Karangan Halimunan | Pakar Cantik

Friday, August 5, 2016

Karangan Halimunan

Assalamu'alaikum w.r.t


Pertama sekali, terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang suam-suam kuku dan penuh sawang ni. Last time saya update blog adalah pada 31 Dec 2015, bertajuk Testimoni Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa Complex merupakan produk Shaklee yang mula-mula saya consume sebab nak detok badan kasi bersih, barulah khasiat vitamin dan makanan lain senang nak serap masuk ke dalam sel-sel badan. Sekarang pun saya masih meneruskan makan Alfalfa Complex sebab masih mahu detox badan setiap hari, sebab setiap hari badan saya terdedah dengan toksin - dari persekitaran dan juga makanan yang saya makan.

Puan, detox itu apaan sih?
Miss, detox itu singkatan dari perkataan Inggeris detoxification yang bermaksud proses penyingkiran bahan toksik (beracun) dari badan. 

Puan, apakah badan kita beracun?
Iya, Miss. Badan kita beracun.

Terus, bagaimana ya puan?
Apa lagi, detox lah! :P

Dan dan keluar dialog ala-ala sinetron ni kenapa pulak? Hadoii.

Kenapa saya kena detox badan saya SETIAP hari?
- Setiap hari saya hirup udara dari persekitaran yang tak bersih (asap kereta/asap rokok/asap pembakaran terbuka).
- Setiap hari saya makan makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan, suntikan hormon, dan juga logam berat.
- Toksin yang terkumpul dalam badan saya lama-lama akan jadi bukit (bukit toksin dalam usus :P)
- Saya taknak bukit toksin wujud dalam usus saya, maka saya detox.




Gambar ihsan google

Errr panjang pulak cerita detox ni -_-"
OK, sambung cerita karangan halimunan pulak, cerita detox saya sambung dalam lain entry. 

Dalam entry ni (klik) saya ada cerita pasal saya kawen, mengandung dan berhenti kerja. Dan entry seterusnya kebanyakannya cerita Shaklee. Maka dalam entry kali ini saya nak sambung cerita mengandung - which is beranak.

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25 kg pada 11 Februari 2016, 8:11 pagi. Cerita beranakkan #umarmohamedafiq yang penuh suka duka insyaallah akan dicompilekan dalam entry lain. Mungkin saya akan selitkan tips untuk ibu yang nak bersalin, especially untuk first time mother macam saya.

Sebenarnya ada banyak benda saya nak cerita dalam blog ni, tapi sebab kekangan masa dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, kakak, kawan, jiran dsb (dan sebagainya), saya hanya mampu buat karangan dalam hati. Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya buat karangan halimunan dalam hati. Betapa saya nak tekankan tahap tak nampak (invisibility of) entry blog saya sampai guna term karangan halimunan. Kalau cakap takde entry atau blog berhenti rehat seketika kembali selepas ini kan lagi senang nak faham kot (?) Tapi itulah, nak jugak panjangkan entry sebab nak lepas gian lama tak menaip, harap pembaca bersabar dengan penulis.

OKlah, tanggungjawab sudah memanggil. Saya sudahi entry suam-suam kuku dengan sekeping gambar #umarmohamedafiq. Btw (by the way), bagi sesiapa yang masih blur-blur apa benda #umarmohamedafiq ni, ia adalah hashtag yang saya buat untuk anak lelaki saya yang bernama Umar bin Mohamed Afiq. Kalau rasa nak ikuti perkembangan anak saya, boleh search hashtag #umarmohamedafiq di Instagram atau Facebook.

Latest photo - taken at 0900 hours today (5th August 2016) 

XOXO,
amizahazid


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...