Cool la sangat! | Pakar Cantik

Saturday, September 1, 2012

Cool la sangat!

(Eceh. Cool lah sangattt!)

Nak dipendekkan cerita (intro pon dah nak pendek nampak sangat pemalas), ada seorang gadis cool pergi open house sorang-sorang. HAHA kisah ni kena record dalam blog sebab ini pencapaian terbaik beliau sebagai gadis cool.

Awal-awal lagi beliau dah janji nak pergi dengan sorang kawan tapi last minit kensel. Sebab beliau sangat emosi terhadap tindakan kawan tersebut, maka keluarlah status facebook yang berbunyi: Kalau rasa tak boleh, jangan janji. Aku allergic tahu tak? Wah, bold tu. Emosi sangat kau jahhh! Jangan dibuat main dengan orang allergic, kesian dia tauu. Walaupun cool, allergic tetap allergic. HAHA.

Sebab taknak pergi sorang-sorang, habis nombor telepon kenalan berdekatan yang didail/ mesej/ wassap untuk diajak sebagai teman. Tapi nasib tak menyebelahi beliau semua orang taknak pergi/ ada hal/ dll (dan lain-lain). Dah otw ke rumah dituju pun sempat lagi telepon mengharapkan belas kasihan kawan. HAHA kesian sangat ko jahh! Tapi apakan daya, mungkin dah tersurat beliau kena pergi sorang-sorang, maka beliau pasrah.Sorang-sorang lah ko jahh, macam biasa ;p

Sampai je destinasi, tuan rumah tanya, kenapa lewat sangat sampai?
Beliau dengan selamba jawab: "Saya dari pagi lagi duk fikir-fikir nak datang ke tak, sebab tu lewat. Nasib baik jugak lah sampai ni". Jujur sangat kau jahhh! Next time cover line sket. Dah la itu rumah bos. Behave, behave! :P

Sebab beliau pergi sorang-sorang, mana-mana yang kenal sebuk tanya: Sorang ke? Haish stress nak makan pon tak senang. Tahulah you all pergi ngan family bawak anak bini. Grrrr! Takpe, next year beliau datang berdua. Tengoklah nanti~ haha! ;p

Maka tamat sudah cerita beliau.

Dan aku pon nak pergi tido. Semoga impian beliau untuk berdua menghadiri open house tahun depan akan menjadi kenyataan. Amiin :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...