Ria pukul 10.30 pagi, siaran ulangan semalam punya. Sebab setiap episod baru ke udara pada pukul 6.30 petang.. 6.30 petang adalah slot saya bersama Ma dan Abah sembang petang. 

Saya suka slot dengan Abah sebab banyak motivasi. Abah pernah cakap dia ada bakat jadi lecturer tapi dia tak nak, dia suka jadi tukang kebun. Rumah Abah penuh tumbuh-tumbuhan. Ada pokok bunga, ada pokok jambu batu, ada pokok jambu mawar, ada pokok mangga, ada pokok delima, ada pokok macam-macam. Bukan setakat rumah ada taman, dalam hati pon penuh taman ;P

Saya dah rasa sebati sangat dengan suasana 5 bulan ni. Dah sebati kena bebel dengan Ma dan Abah sebab selalu gaduh dengan budak kecik si adik bongsu. Kalau tak gaduh dengan adik bongsu, dengan siapa lagi aku nak bermanja? Konon~ Haha ;P Juga sudah sebati kena bebel dengan Ma sebab liat nak bawak kambing keluar makan angin rumput serta bawak kambing masuk kandang. Lama-lama dah jadi sebati tiap-tiap pagi pergi kandang kambing.

Hidup yang sangat heaven macam ni, siapa yang tak akan rindu? Saya paling rindukan zaman sekolah berbanding zaman universiti. Yelah, saya dah tinggalkan sekolah 5 tahun, tinggalkan universiti baru 5 bulan. 5 tahun 5 bulan, macam tajuk novel lah pula. Pernah baca 5 tahun 5 bulan by Hlovate? Best gila okay, rugi betul kalau tak baca :P

Tengok Royal Wedding tadi, teringin pula nak pergi sana. Saya pernah berangan dengan kawan baik masa di universiti, nak sambung belajar kat sana. Saya positif angan-angan tu akan jadi kenyataan. Amiin :) Tapi saya tak pernah pulak berangan nak kawen dengan putera raja. Mungkin boleh start berangan sekarang kot :P

Baiklah, saya kena paksa diri packing sekarang. Kalau dilayan perasaan malas ni, alamatnya kelam kabut lah esok.

Have a wonderful weekend everyone! 


P/S: Entry ni secara tak langsung menjelaskan perihal pengumuman penting dalam previous entry ;)


Baca selanjutnya...

Wednesday, April 13, 2011

Cakap dalam hati..

.. I sudah penat!

Somehow, I rasa it's not proper to spill it out here. No. Not here.

Dah tu, apa guna ada benda alah ni?

Mind you, this is not a diary. Btw, apa maksud diary/diari? Orang guna diari untuk apa ye? Meluah perasaan ek..? Catat aktiviti harian? Eh, tak tahu apa guna diari tiba-tiba nak claim ini bukan diari. Haha poyo!

Baiklah, ini mungkin diari.

Tapi bagi saya, ini tempat merepek merapu segala. Tempat kongsi cerita, bukan kongsi masalah. Dan apa yang terkandung dalam ni bukanlah fakta semata-mata, kerana banyak penyedap cerita. Kan tempat kongsi cerita.. haruslah ada perencah kasi rasa kaw punye! Padahal hampeh je cerita dalam ni. Perencah cap ayam lah tu~ HAHA ;p

Juga tempat kongsi resipi. Resipi dalam ni bukan rekaan sains fiksyen ke ape, ni memang ada kena-mengena dengan yang hidup (ataupun sudah meninggal dunia) that means, the recipes are real. Silalah cuba, insyaAllah tak menyesal. Kalau tak percaya boleh tanya Aimi. Eh tiba-tiba keluar nama Aimi apasal? At least I buat Aimi tersenyum hari ni.. tak gitu Aimi? *peace!*

Eh, terlanjur taip perencah dan resepi ni.. I nak cerita lah, I suka betul lah dengan rancangan TV3 '5Rencah 5Rasa' setiap Selasa 10 pagi tu. I dari kecik lagi memang minat tengok rancangan masakan. Tengok je lah kan.. cubanya tak. Resipi yang dia ajar kat TV sirius nampak senang dan sedap. Nampak je lah kan, rasanya I manalah tahu sebab I tak cuba pon. Haha. Sher (chef aka pengacara) siriusly handsome. Mak aiii. Bestnya dapat husband handsome dan pandai masak macam ni. I caer, U! Suka sangat tengok dia masak. Agak-agak kalau tengok I masak ada orang caer tak? Haha. Aku masak macam katun je agaknya. Kanak-kanak sure suka tengok. HAHA.

