Perihal panas | Pakar Cantik

Tuesday, April 9, 2013

Perihal panas

Cuaca sekarang fuhhh panasnya tak tertanggung. Pasang kipas siap dua bijik sekali pasang. Kalau mandi pon macam tak berbaloi sebab suhu air pili menyamai suhu bilik.

Kalau musim hujan hari tu takut nak mandi sebab sejuk sangat sampai menggigil. Selalu cakap rindu matahari; selalu tanya bila la matahari nak keluar ni...?

Sekarang rindu musim hujan pulak. Selalu cakap rindu cuaca sejuk; bila la hujan nak turun ni...?

Manusia. Susah nak bersyukur. Payah nak redha. Asyik merungut je. Panas tak kena sejuk pon tak kena.

Tapi satu advantage penting yg aku nampak dr musim panas ni ialah rumput kering sendiri so tak payah potong rumput bulan ni. HEHE.

Tapi, sebab kering sangat rumput mudah terbakar. Ada beberapa padang terbiar dan semak samun terbakar di beberapa kawasan.

Harap hujan turun.
Kesian pokok-pokok buruk warna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...