Produk Shaklee: 8 Keistimewaan Protein Soya ESP | Pakar Cantik

Monday, October 19, 2015

Produk Shaklee: 8 Keistimewaan Protein Soya ESP

Assalamu'alaikum w.r.t

Dalam entry kali ini saya akan berkongsi mengenai protein soya premium dari Shaklee - ESP (Energizing Soy Protein) Isolate Powder.





Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat yang ditawarkan oleh protein soya, namun sejauh mana mereka mengambil kisah sumber dan cara pengekstrakan protein soya tersebut?

Adakah sama protein soya keluaran Shaklee dengan lain-lain jenama di pasaran? Apakah yang menyebabkan ramai yang tergila-gilakan ESP Shaklee ini? 

Tentulah kerana keistimewaan ESP Shaklee yang tiada tolok bandingannya. Ayuh, kita bongkar apa keistimewaan ESP Shaklee yang membezakan Shaklee dengan jenama lain!




Apakah Keistimewaan ESP Shaklee?

1. Shaklee pelopor dalam pembuatan supplemen berasaskan protein kacang soya. Dr. Forrest C Shaklee telah mencipta pengasingan protein soya yang pertama pada tahun 1970 an. Beberapa tahun selepas itu, penemuan Dr. Shaklee telah disokong oleh beberapa kajian klinikal yang membuktikan protein soya merupakan blok binaan utama untuk membina kesihatan dalam jangka masa panjang. 


2. Protein soya ESP Shaklee adalah non-GMO (GMO - genetically modified organism), iaitu tidak diubahsuai secara genetik. Protein soya non-GMO dihasilkan di bawah program pengekalan identiti (IPP - Identity Preservation Program). Melalui program ini, kacang soya dijaga dan dipantau dengan teliti dari saat penanaman hinggalah saat pemprosesannya dan memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik.


Produk yang berasaskan bahan GMO adalah berbahaya kepada kesihatan kerana boleh menyebabkan toxicity (keracunan toksik), allergic dan potensi kanser. Sedikit tips untuk anda jika ingin membeli produk berasaskan protein soya, baca label kandungan sebelum membeli dan pastikan ianya non-GMO baru beli. Kalau malas nak belek-belek baca label, beli je ESP ni, memang confirm non-GMO ;)

                                           


3. Soya Shaklee dibasuh dengan air untuk mengekalkan isoflavens dan segala kebaikan  yang terdapat pada kacang soya. Kebanyakan produk berasaskan kacang soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol akan memusnahkan isoflavens dalam kacang soya. 

Sangatlah rugi makan produk berasaskan kacang soya yang telah musnah isoflavensnya kerana isoflavens adalah agen penting dalam pencegahan kanser. Tidak hairanlah baru-baru ini gempar kacang soya penyebab kanser - kacang soya yang telah musnah khasiat pencegahan kansernya. 

Isoflavens 
i. Anti kanser
- Kanser prostat
- Kanser payudara
- Kanser Endometrial (Kanser uterus / rahim)

ii. Mengurangkan risiko sakit jantung
- Isoflavens genistein menghalang perkembangan sel yang menyebabkan arteri tersumbat
- Mengurangkan kadar kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein)

iii. Meningkatkan kesihatan tulang
-Isoflavens daidzein menghalang pereputan tulang dan menggalakkan pertumbuhan tulang
- Mencegah osteoporosis

iv. Kesihatan Wanita
- Mengurangkan gejala menopous

v. Kesihatan lelaki
- Mengurangkan risiko kanser prostat

- Isoflavens genestein meneutralkan radikal bebas penyebab kerosakan pada sel badan
- Menghalang kolestrol daripada merosakkan dinding arteri

Rujukan tambahan: KLIK


4. ESP memberi tenaga berkekalan yang tahan berjam-jam kerana dilengkapi dengan 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh untuk menjana tenaga dari makanan. 


5. ESP Shaklee tiada kolestrol, laktosa dan lemak tepu. Berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu, protein soya dari ESP Shaklee adalah rendah lemak, tanpa kolestrol dan bebas laktosa.

                                       


6. Dilengkapi unsur kalsium dan zat besi. Setiap hidangan ESP Shaklee membekalkan kalsium dan zat besi yang mencukupi untuk kelangsungan fungsi badan yang sempurna.


7. Sumber protein lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri. 


8. ESP Shaklee mengandungi protein soya berkualiti tinggi. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang diproses pada susu rendah bagi menjamin kualiti protein. Protein akan musnah pada suhu tinggi.


                                    




Info tambahan mengenai ESP Shaklee:

Khasiat Utama ESP Shaklee
Kandungan Nutrisi dalam ESP Shaklee

Siapa yang Memerlukan ESP Shaklee


Order ESP Shaklee Sekarang!

Hubungi Miza 0199363759 untuk order Produk Shaklee dan konsultasi berkesan.

Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)


*****

Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

Ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee?
Sertai Miza dalam group rahsia Miza untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah.
Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...