Punca Jeragat Degil Yang Anda Wajib Tahu, Dan Cara Atasinya Dengan Berkesan

Assalamu’alaikum w.r.t

Dalam entry sebelum ni Miza ada kongsi 4 tips hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan
i)    Yakin Jeragat Degil Boleh Pulih
ii)   Kenali Punca Jeragat Terjadi
iii)  Rawat Jeragat Dari Dalam
iv)  Hapuskan Jeragat Dengan Produk Semulajadi




Setelah meyakini jeragat degil di muka boleh pulih dengan izin Allah, Miza nak bawa Cik Puan semua mengenali punca terjadinya jeragat di muka Cik Puan. Miza juga ada kongsikan secara ringkas 6 punca utama jeragat terjadi dalam entry sebelum ni. Dalam entry ni Miza akan kupas setiap punca dengan lebih jelas lagi.


7 Punca Jeragat Degil yang Anda WAJIB Tahu


Punca Jeragat 1: Sinar Matahari Yang Menggelapkan

Punca utama terjadinya jeragat ialah sinaran matahari. Sinar matahari mengandungi sejenis sinaran eloktromagnet yang dikenali sebagai sinar ultra violet (UV). Terdapat 3 jenis sinaran UV, iaitu UVA, UVB dan UVC.

UVA (Ultra Violet Aging) menembusi jauh ke dalam kulit menyebabkan penuaan sel kulit, menjadikan kulit gelap (tanning), kerosakan DNA serta boleh menyebabkan kanser.

UVB (Ultra Violet Burning) mengandungi lebih banyak tenaga daripada UVA dan boleh merosakkan DNA sel kulit secara langsung serta menyebabkan kulit terbakar (sunburn). 

Sinar UVC mengandungi lebih banyak tenaga berbanding UVA dan UVB namun ia diserap oleh lapisan ozon dan tak sampai ke bumi.

Sebenarnya, kulit kita memerlukan sedikit sinaran UVA untuk menghasilkan vitamin D oleh badan, namun pendedahan yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada sel kulit dan mencetuskan pigmentasi atau lebih popular dikenali sebagai jeragat. Lebih parah lagi, boleh menyebabkan kanser.


Pendedahan yang kerap terhadap matahari menyebabkan tompok-tompok coklat, garis halus dan kulit kendur.

Punca Jeragat 2: Kehamilan

Ibu mengandung sering mengalami masalah kulit disebabkan hormone yang tidak menentu. Sesetengah ibu mengandung akan mengalami chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher) yang disebabkan peningkatan hormone melanin. Hormone Melanin memberikan warna gelap pada kulit dan melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet. Kerana peningkatan hormone Melanin pada ibu mengandung, pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan jelas. Tompokan gelap ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin (sumber baby center). Namun ada juga kes di mana tompokan ini tidak hilang begitu sahaja.

Punca Jeragat 3: Rawatan Hormon

Wanita yang menjalani rawatan hormone seperti mengambil pil hormone yang mengandungi estrogen atau progestron mengalami risiko ditompokki jeragat. Selain itu, wanita yang merancang kehamilan dengan pil perancang, penggunaan alat intrauterine dan implant turut berkongsi risiko yang sama. Hormon yang ‘dikacau’ ini adalah punca jeragat yang ramai tidak tahu.


Punca Jeragat 4: Ubat-ubatan

Ada di antara Cik Puan yang terpaksa mengambil dadah (ubat-ubatan) untuk mengatasi masalah tertentu namun terkena tempias side effect yang menyebabkan terjadinya jeragat. Sesetengah ubat memberi kesan sampingan terhadap keupayaan kulit Cik Puan untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif.

Punca Jeragat 5: Tindak Balas Phototoxic

Phototoxic juga boleh menyebabkan jeragat. Tindak balas Phototoxic terjadi akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu seperti terapi kanser, penggunaan sabun berpewangi dan peralatan kosmetik beracun.

Punca Jeragat 6: Hypothyroidism

Hypothyroidism atau paras hormone yang rendah dalam badan seseorang juga akan menyebabkan jeragat. Aktiviti tidak terkawal oleh kalenjar tiroid menyebabkan ketidakstabilan hormone tiroid dan mengaktifkan pigmentasi.


Punca Jeragat 7: Keturunan

Ibu, ayah, datuk atau nenek ada jeragat. Ini bermaksud dalam DNA badan kita juga ada DNA jeragat. DNA jeragat diwarisi dari ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat. Biasanya, punca jeragat ini agak sukar diatasi, melainkan merawat DNA. 

Cara Atasi Jeragat Degil Dengan Cepat, Berkesan dan Selamat

Semua punca jeragat di atas akan menyebabkan system pertahanan kulit menjadi lemah, menjadikan radikal bebas lebih mudah menyerang sel-sel kulit dan menyebabkan radang. Sel kulit menjadi rosak dan banyak yang mati, kemudian menjadi gelap (pigmentasi) dan susah untuk dicerahkan semula. Jadi, apa yang perlu Cik Puan buat untuk atasi jeragat degil? 

