Hilang | Pakar Cantik

Friday, July 13, 2012

Hilang

Hai blog. Lama tak menaip. Rindu!
Lama tak menaip sebab penulis penaip hilang. Jasad ada, masih bernyawa; jangan risau. Yang hilang hanyalah 9/10 jiwa. Yang tinggal bersama jasad ini cuma 1/10 jiwa. Mana hilangnya 9/10 jiwa? Juwita hilang pun I tak tahu ke mana, inikan pula jiwa sendiri. Walaupun macam sedang merapik, ketahuilah rapikan ini bermaksud. Bukan saja-saja I merapik.
I penat berperang dengan 1/10 jiwa yang masih tinggal. I tak cukup kuat, banyak kali I tewas.
I sebenarnya sedang parah. Terkial-kial rawat jiwa. Meraba-raba mencari baki 9 lagi bahagian yang hilang.
Yang tinggal, jangan pergi. Yang hilang, kembalilah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...