Pakar Cantik: May 2015

Sunday, May 24, 2015

Bagaimana memulakan bisnes Shaklee dengan modal MINIMUM?

Assalamu'alaikum w.r.t & hai kepada semua pembaca yang sudi menyinggah :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 24/5/2015. Diam tak diam dah nak masuk setengah tahun dah. Bagi orang yang sibuk, memang tak terasa sangat masa cepat berlalu. Sedar-sedar je eh dah dateline hari ni. Sedar-sedar je dah pukul 5.30 petang, sedar-sedar je dah masa balik kerja. Sedar-sedar je dah hujung tahun, sedar-sedar je azam yang ditanam awal tahun masih belum mampu dituai.

Insyaallah, saya sedang usahakan untuk menuai hasil dari tanaman azam pada awal tahun hari tu. Mudah-mudahan dengan Shaklee, saya mampu realisasikan cita-cita saya untuk menjadi surirumah jutawan. Walaupun saya bekerja sebagai jurutera bergaji 4 angka, surirumah tetap menjadi profession kegilaan saya. Insyaallah, bi iznillah :)

Seronok buat bisnes Shaklee ni.. Sangat flexible. Kita boleh buat bisnes pada bila-bila masa yang kita suka dan di mana-mana yang kita suka, asalkan ada komputer / smartphone dan internet. Apa yang saya suka dengan bisnes Shaklee ialah semuanya boleh dibuat secara online – sangat helpful untuk mereka yang sangat sibuk macam saya, buat order dan daftarkan ahli baru secara online sahaja. Sedar-sedar je barang dah sampai depan rumah, sedar-sedar je dah siap daftarkan ahli baru :)

Selain dapat untung dari jualan produk makanan kesihatan bertaraf antarabangsa, kita juga boleh dapat insentif berupa bonus bebentuk 3C (Cash, Car & Convention – Tunai, Kereta & Konvensyen). Shaklee bukan sahaja bagi ganjaran berbentuk material (kebendaan) kepada pengedarnya, tetapi juga sangat mementingkan self development (perkembangan diri). Dalam team saya, kami sering menganjurkan leadership seminar (seminar kepimpinan) di seluruh negara untuk ahli dalam kumpulan besar kami, SDFG (Shaklee Dynamic Family Global) – cerita lanjut dalam entry-entry pada masa akan datang, insyaallah.

Apa yang saya nak kongsikan dalam entry hari ni ialah: Bagaimana memulakan bisnes Shaklee dengan modal MINIMUM?

  1. Pertama sekali, untuk mulakan bisnes Shaklee, anda perlulah mendaftar menjadi ahli Shaklee untuk melayakkan anda menjadi pengedar Shaklee yang sah.
    Caranya, anda perlu ditaja (sponsor) oleh mana-mana pengedar Shaklee yang sedia ada (hubungi saya untuk menaja anda menjadi pengedar Shaklee di nombor 019-9363759). Yuran pendaftaran ahli hanyalah RM79.50

  2. Kemudian, anda memerlukan bisnes tools (alat perniagaan) – dalam konteks bisnes Shaklee ini, bisnes tool yang paling utama ialah produk. Bagaimana anda boleh mendapatkan bisnes tools yang lain, akan saya kongsikan apabila anda sudah mendaftar menjadi pengedar Shaklee bawah saya. Saya akan tunjukkan cara dari kosong sampai berjaya. Yang penting, hubungi saya :)

Shaklee menawarkan program YES (Young Entrepreneur System – Sistem Usahawan Muda) untuk membantu mereka yang ingin memulakan bisnes Shaklee secara serius. Program ni khas untuk anda yang mula mendaftar menjadi pengedar Shaklee pada bulan Mei – Oktober 2015. Dengan program ini, anda akan mendapat bonus 4 angka dalam bulan pertama anda memulakan bisnes anda. Untuk bulan kedua, pendapatan anda akan berganda, dan berganda-ganda untuk bulan berikutnya, insyaallah jika anda ikut sistem dengan betul.

