Outing Mak-Mak | Pakar Cantik

Wednesday, August 17, 2016

Outing Mak-Mak

Assalamu'alaikum w.r.t

Pertama sekali, Umar tengah tidur. Bila Umar tidur, Ibu bosan. Bila Ibu bosan, Ibu mula mengelamun dan berkarang-karangan dalam hati. Lalu Ibu terfikir, kenapa tak berkarang-karangan dekat blog je? 

Malam kelmarin, kawan lama Ibu WhatsApp Ibu ajak pergi KWSP Dungun untuk tukar simpanan konvensional ke simpanan patuh syariah. Kawan lama Ibu, Kak Kim kerja sama department dengan Ibu masa zaman kegemilangan Ibu dulu. Yelah, kerja Engineer mana tak gemilang, kan? Gemilang tak gemilang masa tu, Ibu kerja sampai lewat malam. Pernah catat rekod kerja sampai 12 tengah malam sorang-sorang dalam office. Haa tu bukan setakat gemilang ya, itu gila. Gila kerja. 

Ibu rasalah kan, keputusan Ibu untuk berhenti kerja dan jadi SAHM (Stay At Home Mom) adalah antara keputusan terbaik yang pernah Ibu buat. Walaupun kerja surirumah tak glamour dan tak gemilang macam Jalur Gemilang (mentang-mentang dah nak merdeka), Ibu suka sebab Insyaallah Ibu punya banyak masa untuk jaga dan besarkan Umar. Ibu akui, Ibu bukanlah seorang yang penyabar. Mungkin Tuhan sengaja tetapkan jalan ini untuk Ibu didik jiwa Ibu jadi lebih penyabar dan berlapang dada dengan setiap ketentuan-Nya. 

Eh, apa jadi pada WhatsApp Kak Kim tu? :P

Setelah berjanji dan menepati janji, akhirnya Kak Kim datang ke rumah Ibu pagi tadi. Pagi takdelah pagi sangat, dalam pukul 9 lebih macam tu. Ibu agak cuak sebab Umar masih belum bangun! dan semestinya belum mandi. Nasib baik Kak Kim ibu beranak dua ini memahami kerenah anak kecil yang bermacam ragam - kadang-kadang bangun awal, kadang-kadang bangun lewat. Ikut suka dia je kan nak bangun pukul berapa. Nasib baiklah tak kena solat Subuh budak-budak kecik ni :P

Sambil tunggu Umar bangun sambil buat air, hidang biskut raya (yang tak habis-habis lagi) sambil sembang dengan Kak Kim dan anaknya, Nuha. Nuha ni boleh tahan talkative orangnya. Tanya itu ini, malangnya acik ni tak pandai translate lalu iyakan aje. Haha sorry ya Nuha. Tunggu awak besar sket acik layan Nuha cakap, dong wori bi hepi :)

Bila Umar bangun je cepat-cepat mandikan dan siapkan Umar. Boleh tahan mengah Ibu nak siapkan Umar. Mana taknya, Umar seberat 7.6kg itu agak aktif masa mandi. Terkial-kial Ibu dalam toilet. Nak pakai pampers dan baju pun bukan main lagi dia nak meniarap sana-sini.

Biasanya kalau nak keluar, akan ada assistant yang tolong Ibu. Konon-konon PA gitu. Haha. Sekarang semua kena berdikari. Dulu kat kampung bolehlah mintak tolong mak atau adik tolong masa nak mandikan dan siapkan Umar. Masa jalan-jalan Abah Umar atau Tokma atau Cikni atau Tok Abah (belah abah Umar) akan tolong pegang Umar. Kalau Ibu sendiri yang pegang Umar, pingsanlah. Malamnya confirm kena urut. Merasalah nikmat berdikari hari ni. Harap-harap tak teruk sangat sakit urat dan tak perlu diurut. 

Eh bilalah nak sampai Dungun ni -_-"

Dah sampai Dungun, melilau-lilau cari bangunan bertulis KWSP. Punyalah melilau, akhirnya terlepas jua lalu Kak Kim pun U-turn. Bagi sesiapa yang tak biasa pergi Dungun tapi nak pergi KWSP Dungun, boleh lah hafal alamat dan gambar di bawah. Kalau taknak hafal, Waze ajelah senang. Jangan disia-siakan teknologi yang dicipta untuk memudahkan hidup kita, rugi! BTW (by the way), gambar ihsan google.


KWSP Dungun Lot No. 84321, Tingkat Bawah Wisma MDD Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia.

