Beach after work



And Hello friends!
I just reached home from work. Excited kan balik je terus nak update blog. Wah giteww semangat ko Maria! Eh sejak bila tukar nama? HAHA.

I macam seteress sebab my design asyik fail saja. Geram betul. Dah penat otak I fikir macam mana nak bagi design tak fail. Maksudnya nak bagi design pass lah. Lagipun, tak fail maksudnya pass. HAHA jangan marah nanti cepat tua.

Lantaran itu I bergegas membawa diri ke pantai untuk menenangkan otak yang berselirat dek design yang fail itu (maksud I selepas pukul 5 lah). Trust me, pantai can be the best cure for stress. I used to eat (chocolate) a lot when I stressed. Lucky me, working in Terengganu yang penuh pantai memang senang gila nak release stress secara murah dah sihat. Please don't be jealous yah! Hihihi :p

I ada snap beberapa gambar kat pantai tadi. Aneh betul, I beli kamera tu special for my convocation. OK, tak aneh pun. Yang anehnya bila I lupa nak bawak charger bateri kamera itu pergi convo tempoh hari. And kamera tu tak dapat menunaikan tanggungjawabnya yang sebenar during my convocation day. Betapa losernya I rasa pada hari itu. Sangat loser OK, orang sekeliling bergambar bagai nak rak tapi my family and I hanya mampu pandang je. Tak ada sekeping pon gambar kami kat chancellor complex berlatar belakangkan ribuan manusia bermuka happy. SS - Serius sedih! 

Ingat nak menumpang kamera sape2, tapi at that time takde sape2 pon yang dikenali berdekatan. Actually, bateri tu sempat je lagi kalau nak tangkap gambar sekeping dua masa tu tapi kamera I pulak takde kat tangan, ada dalam jagaan seseorang. Yalah kan, masuk hall kan bawak diri je. Rugi betul tak pegang je my handbag masa beratur sebelum masuk hall. Padahal I memang niat nak bawak je handbag masa beratur tu, nanti pass je la kat my brother before masuk hall tapi entah kenapa gatal sangat tangan ni nak tinggal je handbag tu dalam kereta kawan I tuh. I pon tak tahu kenapa macam tak eager sangat nak pegang kamera. Padahal tujuan asal beli kamera adalah untuk convo tapi boleh pulak buat dekk je kat kamera pada hari convo. Padahal boleh je I tinggalkan kamera kat my family malam convo tu tapi nak jugak angkut bawak balik hostel. 

Padahal boleh je itu boleh je ini bla bla bla.. Ko tak nampak ke, dah kalau memang Tuhan tak izin, memang tak jadi. Nak buat macam mana kannn, dah tak ada rezeki. Sobs :(

I know, my family was a bit upset pasal gambar. I dua kali sedih OK! It's my day kan. Nasib baik ada gambar studio tuh, tapi tak cukup gak sebab my grandmom was sick on that day. She came but somehow muntah-muntah and tak larat, stay dalam kereta je masa we all tangkap gambar. I sedih masa tu, serius sedih. She came all the way to see me receive the scroll from Tun but no picture of us (me and her) was taken. Tapi tak apalah, nak buat macam mana. Dah memang takdir kot kita tak dapat tangkap gambar complete sume orang. Tapi jangan risau, I'll always remember that you're there on that day. I know, she sanggup tunggu sampai my turn then baru she left to the car (saya cucu pertama yang convo, haruslah dia excited walau tak berapa sehat :P ).

Eh, macam lori topik pulak. Mulanya nak share gambar kat pantai tadi tapi bila sebut kamera keluar cerita sedih pulak. Aisehhh. OK, berbalik kepada cerita asal. Meh la tonton beramai-ramai..




 





Antara gambar yang sempat dirakam tempoh hari (convo):



Malas rotate. Rotate kepala anda please :P


P/S: I Love You.

You Might Also Like

0 komen