Apa yang menarik mengenai YES program ini ialah, Shaklee dah siap-siap buat bisnes tool untuk anda, insyaallah akan diceritakan dalam entry seterusnya. Kalau anda tak sabar tunggu entry berikutnya, boleh hubungi saya sekarang di 019-9363759 (SMS dan WhatsApp). Siapa cepat dia dapat hasil dulu. HEHE.



Baca selanjutnya...

Tuesday, May 19, 2015

GST - Apa boleh buat?

Assalamu'alaikum w.r.t..

Malam ni saya taknak buat karangan panjang-panjang sangat, sebab masa sering cemburu pada saya. Asyik rasa macam kena kejar je. Penat lah macam ni. Semput dah tak larat nak lari ni. Saya nak jalan melenggang-kangkung sahaja, mahu nikmati setiap langkah kaki yang dihayun, juga menikmati angin malam yang dingin dan menenangkan. (wah gitu! Mudah-mudahan tercapai target malam ni nak buat karangan yang tak berapa panjang)

Masa lunch tadi, ada sembang-sembang dengan akak tempat saya kerja. Katanya, bos dia tawarkan dia upgrade dari pekerja kontrak kepada pekerja tetap. Saya ingatkan dia gembira, rupanya tidak. Sebab, kalau nak upgrade jadi pekerja tetap, gaji kena downgrade. Biasanya, gaji pekerja kontrak lebih tinggi dari pekerja tetap; lebih pekerja kontrak pada gaji, lebih pekerja tetap pula pada benefit (maaf, saya lupa maksud benefit dalam bahasa Melayu).

Dalam musim gawat macam ni, siapa yang rela gaji kena downgrade? Bukankah kita sering mengeluh, bila lah gaji nak naik? Bukankah kita sering marah bila harga barang naik tapi gaji tak naik-naik? Bukankah kita setiap masa bekerja keras untuk capai KPI (Key Performance Indicator) yang ditetapkan oleh pihak syarikat; dengan harapan mendapat bonus gaji berbulan-bulan?

Pekerja kontrak bonusnya separuh dari pekerja tetap. Kalau kat tempat saya kerja, harapan tinggal harapan lah tunggu bonus. Kadang-kadang tunggu bonus tu macam tunggu bulan jatuh ke riba, ataupun tunggu kucing bertanduk. Kalau nak lebih drastik lagi, tunggu bulan jadi warna biru – once in a blue moon.

Kononnya syarikat tak banyak untung, tak dapat bagi bonus, kenaikan gaji juga tiada. Jadi, KPI tadi untuk apa? Untuk suka-suka, atau untuk kepuasan sendiri? Kepuasan sendiri yang macam mana, maksud anda?

Dulu masa belajar kat UTP, saya ada belajar pasal pengurusan sumber manusia (Human Resource Management). Sedikit-sebanyak saya tahu bila kita kerja, kita inginkan ganjaran (reward). Reward pula terbahagi kepada dua – intrinsic (internal) reward & extrinsic (external) reward. Extrinsic reward macam yang kita semua maklum – gaji & benefit, manakala intrinsic reward pula berbentuk kepuasan bekerja.

Sekali lagi saya tanya, kepuasan yang macam mana anda inginkan? Puas bekerja keras untuk kayakan syarikat atau puas bekerja keras untuk kayakan diri sendiri?

Tepuk poket, tanya apa yang boleh buat?

Kenapa saya tanya boleh, bukan nak? (Tepuk poket, tanya apa boleh buat instead of Tepuk poket, tanya apa nak buat?)

Sebab, ramai antara kita (termasuk saya) bila tepuk poket, tanya apa nak buat; jawapan memang nak buat macam-macam. Tapi, boleh ke nak buat macam-macam tu? Kalau jawapan anda boleh buat macam-macam bila tepuk poket, alhamdulillah :)

Tapi, kalau jawapan perlu difikir-fikirkan dulu apa yang boleh dibuat bila tepuk poket, saya menjemput anda untuk sertai saya, mulakan bisnes Shaklee bersama saya; GROW bersama saya. Bimbingan percuma diberikan sehingga berjaya, tempat terhad.

