UZZ - The Journey Continues | Pakar Cantik

Tuesday, January 7, 2014

UZZ - The Journey Continues

Assalamu'alaikum w.r.t..

Bertemu lagi kita di sisa-sisa kerajinan yang agak penyegan. Sekejap ada sekejap tiada. Umpama biskut lagaknya. Kasi cicah sama kopi o baru tahu.

Baiklah, sementara masih berteman kerajinan, eloklah kiranya kita teruskan penceritaan yang tergendala sejak beberapa hari lepas.

Pada hari sabtu tersebut, kami bertiga perlu bangun awal sebab kami kena sampai di Tune Hotel sebelum pukul 7.30 pagi. Katanya pukul 7.30 pagi bas akan bertolak ke Singapura. Katanyalah.

Sebab percayakan janji Melayu, kami bangun seawal 5.30 pagi dan ambil turn mandi dan subuh dan bersiap-siap dan bertolak ke Tune Hotel. Ini adalah kali pertama buat kami bertiga, dalam hati tak henti-henti berdoa agar selamat sampai ke destinasi sebelum bas bertolak. Dengan bantuan waze (tentu sekali dengan izin Allah), kami berjaya sampai ke destinasi dengan penuh bergaya ewaahh. Maksud bergaya di sini adalah berjaya sampai di destinasi pada pukul 7.15 pagi. Alhamdulillah :)

Seterusnya, kami isi perut dengan sarapan ringan berupa roti dan milo. Beli kat 7E je sambil tunggu bas gerak. Sarapan tak termasuk dalam pakej ke UZZ ok.

Untuk ke USS, kami spent RM 200 per orang; ini merangkumi tiket masuk USS, tambang bas pergi balik, $10 voucar makan dan $5 voucar beli belah dalam USS - yang mana pada hemat saya agak berbaloi. Saya rasalah sebab ni pengalaman pertama ke USS. Kalau korang dah selalu sangat pergi USS dan dapat better deal, ehem jangan lupa share dengan I okay ;) You can drop a comment or email me at gewmiza@gmail.com

Katanya pukul 7.30 pagi nak gerak ke Singapore tapi tunggu punya tunggu pukul 8 jugak lah baru bas gerak. Dah lah pukul 8 baru gerak, kena pick up orang lagi kat 2 hotel yang berlainan. Dah lah pick up orang kat hotel, kena tunggu diorang bersiap lagi. Kemon people, kami dalam bas ni bukan kerusi dan stereng, tahu? Hormat masa kami boleh tak? Orang yang tak reti tepati masa adalah orang yang paling annoying bagi I. Be punctual, respect others' time. Bukankah I sudah bilang, masa adalah sejenis pelaburan..?

OK, cerita pelaburan bawak ke entry berikutnya, seperti biasa apabila berkerajinan.

Dear readers, please please please be punctual and respect others time, do not make others spending their precious time waiting for you, because of your bad habit. This is common sense, unless you love to foolishly waiting for late comers.

Because of the waiting scene created by irresponsible people, we depart at about 9 a.m. Sebab gerak lewat, maka jalan pun dah start jem. Nasib baik bawak roti yang dibeli di 7E tadi, bole sapu jem. HAHA. Makanya, sampai USS pon lewat lah. Kalau tak silap, sampai USS dalam pukul 11 lebih, padahal operating hours USS start pkul 10 pagi. Terima kasih la kepada mereka yang suka bersiap lambat tu, buat susah-susah je.. Kan dah rugi sejam. Sejam tu macam-macam boleh buat taw..

Sejam tu dah boleh beratur untuk satu ride. Tahu tak long queue tu apa..? Perghh lenguh kaki beratur semata-mata untuk ride 2-3 minit, atau kurang. Kemon people, time is investment!





Memandangkan ini cerita perjalanan, maka tataplah gambar kesesakan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Gambar UZZ kemudian. HAHA kejadian satu hari boleh bawak ke minggu atau bulan untuk dihabiskan. The power of words. Haha merapu la lagi~ :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...