Oh ya! I dah mendaftar sebagai pengundi. I semangat nak pergi daftar tadi tapi malangnya Akak kat kaunter tu cakap nama I dah didaftarkan. Suka hati je kan sape-sape yang rajin tu tolong daftarkan untuk I. Lain kali, kalau tolong daftarkan, tolong lah inform I.. hantar SMS ke, email ke, surat ke.. cakap nama awak dah didaftarkan sebagai pemilih/pengundi. Mana entah dia ambik nombor kad pengenalan dengan alamat rumah I. Haish. Stalker kelas 1 betol. Haha ;p Membazir je minyak kereta I taw pergi mendaftar mengundi tadi. Haish! Setelah 4 bulan grad, I sangat menghargai duit OK! Fuhh. Perit Tuhan sahaja yang tahu.

Saya ada pengumuman penting nak letak kat sini sebenarnya.. tapi next entry lah I letak.

And oh ya! KLCC = keropok lekor cicah colek. Colek tahu colek? Sos keropok lekor atau dipanggil juga pencicah. Teka-teki terjawab, smile! :)
Baca selanjutnya...

Tuesday, April 12, 2011

KLCC itu apa?

Bosan betul.

Malam-malam macam-macam mengidam.
1. Donat (Big Apple)
2. Coklat (Cadburry)
3. Aiskrim (Apsal entah takleh nak recall cap aiskrim yang best tu)
4. Cheesecake (home-made)
5. Blogging (blogspot)

Eh, tiba-tiba dah malas nk blogging. Lain kali la I jumpa uols, k.

Hmm jap jap. Uols ni.. teka-teki hari tu tak jawab pon.. Semua pakat jawab dalam hati la kot kan..? Oooo.. tak berani jawab la ye :P Baiklah Uols, I bagi jawapannya. Sedih betul I teka-teki I tak mendapat sambutan. T_T HAHA.

The teka-teki was:

4 ekor kerbau masuk kubang.
Dah penat berkubang, seekor kerbau naik.
Soalannya, berapa dalam kubang?


Jawapan: Manalah I tahu berapa dalam (kedalaman) kubang tu.. kuikuikui :p

Ni ada satu lagi teka teki. Adik bongsu I bagi. Dia tanya, KLCC tu apa? Dia maksudkan KLCC stands for what? Senang je kan? Macam tak perlu buat teka-teki pun boleh. Budak darjah satu pun tahu ni.. Uols takkan lah tak tahu kan..? Haa. Apa lagi, jawablah! :P

Malam pun dah lewat, I pun dah mengantuk ni.. Selamat malam semua. Mimpi indah!


P/S: Jangan mimpi I, nanti nightmare. HAHA.
Baca selanjutnya...

Friday, April 8, 2011

Kerbau berkubang dalam lumpur?

I ada a few stories yang nak share dengan uolls kat sini. Tapi I macam malas nak buat karangan. Karangan I masa sekolah kan teruk. Tak pernah improve pon walaupun 5 tahun belajar kat UTP. Macam tak ada kaitan 5 tahun belajar kat UTP dengan improve karangan sebab mana ada belajar buat karangan pun kan kat UTP..? Ke ada? Kalau ada, memanglah aku tak minat karangan sampai tak sedar belajar buat karangan kat UTP. HAHA. 

Eh, report bukan karangan tau! Itu laporan ;p

Jadi I tinggalkan uolls dengan sebuah teka-teki. Kalau berani jawablah. Kalau tak berani jawab dalam hati je.
4 ekor kerbau masuk kubang. (Btw, tahu tak kubang tu apa? Ermm. Tempat kerbau berkubang lah. Harap faham ;p)
Dah penat berkubang, seekor kerbau naik (keluar dari kubang, harap faham ;pp)
Soalannya, berapa dalam kubang?

Teka-teki ni I dapat dari manager I tadi. Oh, ya! Tadi I ikut team lama I (division M) buat marketing kat daerah Tumpat. Dah dua hari I ikut diorang buat marketing jual buku; ataupun dalam bahasa ikhlas kita panggil sharing early education program for kids (in English lah of course)

Kalau guna term jual buku, macam sedih sikit lah tak dapat order (sedih banyak bila ada order tapi tiba-tiba cancel - My heart shattered into pieces so sad order cancelled - habeslah komisen aku). Tapi kalau guna bahasa ikhlas, tak dapat order pon tidak mengapa sebab: at least I shared something good (my knowledge, the quality of the products and the importance of educating children since kids) with them (teachers a.k.a parents). Diorang tak beli bukan I yang rugi, diorang lah yang rugi sebab yang tak gain benefits adalah mereka dan anak-anak mereka, bukan I dengan anak-anak I. Lagipun, I bukannya ada anak pon ;p 

Soal komisen tu tolak tepi lah, demi generasi masa depan yang berkualiti. Eceh. Tak nak kalah tu~ ;p Tapi. Ada tapi ni. Kualiti generasi masa depan bergantung kepada kualiti ibu bapa pada masa sekarang. Kualiti kadang-kadang boleh dikaitkan dengan mentaliti. Dalam kes ini, saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Err.. kes apa ya, tuan pengacara?