Saya sudahi karangan yang tak berapa panjang ini dengan seruan – design your career, design your life! Hubungi saya di talian 019-9363759.





Baca selanjutnya...

Monday, May 18, 2015

GST - Bagaimana?


Assalamu'alaikum w.r.t..

Berdasarkan tajuk yang dipilih di atas, saya bercita-cita untuk menyiapkan satu entry yang tak berapa panjang berkisarkan bagaimana cara untuk anda memulakan bisnes Shaklee. Seperti yang diceritakan dalam entry lepas-lepas, GST membawa maksud Grow Shaklee Together. Key point kat sini ialah TOGETHER, yang membawa maksud bersama-sama.

Dalam bisnes Shaklee, kita tidak bekerja seorang; sebab, kerja sorang-sorang penat dan tak berbaloi. Dalam bisnes Shaklee, kita bekerja beramai-ramai, buat sikit-sikit sorang untuk hasil yang optimum. Dalam bisnes Shaklee, kita sendiri tentukan berapa income (pendapatan) yang kita inginkan.

Motto saya dalam bisnes Shaklee – I design my income, I design my life. Kalau nak lebih, kita kerja lebih; kalau nak kurang, kita kerja kurang. Tapi, kalau sekali dapat rasa yang 'lebih', takkan lah nak kurang pulak kan. Sesuai dengan kata pujangga (eceh!), jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Kalau semalam dah dapat sesudu, hari ini kita usaha bagi dapat sepiring, esok usaha lagi bagi dapat sepinggan, lusa semangkuk, (dan seterusnya). Sebab itulah kita pilih GROW, atau dimudahkan lagi berkembang.

Bermula saat ini, saya ingin anda tahu bahawa saya sedang serius mencari Business Partner (Rakan Bisnes) untuk bersama-sama kembangkan bisnes Shaklee masing-masing. Buat permulaan, saya cuma perlukan 6 orang sahaja (tempat terhad).

Ciri-ciri Rakan Bisnes yang dicari:
  1. Serius ingin ubah tahap kesihatan dan ekonomi masing-masing
  2. Rajin dan Berfikiran positif
  3. Bersedia menerima tunjuk ajar
  4. Mampu praktikkan setiap tunjuk ajar yang diberi
  5. Bersedia buat bisnes sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa

Apa yang saya boleh tawarkan:
  1. Tunjuk ajar secara percuma
  2. Peluang menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan
  3. Peluang bercuti di luar negara
  4. Peluang mendapat bonus kereta
  5. Kesihatan yang lebih baik
  6. Dan lain-lain (bergantung pada usaha anda)

Jadi, sesiapa yang berminat untuk sertai saya menjana pendapatan 5 angka sebulan boleh hubungi saya di talian 019-9363759 (WhatsApp) atau add fb Mizamiza Azid, follow instagram @amizahazid.

Tepuk poket, tanya apa boleh buat (anda jawab sendiri).
Baca selanjutnya...

Sunday, May 10, 2015

GST - Kenapa (Bahagian II)

Assalamu'alaikum w.r.t

I noticed most of my friends in my blog list already turned off their blogs. I too, wanted to delete my blog since I rarely update Hey Mixa! when I moved to Pasir Gudang (find the reasons here). But being me, a sentimental girl who treasures the memories with Hey Mixa!, I can't afford to loose my blog. In fact, I am planning to create a new blog specially dedicated for my GST (Grow Shaklee Together) activities. In the meanwhile, I will share my GST postings here in Hey Mixa! (please, bear with me)

As I mentioned in my previous entries in April 2015 (click here), I am actively growing my business with Shaklee. Why Shaklee?

