Tentang sesuatu yang tak perlu difahamkan.. | Pakar Cantik

Thursday, June 27, 2013

Tentang sesuatu yang tak perlu difahamkan..

Aku sangat kepingin menulis. Dalam minda aku ni, banyak perkara yang berlegar-legar. Mungkin sebab tiada hala tuju, maka perkara dalam minda kekal dalam minda.

Mungkin, Allah takdirkan tempat 'mereka' hanyalah dalam sana.

Mungkin, apabila dikeluarkan, 'mereka' memudaratkan.

Mungkin, Allah mahu 'tulisan minda' aku ini hanyalah untuk Dia.

Mungkin juga, menulis itu sudah bukan passion bagi aku. Entahlah.

Tapi aku rindu menulis.

Kadang-kadang, kita tak perlu faham pun. Kita hanya perlu terus melangkah. Walau langkah itu berat, perjalanan mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...