Go Random | Pakar Cantik

Thursday, August 25, 2011

Go Random

Random #1.
Balik kampung tomorrow morning after Subuh prayer. Will try my very best to follow speed limit. Please, jangan kena speed trap lagi. Aku kerja bukan untuk bayar saman so tolong ingat susah payah kerja siang malam mencari rezeki dan pengalaman berharga. Hargai money plis!

Random #2.
Esok balik kampung tapi tak packing lagi. Malas packing. Balik bawak diri je boleh? Dengan biskut raya. I tempah 2 jenis je biskut raya dari budak opis I, RM43. Tak exsaited sangat nak beli biskut raya sebab macam ada keinginan untuk try baking biskut raya sendiri tahun ni. Niat dah ada, tunggu sampai seru je ni. Harap-harap jadi la aku buat biskut raya.

Random #3.
Sekejap aku, sekejap I. Harap tak ada yang kisah. Sebab, "Ada aku kesah?" HAHA :P

Random #4.
Tahun ni I masih dapat duet raya. Paling banyak seumur 23 tahun I hidup. Gila kau, company bagi duet raya RM500. Eh, saya tak kata awak gila, jangan salah faham. Itu hanyalah ekspresi tak percaya dari I yang jarang2 dapat duit raya. Dan eksaited dapat advanced duit raya of cos. HAHA.

Random #5.
Tahun ni akan jadi tahun pertama I bagi duit raya. Tapi yang dah besar panjang tu jangan lah mintak duit raya dari I plis, I tak layan. Sebab I yang kecik tak panjang ni dah stop dapat duit raya sejak masuk universiti (kalau tak silap). I nak bagi duet raya kat budak2 kecik je, yang masih bersekolah. Aww so sweet bila ingat balik zaman kecik-kecik gigih beraya dari rumah ke rumah nak kumpul duit raya. Satu kampung aku jelajah. Berbaloi jelajah satu kampung bawak balik dalam RM50. Dulu-dulu orang kampung aku bagi duit raya syiling je, RM1 paling mahal lah masa tu. Berat jugaklah angkut dompet raya bawak balik rumah.

Random #6.
I buat silap dalam I punya design. Susahkan ramai orang, esp my boss. Nasib baek budak baru, dimaafkan. Nasib baek I buat salah, kalau tak, sampai bila-bila pun I tak tahu apa yang I faham tu tak betul. Thank god. Buat salah itu normal, sebab saya tak sempurna. Tak salah, tak belajar - bos hensem, 2011.

Random #7.
Masa mula-mula jadi design engineer, I hanya ikut je apa yang orang laen (engineer) biasa buat (design) - standard practice. A kata mereka, A lah saya buat. I umpama robot yang ada remote control, bertindak mengikut arahan pada butang kawalan. Biasalah, budak baru yang blur. I tak question pon why, I hanya question how. So, I tahu macam mana nak design tapi tak tahu kenapa I design macam tu. Bukankah engineer perlu tahu apa yang dia buat? Bila orang tanya kenapa, I hanya mampu jawab tak tahu. What a shame!

Random #8.
I tak adalah rasa teruk sangat bila buat salah dan jawab tak tahu kepada soalan-soalan yang I tak ada jawapan.. sebab I tahu, I'm a beginner and it's a loooonnnngggg way to go. Baby lahir bukan terus boleh berjalan. And it takes 23 years to become an engineer. Ye tak? HEHE :P

Random #9.
I must say a design engineer seorang yang sangat teliti. Susah betul nak jadi orang yang teliti. Kadang-kadang saya rasa saya dah cukup teliti (dan cerewet) tapi tahap teliti saya tu belum sampai piawai design engineer lagi. Perghh. Setiap mm (milimeter; biasa orang pakai ayat setiap inci, tapi aku pakai mm sebab mm unit lebih kecik untuk menegaskan tahap ketelitian yang tinggi :P) drawing kena check dengan teliti, semua kena betul, kena tally dengan design calculation.

Random #10.
I rasa I kena start packing sekarang. Tata people :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...