Doraemon pelislah! | Pakar Cantik

Sunday, December 18, 2011

Doraemon pelislah!




Antara fav pics.
Thanks photographer & FB uploader.
Juga tuan punya bunga :P

*****

Hadoiyaiiii badan penat tapi takleh tido sebab gedik minum Old Town Coffee yang berharga RM2.50 dari Stesen Minyak Shell somewhere otw to office from home sweet home pagi tadi. Serius, I kalah dengan caffein walaupun caffein bukanlah sejenis vervain dan saya juga bukanlah seorang (ke seekor?) pontianak. 

Tolong lah, pegi download the Vampire Diaries tolonglah! Lalu tonton lah bersama kawan-kawan sekepala confirm berbahagia weekend anda. Itulah sumber kebahagian weekend saya yang loser. Tak payah kasihankan saya yang loser sebab Klaus sangat charming OK. Sorry Damon, Klaus is soo irresistable. HAHA tak ada kaitan kita ke perenggan seterusnya.

Tolong ah doraemon, nak pinjam pintu suka hati. Penat ah drive jauh-jauh. Sorang-sorang pulak tuh. Penat ah penat ahhh. Tolong lah tolonglahhh. Ada tak sapa-sapa nak jadi my driver? Ada tak? Angkat tangan pelis! :P

Eisya dah kawen semalam. Close friend yang terawal kawen. Tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah, jodohnya sudah sampai. Best ah attend wedding kawan. Boleh jumpa kawan-kawan sekolah. Best ah buat reunion tak sengaja. Best ah best ah.

Oh ya. I berjaya tambah berat badan tanpa sengaja. Balik kampung pakat duk kata I sudah gemok. Padahal berisi sikit je sebab I sedang berbahagia sekarang. Makan pakai cukup, badan sihat haruslah bahagia. Bertambah-tambah sihat la jadinya (Alhamdulillah). I tak kisah pun berisi sikit (konon) sebab mereka kata cun. HAHA I pon kompius adakah I kerempeng macam kena anorexia sebelum ini. Mungkin ada sedikit ciri anorexia, sebab tu dulu pakat duk kata I kerja kuat sampai badan kurus. Ah benci betol jadi workaholic.

Lagi benci betol bila ada orang kata kat aku "bayar gaji ssaje ah ke mu tak reti buat kerja". Walaupun mungkin dia bergurau, pelis lah akak, ayat tu tak sesuai jadi ayat gurauan (sebab I workaholic); tu ayat menyakitkan hati dan berpotensi jadi pemangkin dendam. Tolonglah adik, jangan simpan dendam nanti hati tak senang. Point utama hidup kita adalah hati senang. 

Root cause adalah hati, ingat? Tidak mengapa kalau orang lain tak pandai jaga hati kita, asalkan kita pandai jaga hati sendiri. Janganlah ambik hati dengan  gurauan kasar akak tu ye. Plis, jaga hati.

Tiba-tiba diserang mengantuk yang melampau-lampau. Perlu tidur sekarang walaupun tak tahu nak pakai baju mana pergi kerja esok. Tolonglah pagi esok jangan stress pilih baju. Pilih baju lagi lama dari iron baju. Buang masa betol. Sebab tu la selalu lambat sampai opis. Hadeh; tolonglah berubah demi Malaysia yang lebih gemilang. Eh mana entah hilang mengantuk tadi.

Sudah-sudahlah. Pergi tidur. Eh rumet aku tak abes-abes ngan compressor dia. Asek-asek compressor dari tadi. Jangan nanti mengigau compressor dah la ye. Jom jom tidur.  

2 comments:

  1. hoiittt.. memang aku mimpi compressor ye smlm... huhu...

    -rumet mu-

    ReplyDelete
  2. HAHA nice. tak sangka mu baca. kehkeh :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...