Ibu Gojes: January 2014

Thursday, January 9, 2014

UZZ - We are here!

Assalamu'alaikum w.r.t

Setelah beberapa hari perjalanan (entry), akhirnya kita telah sampai di UZZ. Sebab malas nak taip banyak-banyak, saya sudahi entry kali ini dengan sekeping gambar kenang-kenangan yang berwarna-warni. Ni tempat wajib ambik gambar kalau ke UZZ. Selagi tak ambik gambar kat sini jangan balik. Tengok lah tu, tak pernah lengang, ada je orang.. Siap berkongsi gambar lagi dengan dua orang asing. Untunglah mak cik yang kitaorg tolong tangkapkan gambar yang tolong kitaorang tangkap gambar balik tu.. Hmmmph!

Sekian entry pemalas. Eh tetiba dah habes.

Baca selanjutnya...

Tuesday, January 7, 2014

UZZ - The Journey Continues

Assalamu'alaikum w.r.t..

Bertemu lagi kita di sisa-sisa kerajinan yang agak penyegan. Sekejap ada sekejap tiada. Umpama biskut lagaknya. Kasi cicah sama kopi o baru tahu.

Baiklah, sementara masih berteman kerajinan, eloklah kiranya kita teruskan penceritaan yang tergendala sejak beberapa hari lepas.

Pada hari sabtu tersebut, kami bertiga perlu bangun awal sebab kami kena sampai di Tune Hotel sebelum pukul 7.30 pagi. Katanya pukul 7.30 pagi bas akan bertolak ke Singapura. Katanyalah.

Sebab percayakan janji Melayu, kami bangun seawal 5.30 pagi dan ambil turn mandi dan subuh dan bersiap-siap dan bertolak ke Tune Hotel. Ini adalah kali pertama buat kami bertiga, dalam hati tak henti-henti berdoa agar selamat sampai ke destinasi sebelum bas bertolak. Dengan bantuan waze (tentu sekali dengan izin Allah), kami berjaya sampai ke destinasi dengan penuh bergaya ewaahh. Maksud bergaya di sini adalah berjaya sampai di destinasi pada pukul 7.15 pagi. Alhamdulillah :)

Seterusnya, kami isi perut dengan sarapan ringan berupa roti dan milo. Beli kat 7E je sambil tunggu bas gerak. Sarapan tak termasuk dalam pakej ke UZZ ok.

Untuk ke USS, kami spent RM 200 per orang; ini merangkumi tiket masuk USS, tambang bas pergi balik, $10 voucar makan dan $5 voucar beli belah dalam USS - yang mana pada hemat saya agak berbaloi. Saya rasalah sebab ni pengalaman pertama ke USS. Kalau korang dah selalu sangat pergi USS dan dapat better deal, ehem jangan lupa share dengan I okay ;) You can drop a comment or email me at gewmiza@gmail.com

Katanya pukul 7.30 pagi nak gerak ke Singapore tapi tunggu punya tunggu pukul 8 jugak lah baru bas gerak. Dah lah pukul 8 baru gerak, kena pick up orang lagi kat 2 hotel yang berlainan. Dah lah pick up orang kat hotel, kena tunggu diorang bersiap lagi. Kemon people, kami dalam bas ni bukan kerusi dan stereng, tahu? Hormat masa kami boleh tak? Orang yang tak reti tepati masa adalah orang yang paling annoying bagi I. Be punctual, respect others' time. Bukankah I sudah bilang, masa adalah sejenis pelaburan..?

OK, cerita pelaburan bawak ke entry berikutnya, seperti biasa apabila berkerajinan.

Dear readers, please please please be punctual and respect others time, do not make others spending their precious time waiting for you, because of your bad habit. This is common sense, unless you love to foolishly waiting for late comers.

Because of the waiting scene created by irresponsible people, we depart at about 9 a.m. Sebab gerak lewat, maka jalan pun dah start jem. Nasib baik bawak roti yang dibeli di 7E tadi, bole sapu jem. HAHA. Makanya, sampai USS pon lewat lah. Kalau tak silap, sampai USS dalam pukul 11 lebih, padahal operating hours USS start pkul 10 pagi. Terima kasih la kepada mereka yang suka bersiap lambat tu, buat susah-susah je.. Kan dah rugi sejam. Sejam tu macam-macam boleh buat taw..

