Tak sengaja konon | Pakar Cantik

Monday, August 15, 2011

Tak sengaja konon

Niat sebenar bukak laptop adalah untuk buat kerja. Tapi tiba-tiba tercucuk broadband kat USB port. Pastu secara tak semena-mena teronline facebook. Tengok notification, Pipah tag gambar semalam kat FB. Secara tak sengaja terdownload gambar lalu terupload kat blog. Tiba-tiba ada entry baru. HAHA tipu sangat~!


Bukan laptop I.
Gambar ni seakan-akan sleeping pills.
Aaaaa I ngantuk tapi kena paksa diri stay up late tonite T_______T


Gambar semalam, iftar anjuran PPT.
Makanan pergh sedap gila! (ada ke makan free tak sedap?) :P
Beberapa orang claim that I makin kurus (dan makin huduh mungkin). Setiap hari bawak muka penat balik rumah (dari ofis). Muka I jenis ikhlas tak reti tipu. Macam nak ambik kursus fake muka atau perasaan (kalau ada). Tolong jangan ikhlas sangat boleh tak? Senang sangat orang nak detect, tak ada privacy (bukankah detection itu sejenis caring?)

But sometimes, I kena berlagak cool. Sebab I engineer dan budak (ex) UTP. Nama UTP I tak tinggal kat Tronoh, I bawak sekali mana-mana I pergi. Biasalah, orang expect tinggi dari produk UTP, kena meet expectation. Takkanlah nak jadi out of spec punya product, ye tak? Take that as a challenge. My boss once said to me, "Saya tahu awak boleh buat, sebab saya boleh buat". He can, takkanlah I cannot, I mesti can punya :P Best betul dapat bos macam ni. Baik lagi helpful serta handsome. Hari-hari mengadap bos pon tak apa (Tolonglah jangan ada orang opis baca) HAHA :P


P/S: Please, jangan kata I kurus sebab kerja kuat (walaupun I workaholic), I segan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...