***

Lanjutan dari 2 entri bertarikh sekitar April 2015; suka saya ceritakan di sini kenapa saya memilih Shaklee. (Izinkan saya meneruskan entri ini dalam Bahasa Melayu - bahasa kebanggaan saya). Secara umumnya, terdapat 3 Kenapa yang kuat yang membuatkan saya tertarik dengan produk Shaklee.

Kenapa #1.
Always Safe - Sentiasa Selamat


  • Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan, 100, 000 ujian kawalan kualiti & 23, 000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun. 
  • 349 ujian kawalan untuk Vita-Lea sahaja (Vita-Lea - multivitamin pertama yang diciptakan di dunia sejak seratus (100) tahun yang lalu. Kalau anda perasan, 100 tahun bukan tempoh yang sekejap. Maksudnya di sini, produk Shaklee terbukti selamat; kalau tidak, mana mungkin boleh bertahan sampai seratus tahun, ye tak?
  • Kilang Shaklee bukan sebarang kilang, setiap produk Shaklee dihasilkan oleh sekumpulan saintis yang menjalankan ratusan ribu ujikaji klinikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D - Research & Development) dari peringkat awal sampai akhir pengeluaran produk.
  • Shaklee juga memiliki perusahaan ladang vitamin sendiri, tidak seperti sesetengah syarikat yang membeli vitamin dari mana-mana makmal dan meletakkan label jenama mereka.
Today is another proud day in Shaklee history. On April 20, 2015 our Chairman and CEO, Roger Barnett, along with Nobel Prize winner, Dr. Elizabeth Blackburn, officially cut the ribbon on our new state-of-the-art Innovation Center. The Forrest C. Shaklee Innovation Center is responsible for new product development, tasting panels and testing product quality. This beautiful 16,000 square foot facility is going to help Shaklee continue development of innovative products like MindWorks and Vivix. Here is to a long innovative future.
 Sumber: Facebook Shaklee Corporation


Kenapa #2
Always Work - Sentiasa Berkesan
  • $250 juta dilaburkan untuk tujuan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D - Research & Development), bukan untuk tujuan pengiklanan. Dengan Shaklee, setiap pengguna adalah produk kepada produk (product of the products). Maksudnya, hasil dari menggunakan produk Shaklee adalah pengguna itu sendiri dan setiap pengguna Shaklee adalah testimoni bergerak.
  • Produk Shaklee diakui keselamatan dan keberkesanannya melalui Landmark Study yang dijalankan oleh Pihak Ketiga. Bila sebut pihak ketiga, maksudnya keputusan kajian / study tak berat sebelah / bias.

Landmark Study Shaklee menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang baik berbanding pengguna supplement jenama lain dan individu yang langsung tidak mengambil supplement.

Kenapa #3
Always Green - Sentiasa Mesra Alam

  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia diiktiraf Climate Neutral pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan Shaklee melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas.
  • 14 TANPA dari Shaklee:
    1. Tiada Bahan Tiruan
    2. Tiada Perisa Tiruan
    3. Tiada Pemanis Tiruan
    4. Tiada Pengawet Tiruan
    5. Tiada Pewarna
    6. Tiada MSG
    7. Tiada Lemak Trans
    8. Tiada Bahan Kimia
    9. Tiada Paraben
    10. Tiada Bisfenol-A
    11. Tiada Dakwat Toksik
    12. Tiada Peluntur Klorin
    13. Tiada Formaldehid
    14. Tiada Natrium Hidroksida


Kesimpulannya, motto Shaklee - Always Safe, Always Work, Always Green telah menarik minat saya untuk mencuba produk Shaklee, seterusnya membuat saya jatuh cinta dan ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain, iaitu anda para pembaca Hey Mixa! :)



Selain dapat memperbaik tahap kesihatan dan kecantikan, Shaklee juga menawarkan peluang menjana pendapatan yang lumayan (sehingga mencecah 5-6 angka sebulan), baik secara separuh masa atau sepenuh masa -- insyaallah, akan diceritakan dalam entri-entri berikutnya.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Baca selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...