Sejam tu dah boleh beratur untuk satu ride. Tahu tak long queue tu apa..? Perghh lenguh kaki beratur semata-mata untuk ride 2-3 minit, atau kurang. Kemon people, time is investment!





Memandangkan ini cerita perjalanan, maka tataplah gambar kesesakan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Gambar UZZ kemudian. HAHA kejadian satu hari boleh bawak ke minggu atau bulan untuk dihabiskan. The power of words. Haha merapu la lagi~ :P
Baca selanjutnya...

Monday, January 6, 2014

UZZ - The Journey

Assalamu'alaikum w.r.t..

OK malam ni I blogging pakai phone je sebab annoying sangat takleh tekan 's' dan 'enter'. Entry semalam tunggang-langgang berpeluh-peluh I edit balik pakai phone. Mana yang dipublish tu, itulah the bezt I can do. HAHA ada lagi saki baki keturunan 's' yang termutasi.

I tak janji boleh siapkan entry malam ni dengan penuh hemah sebab enzim kerajinan pun semacam dah nak termutasi dah ni. Karang tak pasal-pasal enzim kerajinan menjadi kesukaran. Haha dah takde idea la tu..

So, marilah teruskan penceritaan selari dengan tajuk entry. Kalau baca entry semalam, korang readers pasti tahu UZZ itu apa. Buat yang tidak tahu menahu pasal entry semalam, UZZ adalah USS versi mutant. USS - Universal Studios Singapore. Ewaahh dah sampai USS ko Jah!

Dah kata menetap di Johor, takkan tak nak pergi, sejengkal katak je pun jaraknya. Nampak tak, dekat tak dekat? Cuba bandingkan jari kau sejengkal dengan jari katak sejengkal. Perghh perumpamaan kau Kak Jah, kelas!

Hadoila enzim kerajinan telah termutasi menjadi kemengantukan. Mukaddimah masih belum selari dengan tajuk alamak macam mana ni..?

OK, cerita cepat-cepat.

Kelmarin, (bukan lagu Farhan), bersamaan 4 Januari 2014 kami bertiga telah berpoya-poya di UZZ. Bertiga di sini bermaksud I bersama dua orang kawan I dari Kerteh, seperti yang telah digembar-gemburkan dalam entry semalam. Btw, kelmarin dan semalam bukan hari yang sama, kalau anda faham maksud saya.

Orang Kelantan panggil semalam sebagai kelmarin. I mean, maghing. Kalau anda faham lah. Kalau tak faham tak payah senakkan kepala, buat dekk je dan sila ke perenggan yang berikutnya.

OK, berbalik ke cerita asal, kami ke UZZ dengan menaiki bas persiaran dari syarikat Odyssy; entahlah aku pun dah lupa spelling yang betul macam mana. Tapi yang penting sebutannya odisi. Yang paling penting lagi, syarikat odisi ni terletak di sebelah Tune Hotel. Nak sampai Tune Hotel ni lalu lebuh raya yang mana kalau dari tempat I menetap ambil masa dalam lebih kurang 30 minit. Itupun kawan I yang pandu. Kalau I pandu, diorang tak bagi sebab takut tak sempat sampai. Diorang memang anti kalau I pandu kereta. So, senang lah I tak payah pandu I lagi sukaaa!

HAHA kalau jadi pemandu pelancong macam ni tak lama la kerja, asyik kena maki je. Nama tempat pun tak tahu. Maafkan saya, baru 3 bulan menetap di Johor. Hihi. Lagipun, google dan waze kan ada, apa ada hal :P

Kitaorang memilih untuk menaiki bas adalah kerana tidak mahu bersesat-sesatan di negara orang sambil membazirkan petrol yang sangat berharga. Inikan kali pertama, kitaorang tidak mahu mengambil risiko mempertaruhkan keselamatan dan masa kami di atas jalan raya yang sesak. Masa itu pelaburan, tahu? Melaburlah dengan bijak. Eh tetibaaa..

