Entry tepi pantai. | Pakar Cantik

Wednesday, October 12, 2011

Entry tepi pantai.

OK, saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry yang ditaep dalam kereta yang diparking berhadapan Pantai Paka. Secara tak sengaja terpulang awal hari ni. Memang tak ada niat nak balik awal pun sebab kan dah nak convo, banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bergumbira riang ria di Tronoh nanti. Kerja semua nak cepat. Seteress tu of course lah, pakat duk kejar suruh buat cepat. Tapi nasib baek lah awok2 design seteress awal. Bagi drawing senyaplah mereka. HAHA.

Kerja yang paling tak best adalah check drawing. Design best sebab semua benda ikut kepala designer. Suka hati akulah nak buat macam mana, aku yang design, korang ikut je okayh jangan banyak soal. HAHA. Semalam  aku disedarkan oleh awok2 production bahawa drawing yang aku issue tu salah. Ayyokkk tak tahu. Down kejap sebab memang salah aku dan diorang terpaksa re-fabricate that portion yang salah. Dah la ini project gila, 10-days fabrication for 8 nos of launcher/receiver. Kalau drawing tu dah betul pun, masih 50-50 sama ada boleh siap dalam time frame ke tidak. Dah tu kena re-fabricate ni macam mana? Kita tengoklah in the end macam mana. Dear all, I'm so sorry for my silly mistake.

Hari ni pun ada lagi mistake dalam drawing, tapi ni untuk project lain la, yang tak gila sangat. Nasib baiklah mereka menyedari sebelum start fabrication. Kalau tak, abeslah kau Mizahhh. Dah la still under probation. Siap sedia carik kerja lain. HAHA :P

Oh ya, saya balik awal sebab saya moral down. Tenangkan hati tengok laut sambil taep entry yang bercirikan kerja. Bosan la life kau Mizah. Live your life plis!

OK lah, hari ni hari rabu, ada pasar malam. SMSed a friend, ajak temankan pergi jalan-jalan cuci mata kat pasar malam. Sambil cari makan. Lapar dowh, tak lunch pon tadi.. balik tdo kat rumah. Yes, memang takde life. HAHA.

Alahai nak letak tajuk apa ni? Hmmm.. OK lah, Entry tepi pantai. HAHA over tajuk entry.

*bai*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...