Lalu setelah U-turn dan berparking kereta warna hijau yang bernombor platkan P**, maka kami 3 orang pun menapaklah ke bangunan KWSP. Sekali lagi, Ibu tak biasa jalan-jalan tanpa PA. Berpeluh-peluh Ibu kendong Umar dan handbag yang dipenuhi pampers dan baju spare Umar. Botol air Ibu terpaksa ditinggalkan dalam kereta. Ibu tak boleh kalau tak bawak botol air, rasa tak complete macam tak pakai selipar. Tapi tadi rasa macam dah complete sangat dah sampai sengaja tinggalkan botol air sebab tak cukup tangan :P

Bila dah beranak ni dan PA takde hari ni mulalah Ibu berangan nak beli handbag baru yang lebih besar yang boleh sumbat semua dalam tu. Pampers, wet wipes, baju spare, purse, hand sanitizer, botol air dan barang-barang yang dibeli. Amboi melampau barang shopping pon nak masuk handbag. Nantilah Ibu google handbag multipurpose serbaguna serba bagai. Kalau berkenan Ibu beli baru. Kalau tak berkenan Ibu buat sendiri. Amboi!

Dalam Ibu duk berangan tu, tiba-tiba je dah sampai dalam bangunan KWSP lalu disapa staff KWSP di muka pintu, "Assalamu'alaikum, puan nak buat apa?"

Kami pun jawablah salam, soalan dijawab soalan
"Bagaimana cara menukar simpanan KWSP konvensional ke simpanan KWSP patuh syariah?" Amboi skema sangat tu.

Staff tadi ambilkan tiket giliran untuk kami, tak sempat duduk no giliran kami sudah dipanggil. Amboi cepat sangat ni. Proses dia sangat sekejap, bagi IC (Identification Card - Kad Pengenalan) kepada staff yang jaga kaunter, bagi cap ibu jari kanan, selet ibu jari kanan dekat akad simpanan shariah and you're done! 2 minit pun tak sampai!

Bagi sape-sape yang nak tukar KWSP konvensional ke KWSP patuh syariah, anda bolehlah ke cawangan KWSP segera kerana tempoh pendaftaran dibuka dari 8 Ogos 2016 hingga 23 Disember 2016, atau sehingga quota habis. Yes, you heard me right, ada quota dan berdasarkan pat-pat siku lipat siapa cepat dia dapat. Sebab apa? Sebab peruntukan dana permulaan yang sangat terhad, iaitu RM100billion je. RM100B pon 'JE'? Hello, berapa juta rakyat Malaysia? Googlelah sendiri :P

Memang kena pergi branch ke? Kalau tukar KWSP patuh syariah online tak boleh ke? Leceh lah nak kena pergi branch - kena mintak time off dengan bos, kena drive, kena cari parking, kena ambik tiket nombor giliran, kena tunggu nombor giliran dipanggil, kena bla bla bla..

Tak boleh, dik. Sekarang sistem online untuk tukar KWSP patuh syariah tidak disediakan, ya. Adik kena rajin, usaha lebih sikit. Sebab apa? Usaha tangga kejayaan. Kalau adik bernasib baik, usaha escalator atau lif kejayaan. Untung-untung dapat kehidupan yang gemilang dunia akhirat. Semoga berjaya dik! :)

Bagi sesiapa yang masih belum menamakan penama simpanan KWSP anda, anda juga boleh berbuat demikian di cawangan KWSP yang anda pergi tadi. Alang-alang tukar akaun konvensional ke patuh syariah, apalah salahnya check penama akaun simpanan anda. Sebenarnya, kalau nak check penama boleh check online je. Kalau dah ada penama, baguslah. Kalau belum ada penama, cepat-cepat namakan penama anda. Permohonan penamaan hanya boleh dibuat di branch ye adik-adik. 

Hakak mintak tolong staff KWSP yang uruskan segala dari daftar online, check dah ada penama ke belum, isi borang penama dan tekan tiket nombor giliran. Sebab apa sebab hakak beranak kecik, asyik terkial-kial je. Isi borang pon dah tiga kali. Borang pertama salah isi status Ibu-Anak. Patutnya kena isi Ibu sahaja. Staff KWSP yang baik hati tolong salin borang hakak ke borang yang baru dan koyakkan borang salah tadi tu. Masa kat kaunter, staff bagitahu hakak dakwat maklumat penama dengan saksi kena sama. Hakak guna pen hitam, tapi saksi hakak, Kak Kim isi dengan pen biru. Hadoi kenapa tak perasan? Lalu akak tadi tolong isi lagi sekali borang penamaan untuk hakak. Proses ni pon sekejap je kalau bukan sebab isi borang 3 kali. 

Fuh panjang jugak karangan Ibu hari ni. Eh tadi hakak. Nak guna kata ganti diri Ibu ke Hakak ni? Gara-gara karangan panjang, status sendiri pun sudah lupa. Saya stick dengan Ibu je lah ya, kedengaran murni dan suci :) semacam minyak masak seri murni lah pulak :P

Dah taip panjang-panjang ni takde tajuk lah pulak. Pening jap fikir nak letak tajuk apa. 

Pengembaraan hari rabu
Pengembaraan empat sekawan

Mengembara lah sangat setakat pergi Dungun tu je.

Memandangkan hari ni 2 ibu outing bersama anak masing-masing, kita buat tajuk "Outing Mak-Mak" lah ye. Baru kena tajuk dengan isi. Barulah cikgu karangan tak pening nak bagi markah :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...