Sebut pasal masa, eloklah kiranya I mengundurkan diri kerana esok perlu bangun awal. Terbangun lambat boleh menimbulkan seteres. Oleh itu, rawat root cause supaya seteres tak timbul dengan tidur awal. Padahal 11.30 malam bukanlah awal lagi, sudah masuk kategori awal kelewatan dah ni..

Selamat malam. Cerita UZZ bawak ke entry berikutnya apabila berkerajinan.

Baca selanjutnya...

Sunday, January 5, 2014

The reminder

Assalamu'alaikum w.r.t..

Long time no bloggingI've been a busy bee lately - a lame excuse for not updating blog. I was lazy actually; and not to forget, writer's block attack. Plus, the laptop I'm using now is not 's' friendly. Gosh it's annoying when I have to ctrl+v everytime 's' involved in my writing. Can you imagine how many times I've to do that ctrl+v thingy just to finish a simple sentence?

so I will try to avoid any s in my writing, if possible. I apologize for inconveniences caused. Why so many words with 's' in my head now? I think I'm gonna replace 's' with 'z'. Wahhh giteewww. Merazalahh!

And why zuddenly enter key iz not working? Korang buat pakatan eh taknak bagi I merapu..? Kemon keyboard, bagi la can I lepaz gian nak merapu ni.. Azyek buat karangan dalam hati je, mana beztt. OMG kena guna zpacebar untuk mazuk perenggan baru..?

OK, redho. Zpacebar pon zpacebar lah.

Dah tu, rajin pulak buat karangan banyak perenggan. Dah la zatu perenggan zatu ayat. Jeng ahh!

Memandangkan macam bezt je tekan zpacebar lama-lama, zatu lagi perenggan dengan hanya zatu ayat. 
AHAHAHA! <-- ini bukan ayat

OK, zudah-zudahlah. Merapu banyak-banyak tak datangkan untung pon. Zo, marilah menuliz cerita berfaedah. Ceritanya begini,

Kawan-kawan I datang dari Kerteh melawat I kat zini zebab terlalu rindukan I! Zoooo zweeet I terharuuu zangat2 zampai termenangez dalam hati. OK itu macam over zket tapi takpe, I bagi can dekat I lepaz gian.


Mereka yang rindukan I
Dan zekarang, I pulak yang rindu mereka

I memang zengaja blurrkan gambar mereka zebab mereka pemalu. Ihikzz! Harap mereka tak marah gambar mereka muncul dalam Hey Mixa! :)

Gambar terzebut diambil zemaza beratur menunggu giliran untuk menyelamatkan dunia berzama Optimuz Prime dan rakan-rakannya. Ewaahh ziap beratur panjang nak zelamatkan dunia.. mulia zungguh penduduk Bumi zanggup bergadai nyawa berperang dengan robot. HAHA hiperbola zangat ko Jahh! Beratur nak naik Evac di Tranzformerz the Ride. Teka kat mana..? UZZ! HAHA zorry, blame the keyboard!!

Tapi tapi tapi...

Bukan cerita UZZ yang Kak Jah nak kongzi hari ni. Kak Jah dah kekurangan enzim kezabaran dah ni, dah tak berapa nak layan keyboard tak peramah ni.

Jadi, kita teruz ke point utama;

The Reminder 

sabda Rasulullah s.a.w, 

"Orang yang membaca 1 HURUF dari kitabullah maka baginya 1 KEBAIKAN & setiap KEBAIKAN setara dengan 10 KALI lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf & miim satu huruf" [HR. Tirmidzi]

"RAJIN-RAJIN BACA AL-QURAN"

sesungguhnya Al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai...

From Kerteh with love
The sweetest reminder 

Thanks for the visit. You're the sweetest friends on earth! I love you and you know it ;) Looking forward for next meeting/hangout!

Zehingga berjumpa lagi di lain kerajinan. I akhiri kerajinan I memblog harini dengan menekan butang publizh.

Wassalam..
Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...