Berangan | Pakar Cantik

Thursday, September 12, 2013

Berangan

Tulisan masih berkisar berangan. Eh tapi kenapa guna perkataan berkisar? Apa kaitan kisar dengan berangan? Mahu makan buah berangan kisarkah?

Hormon banyak hari ni. Melalut-lalut ke laut. Tidak mengapa, masih belum musim tengkujuh. Musim tengkujuh bahaya ke laut. Ikan tak dapat, balik mabuk-mabuk dipukul ombak. Itu pun kalau ombak pukul. Kalau ombak terajang macam mana? Duduk dalam rumah diam-diamlah kalau dah musim tengkujuh. Eh ini cerita nelayan ke?

Ok lah. Sebab banyak hormon aku jadi suka berangan. Eh bukan suka makan buah berangan lah. Suka berangan ala-ala MJ (Mat Jenin) gitu. Tapi kenapa nak berangan macam MJ? Tak best lah nanti jatuh pokok. Sudahlah jatuh pokok, ditimpa pelepah kelapa pula. Sudahlah terjelepuk jatuh, digigit kerengga pula. Sudahlah sakit digigit kerengga, diserang tebuan pula. Apalah nasib MJ berangan sambil panjat pokok.

Ok, ini serius dah taknak main-main dah. Perlu keluar sekarang. Tapi tak jumpa cari pintu keluar. Stay la dulu barang seperenggan dua.

Seronok jugak merapu-rapu. Sebab dah lama tak merapu. Lepas gian kononnya. Heh gian lah sangat padahal pemalas.

Sekarang ni tengah hujan lebat. Line internet jadi siput bila hujan. Adakah kita sebenarnya menghampiri musim tengkujuh? Jika benar bagai dikata, jangan lah melalut-lalut ke laut. Bawak-bawaklah pulang ke darat.

Ok lah ok lah. Mari pulang. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry yang lebih bernas harapnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...