Secara logiknya, Cik Puan haruslah mengelakkan punca jeragat degil, barulah jeragat tak timbul langsung di muka Cik Puan. Kan? 

Tapi, mampukah Cik Puan mengelakkan punca jeragat degil 100%? Sudah tentu tidak mampu, kan.. Sebab punca utama penyebab jeragat degil adalah cahaya matahari dan hormone. Mana mungkin hilangkan matahari dan hormone dalam badan? Memang tak mungkinlah! Jom Miza kongsikan cara atasi jeragat degil dengan cepat, berkesan dan selamat!

Atasi Jeragat Degil dengan Antioksidan

Antioksidan bertindak melawan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menyebabkan terjadinya jeragat. Antioksidan akan menghalang kerosakan sel dan merawat kerosakan sel dari terus parah. Antara kesan antioksidan terhadap kulit ialah:

  • Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan yang lain
  • Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah
  • Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat
  • Memperlahankan kehilangan kolagen dalam kulit
  • Menegang kulit
  • Mencerah dan menyegarkan kulit

Vitamin utama yang mengandungi antioksidan ialah beta-carotene, vitamin C dan vitamin E


Atasi Jeragat Degil dengan Stabilkan Hormon

Majoriti wanita yang mengalami masalah kulit adalah disebabkan hormon yang tidak stabil. Apabila hormon kacau, kesihatan kulit turut terjejas dan menjadi lemah. Kesannya, daya tahan kulit menjadi tidak kuat untuk melawan jeragat, makin lama makin bertompok-tompok jeragat. 


GLA Complex Shaklee sangat bagus untuk menstabilkan hormon


Atasi Jeragat Degil dengan Tingkatkan Kolagen

Makin meningkat usia kita, penghasilan kolagen makin berkurangan. Bila kolagen makin kurang, macam-macam masalah kulit datang - berkedut, kendur dan berjeragat. Ada dua cara untuk tingkatkan kolagen dalam badan




Kolagen merosak akibat pendedahan kepada matahari yang berlebihan 



Kesan kekurangan kolagen dalam badan



Atasi Jeragat Degil dengan Protein

Protein membantu mengurangkan kesan hitam akibat sel kulit mati. Protein membantu dalam menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Jadi, amalkan diet kaya protein untuk mendapatkan kulit yang sihat dan gebu.


cara hilangkan jeragat degil dengan berkesan



Atasi Jeragat Degil dengan Krim Jeragat Semulajadi

Sebagai tambahan kepada rawatan dalaman kulit untuk hapuskan jeragat secara berkesan dan selamat, pengambilan krim jeragat semula jadi juga disarankan untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat. 



Kesan Spot Whitening Treatment ialah :

  • Tompok jeragat pudar dengan cepat
  • Tiada lagi jeragat baru yang tumbuh
  • Kulit di bahagian jeragat jadi cerah
  • Kulit kelihatan segar
  • Kulit jadi halus dan lembut
  • Kulit menjadi tegang kesan dari kandungan vitamin C
  • Kesan jeragat atau parut pulih dengan cepat

Order Sekarang

Jika Cik Puan berminat untuk menghilangkan jeragat degil di muka Cik Puan dengan produk semulajadi dan dijamin selamat dan berkesan, sudi-sudikanlah hubungi Miza di 0199363759 untuk konsultasi lanjut. 
produk hilangkan jeragat dengan cepat dan selamat


Kenapa Cik Puan perlu beli dengan Miza?
Sebab Miza akan guide / ajar Cik Puan sampai dapat hasil yang diinginkan. Rugilah kan melabur duit untuk cantik tapi sebab tak tahu cara makan yang betul, kesan yang diinginkan tak dapat. Labur sudah menjadi lebur :(

Kat bawah ni Miza belanja testimoni berjaya cantik dengan produk hilangkan jeragat dengan berkesan dan selamat. Semoga Cik Puan lebih yakin masalah jeragat mampu dipulihkan dengan penggunaan produk yang betul :)

testimoni hilangkan jeragat dengan cepat dan selamat



hilangkan jeragaat dengan berkesan dan selamat


Pesanan Miza kepada Cik Puan, jangan tunggu lama-lama nanti jeragat Cik Puan makin parah. Bila makin parah, hati makin gundah. 


Konsultasi Kulit

Hubungi Miza 0199363759 untuk order vitamin Shaklee dan konsultasi kulit cantik yang berkesan.

Jaminan Miza - cara makan yang betul dan servis tiptop untuk pelanggan Miza :)
Baca: Konsultasi Tip Top (Klik sini)


*****


Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

Ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee?
Sertai Miza dalam group rahsia Miza untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.



You Might Also Like

0 komen