Fuhh. Macam panjang sahaja huraian yang bakal keluar. Sambung esok sahajalah. Boleh?

Macam tak best tinggal entry tergantung. Eh, tapi macam best jugak. OK lah kawan-kawan, kita bersurai ;p Selamat malam, mimpi indah everyone! Love ya ;)
Baca selanjutnya...

Saturday, April 2, 2011

Quick and Easy..

... and super tasty!

Ini serius, tak ada main-main langsung. Mesti percaya! ;p

OK, dengar sini semua. Saya nak sharing resipi kek yang sangat mudah dan cepat serta lazat dengan anda dear readers ;) Ini bukti I love You. Eceh. Sharing kan caring ;p

Semalam, setelah berminggu-minggu kempunan home-made cake, maka saya beranikan diri ke dapur untuk baking. Kek coklat memang awal-awal saya tolak tepi sebab family saya kurang gemar ditambah pulak dengan sebab tak ada stok serbuk koko kat dapur (memang tak pernah ada stok pon padahal). Haha ;p

So here we go, Kek Lemon Lemak Manis. Eceh, bagi nama tak tahan~

Bahan-bahan:
1. 1 3/4 cawan tepung gandum (naik sendiri - diayak)
2. 1 cawan marjerin
3. 1 cawan gula
4. 4 biji telur (gred A)
5. 1 sudu (makan) susu pekat manis (nak bagi rasa lemak-lemak manis)
6. 1 sudu (makan) perasa pandan (kalau tak ada, letak esen vanila. kalau dua-dua tak ada pun tak apa)
7. 3-4 sudu (makan) Sunquick perisa lemon (kalau tak ada perisa lemon pon OK, boleh ganti dengan perisa lain.. tapi nama kek kena tukar la ;p)

Note: 5-7 saya agak-agak je ikut perasaan (instinct) :p

Cara-cara:
1. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang. Saya pukul pakai tangan sendiri guna senduk kayu sebab saya dah tak percaya dengan mesin pemukul. Mungkin sebab mesin pemukul tersebut kek saya tak jadi hari tu.. (refer this entry)

2. Setelah agak-agak tangan dah nak timbul muscle berketul-ketul, boleh lah masukkan sebiji telur. Tapi sebelum tu pastikan megi saya sudah kembang #$@%$%^# adunan marjerin+gula itu sudah kembang. Kalau tak kembang, mungkin tak jadi kek, jadi kuih beke pulak kang~ meranalah sape-sape yang kempunan nak makan kek nanti. Haha ;p

3. Pukul adunan tersebut. Setelah agak-agak adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Selang-selikan dengan sebiji telur sehingga kedua-dua telur dan tepung habis.

4. Kemudian, masukkan susu pekat manis, perasa pandan dan Sunquick lemon.

5. Pukul lagi. Agak-agak semua dah bersatu, bolehlah dituangkan ke dalam loyang.

6. Bakar pada suhu 180 degree C selama lebih kurang 40 minit atau sampai masak. Cara nak confirmkan kek dah masak ialah dengan mencucuk lidi kat tengah-tengah kek. Kalau kek dah masak, lidi tu bersih bila dikeluarkan. Kalau ada sisa kek, tak masak lagi la tu. Tunggu la sampai masak ye baru keluarkan dari oven ;p

Note: Haruslah diingati, ketuhar/oven perlu dipanaskan dulu selama lebih kurang 10 minit sebelum membakar kek.


Sebenarnya, saya agak nervous semalam. Takut-takut lah tak jadi kek. Kalau jadi beke lagi sekali, memang tobat tak mahu baking dah. Haha ;p Walaupun semalam adalah April Fool, adunan kek saya tak meragam untuk prank saya. Malah, it turn out so lovely jadi kek yang gebu dan super tasty. Serius I tell you! Sebijik kek dah habis dalam masa tak sampai 24 jam. Sekejap-sekejap ke dapur. Sekejap-sekejap makan kek. Gembira sangat-sangat tengok semua orang makan kek dengan bersungguh-sungguh. Ye lah kan, kalau kek tak jadi selow la sikit pace ke dapur ;p

Err. Saya bukanlah nak gebang saya terer buat kek ke apa. I'm just too excited after 2 failures -_-". After all, sharing is happiness ;) Jom sama-sama baking untuk orang tersayang selagi diberi peluang dan waktu. Life's too short, remember?

Btw, saya dah habis baca Remember Me?. Berbaloi beli buku, habis jugak aku baca ;)

P/s: tak ada gambar sebab saya tak ada kamera. gambar capture dalam hati je ;p dan dalam perut juga ;pp
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...