Kerja senang ganjaran tinggi :)

As salam semua orang :)


Apa khabar kamu orang semua? Harap-harap kamu semua orang sihat dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.. Saya alhamdulillah sihat. Syukur dengan nikmat kurniaan Tuhan yang Maha Pemurah :) Alhamdulillah.

Sebelum mengorak langkah lebih jauh, saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat dari ceramah seorang ustaz. Ustaz Azhar Idrus kalau tak silap saya nama dia. 

Ceritanya begini: setiap pagi (hari bekerja) pada pukul 8 pagi, kami semua (staff) wajib menghadiri perhimpunan pagi (tool box briefing). Dalam perhimpunan pagi tu kami akan sama-sama mengaminkan doa supaya murah rezeki dan disatukan hati-hati pekerja untuk memajukan syarikat. Selain itu juga, kami akan diperdengarkan kaset ceramah dari Ustaz Azhar Idrus tersebut. 

Saya suka perhimpunan pagi sebab: 
1) setiap hari dimulakan dengan doa, yang mana menambah keberkatan dalam setiap urusan di tempat kerja
2) ada ceramah pendek yang sedikit sebanyak memberi peringatan kepada manusia yang mudah lupa ini (saya lah). 

Antara banyak-banyak ceramah yang saya dengar sepanjang 3 minggu saya berada di syarikat tersebut, yang ini (yang bakal saya ceritakan nanti) adalah yang paling meninggalkan kesan dalam hati saya. 

Manusia jarang bersyukur. Nak sebut Alhamdulillah pun susah, padahal it takes only 1 second to say Alhamdulillah. Betul tak? Ustaz Azhar tu cakap (yang mana kalau kita fikir-fikir, memang betul pon), tak ada satu pun syarikat yang nak menggaji pekerja dia dengan harga tinggi untuk kerja yang senang gila. Tapi Tuhan bagi gaji (reward) yang sangat tinggi untuk kerja yang senang gila (sesenang mengucapkan Alhamdulillah) dengan menghadiahkan mahligai untuk kita di akhirat kelak. Mahligai kalau kita compare dengan benda kat atas dunia ni (konon-konon) ialah banglo atau istana yang nilainya berjuta-juta. Nampak tak, kerja satu saat je dapat istana bernilai juta-juta. Kenapa Tuhan nak bagi gaji tinggi untuk kerja senang? Sebab dia kaya. Tuhan Maha Kaya. Itu kalau compare dengan benda duniawi lah kan.. benda dekat akhirat tu manalah kita tahu macam mana rupanya. Haruslah berganda-ganda lagi tinggi nilainya. Ye tak?

Jadi, oleh itu kawan-kawan semua, marilah insafi diri. Jom bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi, selalulah ucap Alhamdulillah.. kerja senang tapi ganjaran sangat tinggi. Rugi betul kalau tak buat. 



You Might Also Like

0 komen